Seorang ibu atau isteri umpama tunggak sebuah keluarga. Jika ibu jatuh sakit maka ia sedikit sebanyak pasti akan memberi impak pada urusan keluarga.
Justeru wanita yang bergelar ibu perlu mengutamakan kesihatan diri dalam kesibukan melunaskan tanggungjawab menguruskan anak-anak dan suami. Jika mengalami simptom-simptom tidak sihat, segeralah ke klinik atau hospital untuk melakukan pemeriksaan lanjut.
Pelakon Ezzaty Abdullah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kota Damansara, Selangor pada Isnin lalu bagi menjalani pemeriksaan dan rawatan susulan selepas mengalami batuk sejak tiga bulan lalu.
Berkongsi perkara tersebut, suami kepada Ezzaty iaitu Azwan Kombos memaklumkan doktor telah menjalankan pemeriksaan ujian imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) pada bahagian paru-paru dan masih menunggu jawapan pakar bagi mengetahui punca sebenar masalah tersebut.
“Sebelum ini pernah lakukan pemeriksaan X-ray dan diberitahu ada masalah di bahagian paru-paru.Hari Selasa doktor telah lakukan ujian CT scan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.
“Sebenarnya sudah hampir tiga bulan dia mengalami batuk tanpa henti. Tiada sebarang masalah lain seperti demam atau sebagainya namun disebabkan komitmen kerja barulah sekarang dapat berjumpa pakar.
Ads
“Memang kasihan melihat dia menahan sakit sehingga menggangu aktiviti harian,” katanya ketika memberitahu mStar.
Terdahulu, Ezzaty berkongsi foto dia berada di hospital berkenaan menerusi hantaran di Instastory miliknya.
Sementara itu, Azwan memaklumkan isterinya itu pernah mengalami masalah sama ketika masih kecil dahulu, malah lebih teruk apabila setahun mengalami batuk.
“Dia pernah beritahu mengalami masalah sama ketika kecil dahulu. Tak sangka pula pada usia sekarang ini ia terjadi lagi. Kami ingatkan hanya batuk biasa.
“Saya ada menemani dia ketika melakukan ujian CT scan. Keadaannya memang agak lemah. Pihak hospital juga mendapati terdapat lendir pada bahagian paru-paru dan telah dikeluarkan.
Ads
“Buat masa sekarang, dia diberikan rawatan antibiotik. Untuk rawatan selanjutnya bergantung kepada keputusan CT scan yang akan dikeluarkan nanti,” ujarnya.
Apa pun kita menantikan keputusan pemeriksaan CT scan kelak dan didoakan semoga Ezzaty dipermudah urusan dan dikurniakan kesembuhan.
Sumber: mStar
Ads
Sementara itu menurut Dr Nur Syuhada Zulkifli seperti dipetik di doctoroncall.com gejala batuk berpanjangan yang dialami oleh seseorang boleh disebabkan:
Penyakit asma – asma kerap menyerang pada waktu malam
Asid refluks (gastrik) – asid perut yang memasuki saluran udara boleh menyebabkan refleks batuk berpanjangan
Penyakit tibi – tibi kadang-kala sukar untuk ditemui dalam x-ray
Jangkitan saluran udara oleh virus disertai dengan kesan jerebu
Dr Nur Syuhada menyarankan pesakit supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat.
Sepanjang kes Puteri Sarah Liyana yang telah memfailkan tuntutan talak terhadap suaminya, Syamsul Yusof, ramai yang bersetuju bahawa ianya telah banyak membuka mata dan jalan bagi golongan wanita terinaya lebih-lebih lagi yang ditinggalkan suami tak bertali.
Baru-baru ini, Syamsul Yusof yang enggan melepaskan Puteri Sarah dan memilih untuk berdamai membuatkan pelakon wanita tersebut memilih untuk melantik hakam sekiranya Syamsul masih berdegil untuk melepaskannya.
Bagi sesetengah pengikut yang mengikuti kisah mereka ini, perkataan hakam’ adalah sesuatu yang baru. Mungkin bagi yang kurang arif, mereka pasti akan buntu apabila suami enggan melepaskan selepas permohonan cerai dibuat.
Seorang bekas peguam yang banyak membantu memberi penjelasan kepada pelayar Tiktok sepanjang prosiding Puteri Sarah ini berlangsung, sekali lagi tampil membuat penjelasan mengenai perkara-perkara yang dibangkitkan dalam kes ini.
