Kesihatan

Batuk Berminggu-minggu Tapi Masih Tak Pulih, Jom Cuba Cara Aunty Cina Ini Amalkan

Share

Batuk sudah berminggu-minggu tapi masih juga belum pulih. Ubat batuk pun sudah habis diminum namun batuk masih lagi ada selain tekak terasa gatal. Seakan habis cara dilakukan untuk kembali sembuh seperti sedia kala. Namun belum menampakkan kesan positif.

Sebelum anda berputus asa mencari penawarnya apa kata anda cuba dahulu petua yang dikongsikan oleh Puan Farida Farid ini. Menurutnya setelah mengamalkan petua ini, keadaan batuk anaknya yang berlarutan hingga tiga minggu lamanya akhirnya berkurangan dan nampak kesan positif.

Batuk Berminggu-minggu Tapi Masih Tak Pulih

Difahamkan juga petua yang diamalkan ini diberikan oleh seorang makcik berbangsa Cina kepadanya setelah kasihan melihat anaknya batuk tanpa henti-henti di sebuah kedai.

Jadi buat anda yang masih tercari-cari ubat untuk meredakan batuk yang ‘degil’ untuk hilang, apa kata cuba petua ini. Mana tahu ianya juga serasi dengan anda.

Kredit foto: Freepik

Jom Cuba Cara Aunty Cina Ini Amalkan

Anak-anak batuk sudah masuk minggu ke-3. Demam kebah, demam kebah, sampai 2 kali pergi emergency department sebab suhu tinggi sangat.

Macam-macam antibiotik dan remedi lain yang saya sudah buat, tapi belum ada rezeki nak sihat lagi.

Alhamdulillah, bila amalkan petua rawat batuk dengan bawang putih ini,batuk dah kurang, demam pun dah kebah.

Jadi, saya ingin kongsikan remedi ini yang saya dapat daripada sorang aunty Cina yang masa itu kasihan tengok anak lelaki saya batuk tak henti-henti.

PETUA RAWAT BATUK DENGAN BAWANG PUTIH

Bahan-bahan:

7 atau 9 ulas bawang putih
Air 1 1/2 cawan
Gula batu 4-5 biji

Cara-cara: 

  1. Rebus semua sehingga sehingga jadi suku cawan. Guna api yang paling perlahan.

2. Minum 3 kali sehari.

Minum semasa air rebusan masih suam-suam. Amalkan 3 kali sehari. Boleh buat sekali rebus untuk 2 kali minum. Petua ini sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak setahun ke atas.

Tidak salah untuk mencuba petua ini memandangkan bahan-bahan yang digunakan begitu mudah didapati di rumah. Apapun, jangan sesekali abaikan pemeriksaan doktor sekiranya demam dan batuk berterusan.

Petua rawat batuk ini diamalkan secara sampingan saja, sebagai ikhtiar selain rawatan yang dipreskripsikan doktor.

Sumber: Farida Farid 

Kredit foto: Freepik

Baca artikel berkaitan: Batuk Susah Nak Reda, Cuba Ramuan Ubat Batuk Guna Limau Kasturi, Asam Boi & Madu!

Anak Batuk Dan Alergik Lepas Makan Buah, Cuci Dulu Guna Tiga Bahan Ni, Mudah!

Ubat Batuk Beri Kesan Pada Otak? Dr Ini Kongsi Petua Alami