Memang diakui cuaca masa ini memang panas dan kering, jadi tidak hairanlah bila ramai tidak sihat dan sering batuk-batuk. Hal ini tentu sahaja tidak memberikan keselesaan kapada kita apatah lagi jika di waktu malam pun terbatuk-batuk hingga menyebabkan tidur terganggu. Lagi bertambah kasihan, jika anak-anak kita juga mengalami batuk berpanjangan.
Andainya telah dicuba pelbagai ubat, namun tidak berkurangan ada baiknya dicuba petua dan amalan orang dulu-dulu. Mungkin sesuai dan serasi!
Limau nipis + Kicap
Ambil limau nipis dan perah ambil jusnya. Kemudian letakkan kicap dangaul sebati sebelum diminum. Amalkan sehingga batuk reda.
Madu
Ini antara petua yang cukup popular dan berkesan untuk menghilangkan batuk. Caranya ambil sesudu madu dan dibancuh dengan air suam. Ulang minum air ini dua kali sehari dan batuk biasanya akan reda.
Daun Pudina
Ambil daun pudina 10 helai dan direbus. Setelah itu tambahkan madu dan perahan lemon. Minum dan sebaiknya amalkan dua kali sehari.
Halia
Selain dapat meredakan batuk, halia juga dikatakan dapat mencairkan kahak dan melegakan tekak. Untuk itu, halia hendaklah direbus dan minum airnya. Lakukan amalan ini sehingga batuk berkurangan.
Dan ini pula petua hilangkan batuk untuk bayi berusia 6 bulan ke atas dengan menggunakan buah delima. Petua ini dikongsikan oleh Farhany Ami Murad.
Katanya ini alternatif daripada pemberian madu. Sebab madu tak bagus untuk anak bawah 2 tahun. Delima ini tergolong dalam kategori yang boleh hilangkan mukus. Dan setelah diberikan jus delima tersebut anaknya alami hingus cair (perlu disedut dan lap selalu), lendir akan keluar ikut poopoo baby.
Bahan-bahan:
cara-caranya:
1. Ambil beberapa biji buah delima
2. Mak bersihkan tangan dulu. Pastu picit buah delima sampai keluar jusnya. Biji-biji tu buang ambil pati jusnya.
3. Masukkan jus pati delima dalam syringe ubat. Berikan pada anak yang batuk.
Nasihatnya, kalau makin teruk please refer doktor ya.
Kredit : Farhany Ami Murad
Duduk Rumah Jom Buat Puasa Enam Syawal. Puasa Sunat Yang Sangat Dituntut, Rugi Jika Dilepaskan Begitu Sahaja!
Sungguh cepat masa berlalu, terasa baru sahaja kita semua berpuasa dan melakukan ibadah sunat yang lain seperti solat tarawih bertadarus, bersedekah dan amalan-amalan lain untuk mendapatkan pahala berganda sepanjang bulan Ramadan, dan pejam celik pejam celik, kini bulan Ramadan telah pun berlalu meninggalkan kita.
Begitu pun Syawal menjelma dan diraikan dengan rasa kesyukuran, kita juga masih diberi peluang untuk menggandakan amalan dengan melakukan amalan Puasa Enam Syawal yang diketahui umum, barangsiapa berpuasa enam di bulan Syawal ibarat pahala berpuasa sepanjang tahun.
Berkongsi tentang hikmah Puasa Enam Syawal, Dr. Ahmad Sanusi Azmi bekongsi penulisannya di facebook.
Puasa Enam Menampung Kekurangan
1. Antara hikmah disyariatkan puasa enam ialah supaya amalan sunat ini membantu menampung kekurangan yang berlaku dalam ibadah fardu puasa ramadan. Mereka yang berpandangan sebegini merujuk kepada hadis yang menyebutkan tentang kekurangan solat fardu akan ditampung dengan amalan solat sunat. Rasulullah bersabda:
إن أول ما يحاسب الناس به يوم القيامة من أعمالهم الصلاة قال يقول ربنا جل وعز لملائكته وهو أعلم انظروا في صلاة عبدي أتمها أم نقصها فإن كانت تامة كتبت تامة وإن انتقص منها شيئا قال انظروا هل لعبدي من تطوع فإن كان له تطوع قال أتموا لعبدي فريضته من تطوعه ثم تؤخذ الأعمال على ذاكم
“Perkara pertama yang akan dihitung oleh Allah pada hari kiamat nanti adalah solat. Allah berkata kepada malaikat: Perhatikan solat hambaku, apakah ianya sempurna atau ada kekurangan. Sekiranya solatnya sempurna, maka tuliskan baginya pahala yang sempurna. Namun sekiranya ada kekurangan, maka lihatlah andai sekiranya hambaku ada menunaikan solat sunat. Sekiranya dia menunaikan solat sunat, maka sempurnakannya pahala solat fardunya itu tadi dengan pahala solat sunat kemudian ambillah pahala amalan tersebut dan berikanlah ganjaran. (HR Abu Daud).
