Pelakon dan pengacara Personaliti, Irma Hasmie berkongsi pengalaman mengerjakan umrah bersama dua anaknya.
Menerusi muat naik terkini di Instagram miliknya, Irma berkongsi beberapa gambar bersama anaknya.
Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!
Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Kata Irma membawa anak dengan pergi bersendirian berbeza.
Tidak menafikan ada cabarannya namun bersyukur dapat membawa anak-anaknya.
Malah sepanjang berada di sana, anak-anak dapat pengalaman berbeza yang akan menjadi kenangan manis buat anak-anaknya
Berikut perkongsian Irma yang kini masih lagi berada di sana mengejarkan umrah.
GELAGAT ANAK MENCUIT HATI
WARGAMAYA KAGUM DAN KONGSI PENGALAMAN
Sumber: Instagram Irmahasmie
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Video Datuk Dr Zulkifli Bawa Batu Tanda Atas Kubur Arwah Anak Undang Sebak
Umum mengetahui anak kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri meninggal dunia pada baru-baru ini.
Anak keduanya itu meninggal dunia akibat kanser sarkoma. Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ar Raudhah, Kota Seriemas, Nilai Negeri Sembilan.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Muat naik terbaru di Instagram miliknya, beliau berkongsi video meletakkan tanda batu di kubur arwah anaknya.
Bagaimana pun video berkenaan undang sebak dikalangan netizen.
Nyata kasih ayah sepanjang masa buat anak walaupun telah mengadap Ilahi
Sunat meletakkan batu atau kayu atau yang sesuai di atas kubur di bahagian kepala di sisi mazhab Syafie sebagai tanda untuk memudahkan penziarah mengenalpasti kubur. Zaman sekarang umumnya di Malaysia diletak batu nisan.
Ini berdasarkan perbuatan Rasulullah SAW meletakkan sebuah batu di bahagian kepala kubur ‘Uthman Bin Maz’un dalam hadith riwayat Abu Daud.
Imam al-Bujairimi mengulas hadis tersebut dengan menjelaskan, anjuran meletakkan batu bersaiz bersaiz besar bagi memudahkan untuk dikenali apabila ziarah. Imam al-Mawardi menambah anjuran meletakkan batu di bahagian kedua kaki jenazah.
Perbahasan lanjutnya ada dinyatakan dalam al-Majmu, Tuhfah al-Muhtaj, Nihayah al-Muhtaj, Mughni al-Muhtaj, dan Hasyiah l’anah al-Talibin.
Meninjau di ruangan komen, wargamaya meluahkan rasa sebak melihat video yang dikongsi oleh Dr Zulkifli.
Sumber: Instagram Dr Zulkifli AlBakri
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
“Kau Sayang Sangat Kat Kucing. Sebab Tu Allah Tak Bagi Rezeki Anak”. Tu Antara Cakap-cakap Orang Pada Pasangan Ni Bila Belum Dikurniakan Zuriat!
Buat pasangan yang mendirikan rumah tangga andai sudah beberapa tahun berkahwin jika tidak juga dikurniakan zuriat, orang di kiri dan kanan akan mulah lah cakap itu dan ini. Hatta bagi pasangan ini, kecintaannya memelihara kucing juga dijadikan asbab orang bercakap.
Berkongsi kisah tentang kucing dan zuriat, jom kita baca perkongsian ini. Mana yang baik dijadikan sebagai tauladan, mana yang sebaliknya dijadikan sempadan.
Ini perkongsiannya.
Kalau siapa kenal Fluffy, dia mesti akan ada dalam setiap gambar kami. Dia akan ada dibahu bila bergambar. Kami nikah dia pun ada. Kami sanding atas pelamin pun ada.
Selepas 2 tahun kahwin, baru ada rezeki ada baby. Tahun ni alhamdulillah selamat lahirkan baby.
Tapi… selepas genap sebulan baby lahir, Fluffy tinggalkan kami. Memang sayu sangat rasa.
Masa belum ada zuriat, org selalu cakap “kau sayang sangat kat kucing. Sebab tu Allah tak bagi rezeki anak”. Macam-macma lagi lah orang cakap. Bila dah ada baby, dan Allah ambik Fluffy, kami fikir, Baby ni seolah-olah pengganti Fluffy. Allah bagi baby, Allah ambil Fluffy. Dua-dua kesayangan kami. Dia dah puas teman kami sepanjang takde baby. Allahu. Memang sedih sgt2. Terasa kehilangan dia.
Raya kali ni, Fluffy dah takde. Kita cuba letak cucu dia pula kat bahu. Tapi Fluffy tetap tiada ganti.
