Bawa Anak ‘Jalan-jalan’ Keliling Kampung Dengan Motor, Ayah Ni Buatkan Tempat Duduk Portable!

Share

Pengalaman menaikki motor di sekeliling kampung setiap petang bersama ayah sewaktu kanak-kanak tentunya menjadi antara kenangan indah untuk dikenang. Saat itu, kita duduk di seat hadapan dan lagaknya seperti kita yang menunggang motor. Memang seronok!

Lagi-lagi bila angin petang menerpa ke wajah, boleh terbuai jadinya hingga terlena. Jadi tidak hairanlah kalau boleh setiap petang, seronok rasanya jika di bawa bersiar-siar.

Mungkin perasaan yang sama juga dirasai oleh anak kecil berusia 2 tahun ini bilamana ayahnya telah menyediakan tempat duduk yang lebih selesa di bahagian raga motor untuk mudah baginya membawa anaknya bersiar-siar.

Malah menurut ayahnya iaitu Encik Syafiq Mansor, idea itu timbul bila memikirkan cara untuk pastikan anak selesa dan dapat duduk dengan stabil. Jika tidak terasa payah juga kerana perlu sebelah tangan memegang anak ketika memandu.

ARTIKEL MENARIK : Rumah Sentiasa Kemas Walau Ada Anak Kecil. Boleh Ikut Cara Keluarga Ni Buat!

ARTIKEL MENARIK LAGI : 10 Beradik Sepakat Renovate Rumah Mak Ayah Untuk Lebih Selesa & Membahagiakan!

“Disebabkan seat jauh sangat dengan bakul menyebabkan anak tak dapat duduk elok-elok masa tengah bawak motor…jadi hari ni saya tukang tempat duduk portable untuk letak dekat bakul motor.

“Saya selit je dekat besi bakul tu..tak nak pakai boleh cabut simpan. Mudah nak bawak anak naik motor. Guna kayu lebihan-lebihan je ni.. alat pun tradisional je semua. Kos saya suma skru sahaja.

Memastikan anak selesa duduk di atas tempat duduk yang dihasilkan, Syafiq juga kini merancang untuk upgrade dengan meletakkan span yang dibalut kemas. Tempahan telah pun di buat di dalam talian dan bila span selamat diterima akan dibuat dengan segera.

Sumber : Syafiq Mansor

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club