2. Dalam menjelaskan mengenai perkara ini al-Imam Ibn Rajab menjelaskan:
أن صيام شوال وشعبان كصلاة السنن الرواتب قبل الصلاة المفروضة وبعدها فيكمل بذلك ما حصل في الفرض من خلل.
“Sesungguhnya puasa enam dan puasa syaaban adalah seperti amalan solat sunat rawatib sebelum dan sesudah solat fardu. Amalan sunat ini menampung kekurangan yang ada pada amalan fardu tersebut sekiranya berlaku kelompongan pada amalan fardu.” (Lataif Maarif)
3. Selain itu, puasa enam turut dikatakan menyempurnakan pahala amalan berpuasa selama setahun. Ini berdasarkan hadis Nabi yang menyebutkan:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
“Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun.” (HR Muslim)
4. Para sarjana hadis menjelaskan bahawa setiap amalan manusia akan dilipatkali-gandakan menjadi 10 pahala. Ini berdasarkan hadis yang menyebutkan:
جعل الله الحسنة بعشر أمثالها فشهر بعشرة أشهر وصيام ستة أيام تمام السنة
“Allah menjadikan setiap kebaikan dengan sepuluh kaliganda ganjaran. Maka puasa sebulan itu (sekiranya digandakan dengan sepuluh akan) bersamaan puasa 10 bulan, dan puasa enam (pahala yang menjadi 60 hari bersamaan 2 bulan) akan melengkapkan bilangan puasa seperti puasa setahun.” (HR al-Nasa’i)
5. Lalu sementara kita duduk di rumah dan tidak ke mana-mana ini, marilah berusaha menunaikan ibadah puasa enam. Semoga Allah membimbing kita.
Selian itu meninjau pula perkongsian daripada Ustaz Mohd Zaki Bin Zulkifli ada menjelaskan tentang persoalan yang sering ramai terkeliru tentang puasa enam dan puasa ganti. Adakah boleh digabungkan niat puasa kedua-duanya dalam satu masa yang sama.
Ini perkongsiannya.
PUASA ENAM SYAWAL DAN PUASA FARDHU GANTI.
Di dalam mazhab syafie sendiri ada khilaf tentang keharusan menggabungkan niat antara puasa 6 Syawal dengan puasa qadha’.
Disini saya bawakan petikan dari kitab fathul Muin dan hasyiah Iánah at Tolibin:
(فرع) أفتى جمع متأخرون بحصول ثواب عرفة وما بعده بوقوع صوم فرض فيها، خلاف للمجموع.وتبعه الاسنوي فقال: إن نواهما لم يحصل له شئ منهما
Ertinta: Telah berfatwa satu kumpulan daripada ulama’ mutakhirun bahawa dapat pahala puasa sunat arafah dan lain-lain dengan wujud puasa fardhu pada hari tersebut. Perkara ini khilaf bagi Imam an Nawawi di dalam kitabnya al Majmuk dan mengikut oleh Imam al Isnawi pendapat al Majmu dengan katanya: Sekiranya diniatkan kedua-duanya (gabung niat fardhu dan sunat) maka tidak sah kedua-duanya.[ Fathu Muin dengan Iánah m/s: 1330 cetakan Darussalam]
Kemudian seperti biasa pengarang Iánah akan mempermudahkan lagi kenyataan kitab Fathul Muin dengan katanya:
(قوله: أفتى إلخ) حاصل الإفتاء المذكور أنه إذا كان عليه صوم فرض قضاء أو نذر وأوقعه في هذه الأيام المتأكد صومها: حصل له الفرض الذي عليه، وحصل له ثواب صوم الأيام المسنون، وظاهر إطلاقه أنه لا فرق في حصول الثواب بين أن ينويه مع الفرض أو لا، وهو مخالف لقول ابن حجر الآتي أنه لا يحصل له الثواب إلا إذا نواه، وإلا سقط عنه الطلب فقط.
