
Bagi sesiapa yang merantau ke luar negara pastinya ada selit rindu pada makanan asli di negara asal.
Tak kurang juga seperti pelakon Raja Ilya yang kini sedang menyambut Hari Raya di Perth, Australia bersama keluarga tersayang.
Menerusi hantaran video yang dikongsikan di laman Instagramnya, Raja Ilya kelihatan membuat sendiri pencuci mulut popular di Malaysia iaitu cendol di rumahnya.
Katanya, cendol bukanlah satu hidangan raya terutama di Malaysia namun, untuk mencari rasa cendol asli adalah sangat susah di Perth.
“I know, tak semua buat cendol for raya kan.. especially Kat Malaysia. Ye laa cendol di mana-mana je kot kat sana.
“Tapi Kat sini lain, nak cendol authentic kene pergi cari restaurant Malaysia, obviously time raya mmg tak buka laa kan,” tulisnya.
Pada masa yang sama, Raja Ilya juga memutuskan untuk membuat cendolnya sendiri untuk merasai budaya Malaysia di sana.
“So just to bring the culture into our day.. Ilya decided utk belajar how to make cendol from scratch,” katanya.
Sempat berkongsi hasil cendolnya, Raja Ilya turut memberi komen dan perbandingan buatannya dengan yang dijual di Malaysia.
“90% dah mcm cendol tepi jalan.. lagi 10% tu tak boleh nak figure out pulak, apa top secret ingredient pakcik-pakcik cendol Kat utara tu.
“Apa yang penting, licin okay.. especially bila add Durian Musang King. Memang mantap raya kitorang,” tambahnya lagi.
Sekadar info, Raja Ilya dan suami serta anaknya Talita kini menetap di Perth, Australia.
Sumber: Instagram Raja Ilya
Isteri Yang Cepat Marah, Suami Pula Jangan Cepat Melenting. Ini Cara Nak Kontrol Semua Ini Barulah Aman Rumahtangga

Jika isteri cepat marah, suami jangan pula cepat melenting sehingga boleh mengakibatkan pergaduhan antara suami isteri. Puncanya? Itu adalah kerana si isteri sudah tidak mampu menguruskan emosinya yang berat.
Jadinya, apa yang patut si suami lakukan? Biar sahaja? Banyakkan komunikasi atau bawa isteri pergi shopping? Baiklah, bagi para suami yang hendak bahagiakan rumahtangga anda, boleh teruskan baca artikel ini hingga habis. Mari kita sama-sama selesaikan masalah isteri anda yang kuat melenting itu.
INI CARA BOLEH SEJUKKAN HATI ISTERI
Tengah makan marah, semasa mandi marah, tengah shopping pun marah, tengah bawa kereta pun marah…..
Allahu, kadang tidak mampu menghadapi isteri yang kuat dengan sifat marahnya. Lihat wajahnya sudahlah ngeri, senyumannya menjadi masam serupa susu basi, kata-katanya seperti petir yang menyambar bumi.
Jika isteri marah, lebih baik diam. Selawat dan minta Allah tolong kuatkan hatinya. Kuatkan jiwanya. Kuatkan segalanya. Cuba fahamkan apa isi hatinya.
CUBA TANYA DAN SELAMI HATINYA
Sayang abang yang cantik manis, boleh abang tahu kenapa awak marah-marah? Abang kesian dengan awak. Tapi, abang mampu diam sebab tidak tahu apa masalah sebenar”….
Isteri kemudian diam tundukkan wajahnya.
Rupanya dia terbeban. Ya, apa lagi dalam hidup hari ini, suami dan isteri perlu saling memburu untuk kelangsungan hidup, maka itu amat menekan emosi isteri.
Dalam dia sibuk bekerja, sebenarnya dia mahu duduk di rumah. Dia mahu hiburkan suaminya. Dia mahu jaga anak-anaknya. Dia mahu masak yang sedap-sedap untuk orang yang dia sayang. Dia mahu memeluk mesra suami dan anaknya.
Tapi, dia tidak boleh. Dia juga perlu bekerja. Dia juga perlu berusaha. Dia juga mencari rezeki bersama. Dia juga tertekan dengan rakan dan stafnya. Dia juga menhadapi perniagaan yang turun dan naik.
Itu membuatkan isteri akan jadi marah.
Maka, dia bukan marahkan suaminya. Dia cuma tidak tahu meletakkan marah itu dimana.
