Batuk Dah Lama Tak Hilang-hilang? Nah, Cuba 5 Petua Ni!

Share

Memang diakui cuaca masa ini memang panas dan kering, jadi tidak hairanlah bila ramai tidak sihat dan sering batuk-batuk. Hal ini tentu sahaja tidak memberikan keselesaan kapada kita apatah lagi  jika di waktu malam pun terbatuk-batuk hingga menyebabkan tidur terganggu. Lagi bertambah kasihan, jika anak-anak kita juga mengalami batuk berpanjangan.

Andainya telah dicuba pelbagai ubat, namun tidak berkurangan ada baiknya dicuba petua dan amalan orang dulu-dulu. Mungkin sesuai dan serasi!

Limau nipis + Kicap

Ambil limau nipis dan perah ambil jusnya. Kemudian letakkan kicap dangaul sebati sebelum diminum. Amalkan sehingga batuk reda.

Madu

Ini antara petua yang cukup popular dan berkesan untuk menghilangkan batuk. Caranya ambil sesudu madu dan dibancuh dengan air suam. Ulang minum air ini dua kali sehari dan batuk biasanya akan reda.

Daun Pudina

Ambil daun pudina 10 helai dan direbus. Setelah itu tambahkan madu dan perahan lemon. Minum dan sebaiknya amalkan dua kali sehari.

Halia

Selain dapat meredakan batuk, halia juga dikatakan dapat mencairkan kahak dan melegakan tekak. Untuk itu, halia hendaklah direbus dan minum airnya. Lakukan amalan ini sehingga batuk berkurangan.

Dan ini pula petua hilangkan batuk untuk bayi berusia 6 bulan ke atas dengan menggunakan buah delima. Petua ini dikongsikan oleh Farhany Ami Murad.

Katanya ini alternatif daripada pemberian madu. Sebab madu tak bagus untuk anak bawah 2 tahun. Delima ini tergolong dalam kategori yang boleh hilangkan mukus. Dan setelah diberikan jus delima tersebut anaknya alami hingus cair (perlu disedut dan lap selalu), lendir akan keluar ikut poopoo baby.

Bahan-bahan:

 

cara-caranya:

1. Ambil beberapa biji buah delima


2. Mak bersihkan tangan dulu. Pastu picit buah delima sampai keluar jusnya. Biji-biji tu buang ambil pati jusnya.


3. Masukkan jus pati delima dalam syringe ubat. Berikan pada anak yang batuk.

 

Nasihatnya, kalau makin teruk please refer doktor ya.

Kredit : Farhany Ami Murad