Ertinya: Rumusan fatwa ulama’ mutakhirun tersebut ialah: Sekiranya ada puasa fardhu keatas seseorang samada qadha atau nazar, kemudian ia buat puasa itu pada hari-hari yang di sunatkan puasa, maka dapat baginya pahala puasa fardhu dan pahala puasa sunat. Mengikut zahirnya, mereka akan mendapat pahala sunat itu samada dia niat puasa sunat atau tidak bersama puasa fardhu tadi. Tetapi pendapat ini nampak bercanggah dengan pendapat Ibnu Hajar yang mengatakan hanya dapat pahala jika di niatkan bersamanya puasa sunat [ Iánah at Tolibin ms 1330 juz 2, Darussalam]
KESIMPULAN DARIPADA PETIKAN-PETIKAN INI:
1. Pendapat Imam an Nawawi dalam kitab al Majmuk tidak sah puasa sunat di gabungkan dengan puasa fardhu. Pendapat ini di ikuti oleh Imam al Isnawi.
2. Mengikut pendapat ulama’ mutaakhirin sah puasa sunat gabung dengan puasa fardhu. Dan inilah pendapat mu’tamad di sisi Syekh Khatib Syarbini, Imam ar Ramli dan Bapanya[Tarsyih al Mustafidin m/s 171]
3. Mengikut Imam Ibnu Hajar tidak dapat pahala puasa sunat jikalau tidak niat gabung. Contohnya dia niat pada bulan syawal ini: [Sahaja aku puasa qadha ramadhan esok hari] sahaja. Untuk dapat pahala sunat mesti niat gabung contohnya [Sahaja aku puasa qadha ramadhan serta sunat enam syawal esok hari].
4. Tetapi mengikut zahir fatwa ulama’ mutaakhirin, dapat pahala puasa sunat enam tadi walaupun tidak niat gabung. Contoh dia niat macam ni sahaja:[Sahaja aku puasa qadha ramadhan esok hari]. Inilah pendapat mu’tamad di sisi Syekh Khatib Syarbini, Imam ar Ramli dan Bapanya[Tarsyih al Mustafidin m/s 171]
Inilah keluasan ilmu feqah. Semuanya dalam lingkungan mazhab syafie lagi. Ini sekadar perbincangan pendapat. Namun yang lebih penting lagi ialah mengamalkan dan berpuasa enam tu. Jangan jadi seperti orang yang bergaduh solat terawih 8 atau 20..tetapi dia tak solat terawih pun
Sumber : Mohd Zaki Bin Zulkifli
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Tiada Keputihan Dirikan Solat Pun Selesa. Rahsianya Kena Amalkan Air Herba Ni!
Kadang-kadang bila ada keputihan yang dialami oleh sesetengah wanita, ini akan menjadi penyebab rasa tidak selesa terutamanya ketika hendak menunaikan solat. Oleh itu, masalah keputihan ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Ianya perlu dirawat agar bahagian intim wanita rasa lebih bersih dan sihat.
Bagaimana caranya?
Selain dapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor, tidak salah kiranya turut amalkan minum air herba ini. Nak tahu bagaimana cara penyediaannya, jom semak perkongsian ini.
Ramai sangat PM selalu buat meruang dan kesannya ada yang sampai luka, jangkitan, berbau,berdarah, keputihan melampau gara-gara posting #DahBuatPapSmearKe yang menentang amalan meruang
Rahsia Jaga Kesihatan Dalaman
Aku beri satu rahsia macam mana nak jaga aset korang baik-baik ya? Janji lepas amalkan korang bahagia di samping suami, dan share la dengan jiran sebelah korang. Anak dara yang aktif pun elok amalkan sebelum kawen.
Mula-mula sekali kalau teruk, jumpa doctor dulu, kenalpasti masalah utama, makan ubat ikot saranan doctor, lepas baik tu korang nak amal cara ni pun boleh.
Kakak ipar aku Ros Faezan ajar satu resepi rahsia dia. Jamu Kunyit Asam. Resepi dia ni memang buat masalah aset korang kering, rapat, memikat dan tersekat. Eh? Hahaha.