Meninjau di ruangan komen, ramai memberi respon di atas tanggapan orang bila ada yang selalu cakap “kau sayang sangat kat kucing. Sebab tu Allah tak bagi rezeki anak”. Netizen rata-rata menyangkal dakwaan tersebut dan meletakkan rezeki zuriat itu adalah kententuan Allah.
Sumber : Fluffy Empire
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
15 Strategi Dr Fadzilah Kamsah Bantu Ubah Derita Kepada Bahagia
Ramai yang ingin hidup bahagia. Namun tanpa sedar cara hidup kita kadang kala menjadi pencetus derita.
Tanpa sedar hidup jadi huru hara, tidak gembira dan asyik tertekan.
Akibatnya pasangan dan anak-anak jadi mangsa.
Jadi nak hidup tenang ni ada caranya. Ada strateginya.
Ikuti perkongsian Datuk Dr Fadzilah Kamsah mengenai cara untuk bahagia. Ada 15 tip yang kena tahu!
Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!
Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Ini thread cara nak bah derita kepada bahagia:
1. Tukar rutin harian diri. Hidupkan pagi kamu seawal 430 pagi. Waktu kamu sedang sendiri, masa itu kamu dekatkan diri dengan beribadat dan lakukan aktiviti produktif seperti membaca.
2. Perhatikan sekeliling di dalam rumah, asingkan mana yang perlu dan tidak diperlukan lagi. Bungkus yang tak perlu dan dermakan pada yang memerlukan.
Amalkan gaya hidup minimalist.
3. Sentiasa buat pemeriksaan kesihatan setiap 3-6 bulan.
Amalkan gaya hidup sihat dan perhatikan apa yang kamu makan.
Pastikan nutrisi yang diambil adalah seimbang.
4. Cari true calling dalam hidup.
Maksudnya kamu cari sesuatu yang bila kamu lakukan akan but kamu jadi bersemangat dan hidup sentiasa terinspirasi.
Walaupun apa pun keadaan kamu, penat ke sakit ke, kamu tetap ada semangat nak buat.
5. Pelihara diri kamu terutama kesihatan mental kamu. Sentiasa jaga apa yang kamu fikirkan, elakkan overthinking dan gunakan minda kamu untuk berfikir tentang kebesaran Allah SWT dan alam.
6. Jaga hubungan kamu dengan
Allah SWT terlebih dahulu. Cek solat 5 waktu dan sentiasa solat awal waktu.
7. Jaga silaturahim kamu dengan keluarga. Sentiasa mohon maaf dengan mak ayah dan adik beradik.
Sentiasa juga tanya khabar saudara mara baik jauh ataupun dekat.
8. Perbaharui kehidupan sosial kamu. Lihat circle kamu. Jika toksik, keluarlah segera. Carilah mereka yang sentiasa beri inspirasi dan dorong kamu ke arah kebaikan.
9. Buat rumah kamu jadi lebih nyaman dan tenteram. Pastikan rumah ada pengudaraan yang baik.
Pasang pewangi, sentiasa kemas rumah dan bersikan tandas selalu.
10. Pastikan tempat kerja kamu adalah tempat kerja yang dapat membina kerjaya kamu. Bukannya sesuatu pekerjaan yang
mengekalkan kamu di satu tahap sahaja.
Hidup harus ada kemajuan, begitu juga dengan kerjaya dan tingkat pendapatan kamu.
11. Tukarkan cara kamu melihat masalah. Lihat ia sebagai peluang untuk belajar. Cari solusi. Tak jumpa. Cari lagi dan terus cari.
11. Tukarkan cara kamu melihat masalah. Lihat ia sebagai peluang untuk belajar. Cari solusi. Tak jumpa. Cari lagi dan terus cari.
13. Berikan sumbangan kepada masyarakat. Ikuti NGO, kerja amal dan sentiasa dekatkan diri dengan orang ramai. Gunakan masa dan tenaga kamu sebagai jalan
‘sedekah’ supaya kamu suburkan ladang pahala di akhirat kelak.
14. Perkuatkan hubungan kamu dengan alam. Hujung minggu, ambil masa untuk pergi beriadah, masuk hutan, berkhemah, mandi air terjun, ke sungai dan panjat bukit atau gunung.
Hutan dan alam ada ion yang dapat meneutralkan ion negatif dalam badan kamu.
15. Sentiasa hidup dengan memaafkan diri dan orang sekeliling.
Memaafkan adalah tanda kamu kuat dan memilih untuk move on dari rasa derita yang tiada gunanya.
Kita hidup bukan sekali di atas dunia, tetapi kita hidup setiap hari.
Maka tap hari adalah peluang baru untuk bahagia.
Jika kita tak boleh berbahagia di dunia macamana kita nak “taman bahagia” yang Allah telah siapkan untuk kita di akhirat sana.
Tok Abah selalu doakan kamu ya.
Sumber: Twitter Dato Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsan
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club