Siapa pernah makan perut lembu? Isinya yang putih bak salju dan rasa kenyal-kenyal tu memang sesuai di makan dalam sup atau dibuat kerabu. Tapi.. Itu bila dah basuh lah! Kalau tak basuh lagi, semua pakat larikan diri kerana nak basuh perut bukannya mudah. Perlukan kegigihan dan semestinya tahan geli dek warnanya yang gelap itu!
Baru-baru ini tular satu video pada platform TikTok @makey.24jey dalam memaparkan ‘cara cepat’ yang dilakukan beliau membersihkan perut lembu iaitu menggunakan mesin basuh! Fuh.. Lain dari yang lain kan caranya tu.
Ads
Malah, ini bukan pertama kali perut dicuci sebegini, menurut kapsyen yang ditulis setiap tahun kaedah yang sama digunakan untuk membasuh dengan cepat.
beginilah setiap tahun, bende boleh cepat buat apa nk lambatkan hahahaha.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen nampaknya nampaknya terhibur dengan cara unik yang dikongsikan. Tidak kurang juga yang terkejut serta mencadangkan kaedah lain dalam membersihkan perut lembu seperti menggunakan water jet dan sebagainya.
Memiliki ruang laman yang dilengkapi dengan ruang santai tentu menjadi idaman untuk direalisasikan. Kiranya dapatlah seisi keluarga berehat menghirup udara luar dalam suasana yang cukup mendamaikan sambil ditemani dengan landskap laman yang menghijau.
Bahkan tidak dinafikan sanggup berhabis duit untuk meletakkan gazebo puluhan ribu ringgit di ruang halaman rumah demi memberi mood santai yang indah.
Pun begitu, berbeza dengan Azlan Idris yang lebih selesa menggayakan ruang laman dengan jelmaan ruang patio daripada block stone dengan bermodalkan RM 500 sahaja namun nampak begitu sempurna dan cantik sekali.
Menurutnya, tujuan dilakukan DIY di ruangan tersebut adalah untuk dijadikan tempat santai menikmati suasana BBQ bersama keluarga tercinta.
Turut dikongsikan cara dan bagaimana membuat patio tersebut di salah satu group deko di facebook, dan perkongsian mendapat perhatian ramai.
Jadi buat anda yang terinspirasi untuk hasilkan patio seumpamanya, bolehlah lihat langkah demi langkah yang dikongsikan olehnya untuk dijadikan panduan bersama.
DIY PATIO BLOCK STONE
Langkah 1 : Tentukan dan ukur keluasan yang ingin dijadikan ruang patio. Untuk keluasan ini adalah 100 inci X 150 inci.
Langkah 2 : Korek dan ratakan tanah mengikut keluasan yang ditandakan.
Langlah 3 : Taburkan pasir dan padatkan agar permukaan menjadi rata. Setelah itu barulah susun stone.
“Abang beli area rumah ni, Ulu Yam RM1.20 satu batu…kat lain kalau ada murah tak tau lah. Total cost lebih kurang RM500 je”
“Ada yg letak batu gravel gak sebelum pasir…tapi kalau setakat orang je yg naik atas cukup dah pasir…kalau nak yg parking kereta bagai elok 2 lapis..batu graval lepas tu pasir..dah bagi padat baru susun batu,” tulisnya diruangan komen bila ramai yang bertanya soalan kepadanya.
Langkah 4 : Bersihkan kesan pasir di celah-celah batu dengan air paip.
Langkah 5 : Siap dan bolehlah letakkan meja, kerusi dan kelengkapan BBQ mengikut susun atur yang sesuai.
Benar, membaca perkongsian daripada guru ini membuatkan air mata akan tumpah dengan sendirinya. Membayangkan betapa berat dugaan yang ditanggung oleh anak remaja bernama Manaf Aziz, buatkan kita terkasima.
Saat dirinya memerlukan dorongan, sokongan dan doa daripada seorang ibu untuk mempersiapkan diri berjuang sebagai calun peperiksaan SPM 2018, dan waktu itu juga dirinya diuji bila mana ibunya dijemput oleh sang pencipta ke negeri abadi.
Namun dengan rasa tenang, ikhlas dan sifat menerima yang ada di dalam dirinya, menjadikan anak remaja ini cukup luar biasa semangatnya. Mampu bangkit penuh semangat dan akhirnya membuktikan 10A adalah miliknya.
Kisah luar biasa ini dikongsikan oleh Cikgu Nor Zulfarizah Zulkipli, semoga memberi inspirasi buat semua.
Kisah ini ditulis sebagai sumber inspirasi. Sudah berapa banyak airmata tumpah kerananya.
Dia anak yang hebat sering disebut-sebut oleh guru kerana dia seorang bijak dan tingkahlakunya yang sopan. Orangnya sangat merendah diri mungkin jiwa anak kampung masih tebal dalam dirinya.
2018 saya menjadi guru kelasnya- 5 Jasa. 22 orang anak-anak dari pelbagai latarbelakang diamanahkan untuk saya uruskan.