Paling best, ramuan rahsia dia ni meningkatkan kesuburan, so jaga-jaga ya.
RESIPI JAMU KUNYIT ASAM
Bahan-bahan:
Kunyit hidup 6 ulas besar ibu jari
Halia sikit je (2 cm)
Asam jawa sengenggam (tapi aku malas aku pakai Asam Adabi ni ha)
Blend barang di atas, masuk dalam periuk.
Gula Melaka (tapi aku suka Gula Perang ni lagi.. Haha)
Manjakani 5 kapsul, buka siap-siap.
Cara buat :
- Kisar semua hingga halus.
2. Masak semua ni dalam periuk selama 30 minit or sesedap rasa korang.
Cara pengambilan :
Minum sehari 2 kali, pagi dan malam, sikit ja dalam 3 sudu, jangan lelebih, kang ketat macam pakai solex, aku tak jamin.
Seminggu kemudian korang dan suami boleh rasa kelainannya. Nak solat pun tak ada keraguan dah ok dengan keputihan.
Masak lebih simpan dalam peti ais ya.
sumber : Auni Farhana
Benih Suami Kurang Subur, Isteri Segera Bantu Lakukan Ini Untuk Segera Hamil!
Perkongsian info bermanfaat daripada Dr. Hamid Arshat ini wajar dipertimbangkan oleh En suami jika mengalami masalah ketidaksuburan. Manakala bagi isteri pula, bantulah suami untuk lakukannya agar masalah ketidaksuburan ini dapat diatasi dengan segera dan impian untuk menimang cahaya mata menjadi nyata.
Ikuti perkongsian ini
Di sini saya ingin memberi sedikit panduan kepada suami yang mengalami masalah kurung subur atau benihnya kurang aktif atau pun banyak yang abnormal. Kita lihat 20% hingga 30% ketidaksuburan berpunca daripada lelaki.
Jadi apa langkah-langkah yang boleh diambil?
- Rehat kena lebih daripada segi fizikal, mental dan emosional.
- Tidur awal jangan terlalu lambat tidur hingga lewat malam.
- Makan daripada makanan yang elok dan berkhasiat
- Berhenti merokok
- Kurangkan minum kopi
- Jauhkan minuman bersoda
Satu lagi faktor yang mungkin mengganggu benih lelaki, sebagai mana kita maklum benih lelaki sentiasa berubah maknanya bila dah keluar, kilangnya akan keluarkan lagi benih-benih baru dalam tempoh 24 jam tapi masa 48 jam untuk aktif untuk kebolehan untuk bercantum dengan telur.
Sikit panduan bagi lelaki Yang kurang subur. Benih kurang bilangan, kurang aktif dan abnormal. Cuba ikut tips ini.
Posted by Dr Hamid Arshat on Friday, 17 August 2018
Faktor yang saya nyatakan tadi adalah faktor kepanasan. Contohnya kalau kerja ditempat yang terlalu panas, benih pun berkurangan. Orang yang pergi naik bas atau keretapi dan menggunakan laptop di atas riba, haba yang dikeluarkan oleh laptop ini boleh mengganggu dan mengurang benih lelaki, oleh itu jauhkan amalan tersebut.
Langkah seterusnya
Jadi panas badan juga terjadi kalau guna pakaian seperti seluar dalam yang terlalu ketat, seluar jin yang ketat.Telur akan melekat pada badan yang panas sebab aktiviti kita bekerja. Oleh sebab itu, siapa yang mengalami masalah benih ini elok guna boxer untuk beri telur tergantung tidak melekat pada badan.
Satu lagi langkah adalah dengan menyejukkan buah zakar atau telur pada waktu petang. Khususnya bila isteri subur antara hari ke 12 hingga ke 20. Jadi petang selepas Asar letakkan ice pack di bawah buah zakar. Ice pack boleh di beli di farmasi dan letakkan di freezer dan bila nak guna letak di bawah telur antara 30 hingga 45 minit.
Penyejukkan ini akan meningkatkan pergerakan benih-benih dan bila amalkan sekiranya pada waktu malam bila hendak bersama, benih akan lebih kuat lagi dan kemungkinan bercantum dengan telur dan menghasilkan kehamilan lebih tinggi disamping makan multivitamin, vitamin E, Folic Asid, herba, madu dan telur.
Sekian selamat mencuba.
Sumber : Dr. Hamid Arshat