Mungkin cara kita peluk anak selama ni tak betul kot. Tu yang anak makin keras dan melawan! Anak yang tak rasa dicintai dan disayangi memang akan lebih keras dan suka melawan. Padahal kadang kadang kita sayang je anak anak kita tapi rupa-rupanya mereka TAK DAPAT RASA.
Kita sayang je tapi mungkin mesej tu tak sampai kat anak kita! Mungkin salah kita sebab kita tak belajar cara terbaik untuk MEREKA RASA apa yang kita rasa.
Sini saya nak kongsi cara peluk yang betul :
1. Baiki dulu emosi kita. Jangan pergi peluk anak masa kita tengah stress melampau. Ambil deep breathing dulu dan ambil nafas daripada perut untuk tenangkan emosi.
Ads
2. Melutut dulu, biar mata kita dan anak kita tu selaras atau satu level. Masa ni kalau kita ada buat salah kat anak pun, kita boleh je mintak maaf. Tak jatuh pun derajat mak ayah kalau mintak maaf kat anak.
3. Jangan peluk anak dengan paksaan. Kalau anak jenis susah nak bagi peluk atau rimas kena peluk, pandai pandai la cari cara untuk pujuk mereka. Alih fokus dan perhatian mereka pada benda di luar sana. Tunjuk pada anak kita tu kereta tengah melintas ke, burung berterbangan ke atau si ayah tengah berdengkur ke
Ads
4. Dah berjaya peluk anak tu, samakan bahagian dada kita dengan dada anak kita. Rapatkan dada kita sampai bertemu dengan dada anak kita.
5. Ingat tau, jantung kita yang kat dada tu ada electromagnetic fields yang kuat yang boleh dikesan sejauh beberapa kaki daripada badan kita!
Ads
6. InsyaAllah dengan cara pelukan yang betul, anak kita akan lebih tenang dan dia akan boleh rasa yang dia disayangi.
7. Senakal nakal anak pun kalau dipeluk mereka akan kalah kerana keinginan untuk dipeluk itu adalah FITRAH TERINDAH mereka!
Menjelang Syawal yang mulia, pastinya kepiluan di hati Shuib Sepahtu, pelawak dan Usahawan tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.
Kenangan menyambut hari raya bersama arwah isteri, Allahyarham Siti Sarah sebelum ini Akan kekal dilipatan sejarah hidupnya.
Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad jujur mengakui pernah melalui fasa ekonomi turun naik sebelum ini. Begitupun, arwah tetap setia dan menjadi pendorong utama buatnya.
“Momen hari raya yang paling diingati bila bersama arwah ketika saya mengalami fasa susah satu ketika dahulu. Saya pernah susah bersama-sama dengan dia. Kami pernah beraya dalam keadaan ekonomi saya yang tak berapa baik tetapi dia tak kisah.
“Pada ketika itu, saya tiada banyak duit. Nak beli baju, kuih raya dan beri duit raya pun kena kira-kira. Tapi dia tetap setia di sisi saat mengharungi fasa tersebut. Perkara ini akan saya kenang sampai bila-bila,” katanya kepada MH.
Tambahnya lagi dengan nada sebak, ini merupakan Ramadan pertama disambut tanpa isteri tercinta Di sisi.
“Ketika menyambut Ramadan pertama, kebanyakan ahli keluarga berbuka di rumah saya kerana mungkin mereka tahu saya tengah bersedih.
“Sewaktu kami nak berbuka, pada ketika nak menahan rasa sedih, kebetulan saya ternampak sepinggan nasi di meja sebelah kiri saya yang biasanya menjadi tempat Sarah. Saya bertanya kepada abang ipar ‘Ni nasi siapa?’ dan dia menjawab ‘tak tahu’.
“Kami sekeluarga terus terkedu dan berpandang sesama sendiri. Dah la nasi tu ada tapi kerusinya kosong. Saya merasakan seperti ‘kita’ sedang berbuka puasa sekali. Mungkin kami dah terbiasa dengan situasi sebegitu sebelum ini.
“Bila perkara ini terjadi, nak tak nak saya tetap kena lalui juga. Perasaan sedih tu mesti ada. Menangis pun dah biasa sangat. Tapi tak mengapalah, saya niatkan setiap titisan air mata ini, semoga Allah angkat sebagai penghapus dosa dia,” ujarnya lagi.
Shuib berkongsi luahan ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Indigital Music di Hotel Royal, Kuala Lumpur.
Pada majlis sama, turut disampaikan Platinum Award untuk lagu Jangan Khianati Aku nyanyian Azlan And The Typewriter.
Untuk rekod, , Shuib dan Sarah melayari bahtera perkahwinan selama 10 tahun dan dikurniakan empat orang cahaya mata Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan yang baru berusia 9 bulan.
Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada tanggal 9 Ogos tahun lalu.
