Batuk Berpanjangan, Segera Cuba Salah Satu Antara 7 Petua Ni!

Share

Bila batuk, kabanyakan kita menganggap  sebagai satu masalah kecil. Namun bila batuk berterusan dan teruk sehingga boleh menyebabkan ketidak selesaan barulah mula mencari penawarnya.

Sebenarnya batuk ini terbahagi kepada dua iaitu batuk kering atau yang berkahak. Batuk kering tidak menghasilkan mukus, manakala batuk berkahak kedengaran seperti berair dan menyebabkan pengeluaran kahak (mukus).

Apa yang pasti, batuk berpanjangan buat kita rasa tertekan dan mengganggu kerja-kerja kita. Selain dapatkan rawatan daripada doktor yang pakar,  tak salah juga jika kita dicuba beberapa  petua tradisional yang diamalkan oleh nenek moyang kita dahulu.  Mana tahu salah satu petuanya serasi dan mujarab.

1. Bawang Putih
Ambil bawang putih dan buangkan kulitnya. Kemudian bakar di atas api

hingga beberapa minit dan makan perlahan-lahan begitu sahaja. Pastikan bawang dibakar terlebih dahulu supaya tidak terasa ditekak. Cuba mana tahu serasi dengan batuk anda.

2. Belimbing
Belimbing juga dikatakan membantu meredakan masalah batuk. Ambil beberapa biji belimbing, perah dan minum jusnya. Jangan tambahkan gula, hanya minum jus asli sahaja. Amalkan.

3. Kicap & Limau Nipis
Ambil satu sudu kicap dan perahkan sebiji limau nipis ke dalamnya. Kacau rata dan terus sahaja diminum. Boleh juga ditambahkan sedikit garam seperti yang disyorkan. Amalkan sehingga batuk beransur pulih.

4. Halia
Hiris halia dan masukkan ke dalam air panas yang berisi lemon. Campurkan sedikit madu dan amalkan minum pada pagi dan petang.

5. Lada Hitam
Ambil satu sudu lada hitam dan masukkan ke dalam segelas air panas. Campurkan dua sudu makan madu dan kacau rata. Tutup dan biarkan direndam selama 10 minit. Amalkan minum air ini.

6. Air Asam
Masukkan sedikit asam jawa ke dalam air suam. Kacau hingga sebati dan biarkan direndam

seketika. Amalkan minum air ini setiap 2 hingga 3 jam setiap hari.

Selain menggunakan 6 ramuan di atas, melalui perkongsian  Farhany Ami Murad untuk menghilangkan batuk anaknya adalah dengan menggunakan buah delima. Ikuti perkongsiannya.


Baru teringat nak share ,since salsabila tetiba batuk hari tu kalut nya lah mak dia ni ,risau anak batuk lelama oi. Jgn memain ,batuk yang berpanjangan boleh menyebabkan jangkitan kuman dekat paru² tau ..Nauzubillahiminzalik

Teringat pernah baca kalau nak hilangkan batuk boleh guna MADU . so far mmg ramai kata bagus guna madu . TAPI ,bayi bawah 2 tahun tak digalakkan lagi makan madu .

So try cari alternatif lain . Cari punya cari jumpa satu blog suggest guna DELIMA sebagai pengganti madu,function dia sama macam madu ,bersifat panas and tergolong dalam kategori makanan yang boleh menghilangkan mukus .

Memang berkesan! Alhamdulillah batuk dia berkurang ,dua tiga hari baru perasan yang batuk takde langsung dah . Mak mak yang ‘over kalut’ mcm kite ni kalau anak batuk or selsema boleh lah try naaa . .

Oh lupa nak bagitau ,tindak balas jus delima ni nanti hingus akan cair keluar,sentiasa meleleh .so kena sedut selalu ye and lendir kahak keluar melalui poopoo baby . Ini kesan yg sy nampak dekat Salsabila.

Kalau makin teruk please refer doctor ye ?
Takda mak yang nak anak sakit ,semua mak nak yang terbaik utk anak memasing tapi sakit demam batuk selsema tu tetap tak boleh nak elak ,memang kena lalui jugak . Dari situ lah boleh kutip pengalaman sebagai sorang mak ,nanti lama2 jadi Pro dah . Supermom gituuu !