Menurut Reina Lum, “Hakam adalah prosiding melibatkan orang tengah. Hakam bukan sesiapa je you boleh pilih”
Reina Lum yang pernah mempunyai pengalaman sebagai peguam turut menjelaskan lebih lanjut tentang konsep Hakam.
Ringkasnya, hakam boleh diaplikasikan sekiranya suami masih enggan lafaz talak walaupun sudah ada aduan dan pembicaraan dibuat di mahkamah.
Biasanya Hakim akan melantik ibu bapa kepada suami isteri itu (atau sewaktu dengannya) untuk menjadi hakam bagi berbincang lagi tentang kemelut yang berlaku.
“Hakam is a good things… You bincang tapi dengan campur tangan keluarga.”
Jika proses perbincangan masih gagal juga, saat itulah hakam berhak membuat keputusan untuk melafazkan talak. Kemudian, mereka boleh membuat laporan dan hantarkan ke mahkamah untuk mengesahkan status perpisahan tersebut.
“Sarah sangat bertuah sebab ada duit, boleh lawan. Kalau orang biasa takde ilmu, masakkkkkk!”
Perkongsian bekas peguam ini telah meraih hampir setengah juta tontonan dan mendapat respon baik netizen.
Sekali gus membuka mata mereka terhadap cabang melibatkan ilmu-ilmu syariah.
Ramai berterima kasih kerana sepanjang perbicaraan Puteri Sarah berlangsung, netizen belajar banyak istilah baru yang sebelum ini tidak pernah diketahui.
Siapa yang tak kenal Dato’ Seri Dr. Hajah Vida atau lebih mesra dengan panggilan DSV. Beliau merupakan salah seorang usahawan jutawan yang dikenali ramai.
Jarang memaparkan kebaikan yang dilakukan olehnya namun kali ini beliau berkongsi video santuni anak-anak tahfiz.
Untuk makluman, DSV mempunyai sebuah pusat tahfiz yang diberi nama Darul Tahfiz DS VIDA yang terletak di Ipoh, Perak.
Menerusi video berkenaan, beliau akan menjemput ‘anak-anaknya’ di tahfiz itu untuk menunaikan solat tarawih secara berjemaah di rumahnya. Malah turut memasak sendiri hidangan berbuka puasa untuk pusat berkenaan.
SAHAM AKHIRAT SAYA · Jarang jarang saya tunjuk anak anak tahfiz saya. dah makin membesar semuanya . Tiada Yuran. Semua saya tanggung. Tiap malam datang rumah saya untuk solat tarawih sama sama.
Dalam pada itu, menjengah ruangan komen, rata-rata warganet teruja dengan kebersihan dan peribadi DSV. Malah ada yang berminat untuk mendaftar anak mereka.
Sumber: Instagram Datoserivida
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Musim durian dah kembali! Tentunya buat penggemar raja buah ini pantang nampak ada orang menjual durian di bahu-bahu jalan pasti berhenti untuk membelinya.
Apatah lagi bila musim durian, harganya lebih murah. Pasti tidak akan dilepaskan begitu sahaja.
Pun begitu, ada satu hal bila kita bawa durian dalam kereta ia akan menyebabkan kereta berbau hingga seminggu lamanya. Dan ini boleh menyebabkan ada yang tidak selesa ketika memandu.
Ini perkongsian Ikha Febrian via MAHN untuk atasinya. Dan katanya…
“Semalam bawa bapak mertua yg teringin sangat nak makan durian tembaga and dapat pulak petua dari penjual durian kalau kita nak bawa durian dalam kereta yg ade air con, patahkan tangkai durian lepas tu kupas kulit die then letakkan dekat sela2 AC kereta kite memang hilang bau durian.”
PETUA 1 : Tangkai durian
Ambil tangkai durian dan letakkan di bahagian penghawa dingin.
Selain cara ini terdapat petua lain yang turut dikatakan berkesan dalam menghilangkan bau durian di dalam kereta.
PETUA 2 : Arang
Ambil beberapa keping arang kayu dan letakkan di beberapa bahagian dalam kereta.
PETUA 3 : Daun pandan
Letakkan beberapa simpulan daun pandan di dalam kereta. Aroma daun pandan yang wangi akan menghilangkan bau durian.
PETUA 4 : Roti
Letakkan beberapa keping roti dalam kereta dan biarkan semalaman.Memang terbukti hilang bau durian dalam kereta.
PETUA 5 : Sebuk kopi
Letakkan serbuk kopi di dalam bekas dan sebaiknya bekas tersebut mempunyai penutup yang berlubang. Ini bertujuan aroma kopi yang kuat akan melenyapkan bau durian.
Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.