Kekeluargaan

Bawa Anak Isteri Tunai Umrah, Harris Annuar Luah Rasa Syukur. “Impian Seorang Ayah”

Share

Pelakon, Harris Anuar meluahkan rasa syukur dapat membawa isteri dan anaknya untuk sama-sama menunaikan ibadah umrah.

Harris yang ketika ini sedang berada di Makkah bersama dua kesayangannya itu amat terharu kerana impiannya untuk membawa keduanya terutama anaknya, Aura Medina tercapai.

“Alhamdulillah, impian seorang ayah menjadi kenyataan,” tulisnya.

Tambah Harris lagi menerusi Instagramnya, dia sememangnya sudah mengimpikan lama momen itu namun amat bersyukur kerana diberikan rezeki dari Allah untuk menjejak Tanah Suci lagi.

“Benarlah orang kata rezeki tak salah alamat, kalau Allah dah pilih,tak sangka tak pakai duit pun boleh datang sini.

“Alhamdulillah atas rezeki yang dikurniakan dari-Mu ya Allah.Memang dah lama teringin nak ke sini bersama family anak dan isteri ❤️,” tulisnya.

Menerusi entri itu juga Harris turut mengabadikan kenangan berlatar belakangkan Kaabah bersama isteri dan anaknya.

Menerusi entri berlainan pula, Harris dilihat turut bertawaf sambil mengendong si comel, Aura Medina.