Sebab itulah yang kita lihat banyaknya status luahan di Facebook adalah dari wanita yang begini rupa. Mereka marah tanpa mereka sedar.
JADI APA YANG BOLEH ANDA BUAT SEBAGAI SUAMI?
Sama ada suka atau tidak, hadapi saja marahnya. Panasnya, emosinya, rajuknya dan leternya.
KENAPA ISTERI BERSIKAP BEGITU?
Sebab, hanya suami yang isteri ada. Isteri tidak pandai main futsal untuk hilangkan tekanan seperti lelaki. Isteri juga tidak pandai keluar berhibur tanpa anak dan suaminya.
Apabila isteri cuba bicara tentang masalah mereka, pada pandangan pihak suami pula terasa yang mereka diberi tanggungjawab untuk memberi penyelesaian pada masalah tersebut.
Tidak! Bukan perlu diselesaikan pun.
SUAMI MESTI FAHAMKAN PERKARA INI
Di sini anda harus faham dimana mereka tidak perlu menerangkan sebarang penjelasan atau penyelesaian tetapi apa yang perlu dibuat adalah mendengar dan memahami apa yang diluahkan dari hati wanita.
Kerana, apabila isteri mahu meluahkan apa yang dia rasa, itu tanda bahawa anda lelaki yang paling dia cinta dan percaya.
Selamat berjuang buat suami yang selalu sabar dengan karenah isteri mereka.
Sumber: bumbumcak.my via petuaibu.com
“Masa Kena Nak Bangun Tak Mampu. Nak Sujud Rasa Melayang.” Lebih Sebulan Kuarantin, Heliza Dedah Positif Covid-19!

Pandemik Covid-19 kian menular, rata-rata berkongsi kisah diri sendiri dan keluarga dijangkiti . Terbaru, penyanyi dan juga aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi dan adiknya Hazwani Helmi mengesahkan mereka juga merupakan bekas pesakit pandemik maut itu.
Hal ini dikongsikan Heliza di akaun Instagramnya dengan memaklumkan sebenarnya mereka telah dijangkiti wabak tersebut pada November 2020 dan dibenarkan pulang ke rumah pada 1 Januari 2021.
PERJALANAN YANG PANJANG
.
Lama sebenarnya simpan perkara ni, lama kami fikir, perlu share ke or tak perlu… perlu ke tak perlu…kisah dan perjalanan yang panjang, keluar rumah dari november 2020, december 2020 sampai 1/1/2021( sempena tahun baru ) barulah kami balik rumah 😅 jumpa keluarga . Panjang kan?
menerusi perkongsian di instagramnya, Helisa memuat naik video perjalanan mereka dari dijemput menaiki ambulans ke Hospital Sungai Buloh sehingga dibenarkan discaj kerana telah sembuh.
Aturan ALLAH itu begitu indah dan cantik . Ingat tak Kakja pernah cakap ada rahsia nak bagitau… tapi tulah.. nama pun rahsia.. takkan nak bagitah pula..
Menurutnya, wabak ini adalah satu penyakit yang tidak pernah mereka rasai sebelum ini. Sepanjang positif Covid-19 Heliza memaklumkan dirinya berasa seperti melayang dan mahu membangunkan diri juga tidak berdaya.
QadarAllah. Alhamdulillah ala kulli hal Ketentuan Allah itu yang terbaik.
Sebenarnya taktau nak mula dari mana. Dalam kepala ni banyak sangat nak share , jika ada manfaat alhamdulillah
Alhamdulillah, perjalanan panjang Allah bagi… keluar rumah tinggalkan keluarga november 2020, 1 januari 2021 alhamdulillah akhirnya dapat kembali ke pangkuan keluarga…
Biarpun berhadapan dengan virus kronik, namun Heliza dia dan adiknya tetap tabah dan putus semangat. Bahkan, adiknya, Hazwani masih tetap mengikuti kelas secara online.
Satu pengalaman tak pernah rasa sebelum ini. Sakit yang tak pernah rasa sebelum ini. Kakja dan Ika motivate each other. Dalam keadaan rasa sakit sangat @hazwanihelmi still kena attend kelas dan xm online .moga Allah merahmati beliau aamiin
Bukan itu sahaa, heliza turut berkongsi pengalaman dan pengorbanan barisan frontliners yang bertungkus-lumus setiap masa kerana ambulans yang membawa pesakit baru sentiasa ada tak kita waktu.
