Bila terjadinya batuk yang berterusan sama ada pada anak-anak atau pada diri kita sebagai orang dewasa, itu adalah antara petanda utama yang perlu diambil serius. Jangan pandang ringan dengan membiarkan masalah tersebut berpanjangan.
Ini berpandukan perkongsian daripada Dr Zubaidi di akaun facebooknya, berkenaan kejadian yang berlaku pada salah seorang pesakitnya yang mengalami batuk berpanjangan hingga menyebabkan terganggu tidurnya.
Difahamkan, walau pun telah makan pelbagai jenis ubat namun batuk pesakit tersebut tetap juga tidak reda.
Jadi jom kita baca perkongsian penuh daripadanya untuk kita menambah ilmu berkaitan penjagaan kesihatan untuk kita seisi keluarga. Jangan ingat batuk itu sekadar batuk yang disebabkan tekak yang gatal, namun batuk juga ada yang boleh membahawa bahaya pada diri jika tidak dirawat.
APA PUNCA BATUK BERTERUSAN?
Saya masih ingat seorang pesakit saya yang agak obese, selalu batuk ketika tidur. Dia terjaga kerana batuk berterusan tanpa henti. Bila minum air kosong baru lega sedikit.
Dia sudah cuba pelbagai ubat batuk tetapi tiada perubahan yang baik.
Saya tanya bila kali terakhir makan? Dia menjawab selalunya pukul 10pm. Kadang kala lambat sikit. Bila tengah malam lapar, dia pergi ke restoren 24 jam untuk makan roti canai.
Saya percaya berkemungkinan besar, dia mengalami refluks.
Batuk Terbahagi Kepada 2
Ada masalah batuk disebabkan penyakit berbahaya. Ada disebabkan oleh masalah yang ringan.
Antara masalah batuk yang bahaya adalah:
1. Tibi
2. Kanser paru-paru
3. Bronchiectasis
4. COPD (Chronic Obstructive Pulmonary Disease)
Sementara yang kurang bahaya dan dapat dirawat dengan baik adalah:
5. Asthma
6. Post Nasal Phlegm akibat Sinusitis yang kronik
7. Reflux
Saya berikan ubat gastrik untuk kawal masalah beliau untuk sementara waktu. Pada yang sama saya nasihatkan kurangkan berat badan, tidur gunakan alas kepala yang agak tinggi dan tidak makan berat 2 jam sebelum tidur.
Selepas seminggu tiada batuk lagi.
Sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad
ARTIKEL MENARIK : “Kenderaan Adalah ‘Monster’ Yang Telan Banyak Duit…”-Lelaki Ni Pesan, Ada Betulnya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club