Basuh Comforter Bersih & Material Tak Rosak, Ada Caranya. Wanita Ni Kongsikan!

Share

Biasanya, bila nak cuci comforter mesti kita akan ke kedai dobi. Jika hendak dicuci sendiri, terasa seperti tidak muat pula mesin yang ada. Lagi-lagi bila ‘disumbat’ dengan pakaian lain, bertambah tidak bergerak jadinya mesin tersebut.

Cara tersebut bukan sahaja cucian tidak bersih malah boleh merosakkan material comforter juga.

Namun berbeza kisahnya jika dicuci dengan kaedah yang dikongsikan oleh  Nurul Ain ini.


Pagi ini mommy basuh comforter.

Dulu selalu pakai cara A. Namun selepas jumpa cara basuh comforter/toto/selimut dengan betul itu hari, sekarang saya guna cara B pula. Katanya dobi pun basuh macam ni.

Kenapa? Untuk elak material comforter dari rosak. Tak mahulah terburai isinya atau terkoyak apabila habis proses basuhan nanti kan. Hurm. Mungkin ada betulnya juga.

Caranya mudah ya amat.

1. Gulung gulung dulu sebelum masuk mesin

Gulung ikut saiz mesin. Saya guna mesin 8kg (cara gulung ada di ruang komen).

2. Pastikan masuk secara menegak seperti dalam gambar B.

3. Letak bahagian kotor dibahagian luar gulungan untuk pembersihan lebih efektif.

Hasilnya, memang bersih dan material tak rosak. Perlu letak cecair pencuci lebih sikit.

Apapun ini sesuai untuk kotoran minor sahaja.

Jika ada sebarang najis atau kotoran melampau perlulah dibersihkan terlebih dahulu. Selepas itu, baru boleh masuk mesin. Taknak masuk mesin pun tak mengapa. Lambatlah sikit keringnya nanti. Terpulang.

Kalian pula guna cara yang mana. A atau B?

Sumber : Nurul Ain Syed Mohd