.
Kami melihat bagaimana setiap hari keluar masuk ambulans terlalu kerap, pesakit daftar terlalu ramai, frontliners pula macam tak pernah rehat..
Setiap waktu akan ada annoucement. 2 pagi, 3 pagi 5 pagi.. kita kena sentiasa bersedia nama kita di panggil..
.
Di situlah lagi jelas nampak bagaimana PENGORBANAN FRONTLINERS TERLALU BESAR. Tulis ni pun sebak YA ALLAH…
.
Siang malam mereka berjaga. Sungguh. Kami x mampu balas jasa baik kalian…
.
Dan benar, Covid 19 is real. Almost semua simptom ALLAH bagi rasa.. alhamdulillah hari ni ALLAH masih pinjam nyawa. Alhamdulillah syukur pada ALLAH
.
Perlu ke kakja dan Ika buat video di Youtube Channel The Helmis dan share apa kami lalui?
.
Masa kena Covid, nak bangun pun macam tak mampu sebenarnya 🙁 . Nak sujud pun rasa macam melayang dah..
Perkongsian tersebut mendapat reaksi dari warganet, rata-rata mendoakan Heliza dan adiknya segera sembuh. Selain berharap mereka dapat berkongsi pengalaman sepanjang dikuarantin sebagai panduan untuk mereka di luar sana yang masih degil dan melanggar SOP yang ditetapkan.
Indah aturan Allah

Sumber: nurhelizahelmi
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Tak Tahan Bau, Ibu Praktik 6 Cara Ini Elak Kucing Kencing Merata

Bagi peminat kucing, memelihara kucing ibarat satu terapi diri. Membelai dan mengusap kucing boleh jadi perkara yang cukup menyenangkan.
Sebab itu haiwan ini sering dilayan bagaikan anak sendiri. Namun, perkara yang sering menjadi masalah buat pemilik kucing apabila kucing mulai kencing merata.
SItuasi ini selalu berlaku apabila kucing telah mencapai umur yang sesuai untuk mengawan sekitar umur 5 hingga 12 bulan.
Kecenderungan kucing pergi ke tempat yang sama berulang-ulang kali untuk kencing atau berak pada tempat yang tidak sepatutnya pasti merungsingkan pemilik haiwan kesayangan ramai ini.
Selain najis yang perlu dibersihkan, masalah ini menimbulkan bau kurang enak pada ruang kediaman. Agak sukar untuk menghilangkan bau hancing kencing kucing ini apatah lagi jika ia terkena pada sofa, permaindani, tilam mahupun dinding rumah.
Di sini kami kongsikan beberapa cara untuk menghalang kucing kencing bersepah.
1. Serai
Bau dari serai adalah sejenis bau yang benar-benar tidak disukai oleh kucing. Anda boleh membeli beberapa produk berasaskan serai atau serai wangi dan semburkan di kawasan kucing sering kencing di dalam rumah. Boleh juga diletakkan sahaja di tempat yang strategik seperti di dalam bilik atau di dapur.
2. Guna Lada Hitam
Didihkan air dan masukkan 1 atau 2 sudu lada hitam ke dalamnya. Kemudian masukkan dalam botol penyembur dan sembur di tempat kucing sering kencing.
3. Belerang
Taburkan belerang di penjuru dinding. Sifat belerang yang panas dan berbau mengelakkan kucing kencing merata.
4. Cuka
Jika anda kucing baru saja kencing di satu tempat, segera bersihkannya.Gunakan kain bersih untuk mengelap air kencing hingga kering.
Setelah bersih, bilas dengan menggunakan sedikit air dan cuka. Cuka membantu menghilangkan bau yang tidak menyenangkan dan sangat berkesan menghilangkan bau dari air kencing kucing.
5. Toilet Traning
Sediakan kawasan yang berpasir untuk kucing seperti ‘Litter box’ dan latih haiwan ini untuk menggunakannya dengan kerap. Kebanyakan kucing mempunyai kebolehan belajar dengan cepat.
6. Kasi Kucing
Kasi atau pemandulan kucing boleh dilakukan seawal kucinng berumur 6 bulan. 90 peratus kucing yang dikasi akan berhenti kencing merata jika ia dilakukan lebih awal.
Selamat Mencuba!