Batuk Teruk Selepas Raya, Redakan Dengan Buah Oren Stim, Ibu-Ibu Wajib Cuba Ni!

Share

Selepas beraya sakan pasti ada ahli keluarga kita yang mula batuk-batuk tanpa henti.

Cuaca yang panas ditambah dengan pengambilan ais setiap masa buat batuk makin teruk.

Batuk berpanjangan pastinya buat kita rasa tidak selesa. Walaupun habis sebotol ubat namun batuk masih lagi ada dan mengganggu pernafasan.

Bila diserang dengan masalah batuk berpanjangan, terasa cukup meletihkan. Sedikit sebanyak ia pasti menganggu proses pernafasan serta rutin dalam melakukan aktiviti seharian.

Melalui perkongsian Jes Tham dalam Facebook miliknya, beliau menunjukkan cara mudah dan berkesan yang dipercayai boleh menyembuhkan batuk yang berlarutan hanya menggunakan buah oren!

Menurut beliau, petua ini diperolehi daripada pakar perubatan dari negara China dan Taiwan dan sesuai untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa. Apa-apapun keberkesanannya bergantung pada kesesuaian individu. Namun tidak salah mencuba kan!

Caranya:

1. Potong buah oren bahagian atas dan bawah.(seperti dalam gambar)

2. Cucukkan bahagian atas buah oren tersebut dengan garpu atau chopsticks, agar garam dapat meresap dengan cepat ke dalam buah oren nanti.

3. Letakkan secubit garam pada bahagian atas buah oren tersebut dan sapu rata.

4. Kukus selama 2 jam dan minum jus tersebut.

Rasanya sedikit masin dan pahit. Buat dan minum sampai batuk berhenti.

Sumber Facebook: Jes Tham