Dia bagi saya seorang yang introvert. Pemalu dan menyendiri. Sering lewat ke kelas saya selepas rehat kerana menunaikan solat dhuha dahulu. Bak kata pengetua- dia seorang yang redha, ikhlas dan menerima.
20 Ramadhan 1439- sewaktu pengumuman namanya disebut, saya ke pejabat. Ada ibu saudaranya sedang mengisi borang untuk membawanya pulang. Saya bertanya kenapa?
Ibunya meninggal selepas sahur pagi tadi. Allahuakbar.. Saya mencarinya mengikut dia dari belakang sebagai tanda sokongan. Airmatanya tumpah apabila ibu saudaranya mengatakan “Abangchik, ibu dah tiada”. Tangannya dikepal. Dia memejamkan mata. Saya juga tidak tahan melihatnya. Itulah harapannya.. itulah ibunya.
Saya dan guru-guru menguruskan rakan-rakan sekelas untuk menziarah ke rumahnya. Apabila sampai adiknya yang kecil berusia 5 tahun mengejar jenazah ibunya yang diusung untuk diuruskan di rumah jiran. Rumahnya kecil sudah beberapa kali di tenggelami banjir.
Dia menjadi ketua membaca surah Yasin di hadapan jenazah ibunya. Dia tidak menangis, yang menangis rakan-rakannya. Kuatnya dia menahan perasaan hiba. Waktu inilah adiknya yang kecil 5 tahun tadi, menangis-nangis di luar rumah. Memanggil-manggil nama ibunya. Kami yang berada di dalam rumah pecah empangan airmata masing-masing. Ketika pulang, saya memikirkan dia lima beradik makan apa berbuka? Makan apa sahur? Menangis lagi ke adiknya?
Selepas ibunya pergi, saya lihat prestasinya tidak konsisten. Ketika temu mesra pelajar 2018 tiada lagi peneman dia. Dia duduk di belakang sahaja tanpa bapanya. Ayahnya tiada kenderaan hanya ada basikal.
Untungnya dia kerana rakan sekelas banyak membantu terutama dari segi material. Saya tahu ada yang selalu membelanjainya makan ketika di kantin dan sewaktu sekali sekala outing di bandar. Saya bangga dengan anak-anak 5 Jasa saya ini.
Hari terakhir sebelum SPM, kami adakan kelas BM. Saya berpesan kepada 102 calon mintalah ibu dan bapa doakan anak semua. Doa yang paling berkat daripada kedua-dua ibu bapa. Selepas kelas, anak-anak ini datang bermaafan dengan saya, cikgu Azira dan cikgu Halimatu. Selepas Afiq Dzulmukhry membuat drama airmata memohon maaf. Minta dihalalkan ilmu. Datang dia berkata ‘ Cikgu, tolong doakan saya sebagai ganti ibu saya. saya tiada ibu untuk doakan saya ni. Saya pandang dia. Sayunya hati melihat anak ini. Aduhai anakanda. InsyaAllah cikgu doakan awak dapat 10A+.
Pada pagi berkumpul untuk peperiksaan SPM kertas yang pertama iaitu Bahasa Melayu kertas satu. Saya lihat dia menangis. Sungguh-sungguh menangis. Saya juga sebak melihat dia. Kami gurunya memberi kata semangat agar dia boleh menjawab dengan baik.
Pada hari ini, dia anakanda 5 Jasaku telah membuktikan anak kampung serba kekurangan boleh berjaya dengan cemerlang. Doa kami para murabbi sentiasa untukmu. Semoga perjalanan kehidupan merubah nasib keluarga dipermudahkan.
Ketika diumumkan namanya di atas pentas, dia meminta untuk ayahnya naik ke atas namun ayahnya tiada di sisi mungkin berada di luar dewan. Kami menitiskan airmata melihat Manaf. Sukarnya dia berhadapan dengan cabaran dan dugaan.
Manaf, cikgu minta maaf. 9A+ 1A. A solid itu Bahasa Melayu. Maafkan cikgu. Cikgu sayang semua anakanda 5 Jasa dan 5 Budi 2018 dan semua 102 calon SPM Shah Pekan 2018.
Tahniah semua. Kenang cikgu dalam doa kalian.
Adakah anda berdepan dengan masalah untuk menanggalkan dan sekali gus menghilangkan kesan pelekat atau sticker pada bekas plastik?
Kalau dibiarkan, nampak tidak bersih pula kesan sticker tersebut walau sudah dicuci berkali-kali.
Jadi apa cara anda boleh lakukan?
Di sini dikongsikan trik menanggalkan kesan gam tersebut dengan cukup mudah dan berkesan yang boleh anda cuba. Rahsiannya dengan menggunakan minyak masak!
Kepada yang tidak tahu, anda boleh menanggalkan kesan lekatan sticker pada bekas yang sudah lama dengan menggunakan minyak masak.
Caranya, tuangkan sedikit minyak masak pada tisu serap minyak (kitchen towel tissue paper) dan gosok. Bergantung kepada jumlah lekatan, ulangi langkah ini jika perlu.
Tips:
• Minyak masak boleh melarutkan komponen gam.
• Menggosok dengan cepat akan menghasilkan haba yang boleh membantu mempercepatkan proses tertanggalnya gam.