Anak yang anak lihat dan belajar, itulah yang akan kekal dalam mindanya sewaktu membesar. Oleh sebab itulah mak ayah perlu memilih saluran yang tepat untuk anak belajar dan tonton.
Menurut perkongsian Penulis Keibubapaan, Pn Wawa Shauqi, berjuanglah untuk beri tontonan yang baik pada anak-anak kita. Jangan kita menyesal di kemudian hari nanti.
Hari tu saya dah geram sangat. Mulut anak-anak asyik menyanyi lagu Tik Tok. Tarian bukan-bukan pun diorang ikut. Paling tak best, diorang dah pandai tiru prank yang diorang tengok.
“You are what you watch. Kalau korang pilih tengok cerita bukan-bukan, perangai kita pun akan ikut jadi bukan-bukan. Perasan tak?”
Berkali-kali saya tekankan ayat,
“You are what you watch” “You are what you watch.” “Masa tengok video tanya kat diri, ada tak aku belajar benda bagus dari video ni? Kalau tak ada, next. Cari video lain.” Kata saya.
Lepas-lepas tu, jarang sangat diorang klik Netflix dan YT. Kalau klik pun, anak-anak pilih dokumentari dan video origami macam ni.
Saya tak kisah korang nak cakap saya kuno ke apa. Saya memang percaya kuasa bahan tontonan ni. Dia boleh bentuk pemikiran anak.
Apa yang kita suap ke otak, itulah yang kita jadi. Tak percaya, tengok apa yang anak istiqomah tonton hari ni, dah tengok kesannya 3 tahun akan datang.
Yang rajin layan video bahasa Inggeris, akan cenderung cakap bahasa Inggeris.
Yang rajin tengok video Huggy Wuggy, main pun ganas dan disturbing.
Yang suka tengok cerita seram, tingkah laku pun misteri semacam.
Kalau nak anak rajin mengaji, rajinlah bukak rancangan mengaji.
Kalau nak anak elok beradab, pilihlah cerita-cerita yang ajar adab dan sunnah Nabi.
Kita mak ayah kena ada rasa tanggungjawab untuk bantu anak pilih. Jangan sampai benda ni pun, Allah tanya kat akhirat nanti. Especially, bila pengaruh buruk skrin berleluasa sangat. Anak tak cari pun jumpa. Sebab nak cari benda baik kat skrin ni susah sangat.
You are what you feed your mind. Kalau kita suap otak dengan ilmu, percakapan dan gaya hidup yang bukan-bukan, lama-lama ia akan bentuk cara kita fikir jadi bukan-bukan jugak.
Cara fikir yang bukan-bukan tu juga akan jadi punca perangai kita jadi bukan-bukan. Pilih betul-betul bahan tontonan. Sama macam kita pilih buku dan pilih kawan.
Semoga kita kuat berjuang nak tolong anak-anak kita ni.
Wanita ini apabila sudah berkahwin, segala rutin kehidupannya berubah apabila memberi tumpuan sepenuhnya kepada rumahtangga. Lebih-lebih lagi bagi wanita surirumah sepenuh masa. Hidupnya daripada pagi hingga ke malam adalah menguruskan rumahtangga. Sebaliknya bagi wanita bekerja. Namun, apa pun, wanita tetap sama, kerja atau tidak, mereka tetap menguruskan rumahtangga tanpa pernah lelah. Malah tidak mustahil ada wanita yang dahulunya cantik dan ramping, namun setelah berumahtangga berubah daripada penampilan.
Tidak mustahil, wanita memerlukan perhatian daripada suami untuk menenangkan emosinya. Siapa yang tidak stress jika seharian duduk di rumah tanpa keluar ke mana-mana. Wanita yang bekerja pun, jika hujung minggu pun, tetap nak keluar ke pasaraya.
Menerusi facebook seorang lelaki berkongsi kisah bagaimana dia menyantuni isterinya dengan hanya membawa isterinya dengan menaiki kereta tanpa ke mana-mana, Baginya isterinya, itulah adalah salah satu cara untuk menghilangkan tekanan seharian menguruskan rumahtangga.
Nampak biasa-biasa aje perkongsian ini, tetapi ia penting untuk para suami faham situasi yang dialami oleh isteri.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Saya balik kerja, isteri cakap, “Abang, jom keluar jalan-jalan. Stress la”
Banyak kali macam tu. Pelik betul. Stress apa, duduk rumah jaga anak-anak tercinta yang comel-comel tu. Kalau ikutkan, keluar rumah, lagi la stress dan penat.
Bila fikir semula, saya bawa juga pusing-pusing naik kereta. Kadang-kadang, singgah pasaraya. Selalunya tak beli apa pun, window shopping je. Tapi dia punya teruja, macam anak kecil diajak pergi Disneyland.
“Terima kasih abang, bawa jalan-jalan!”, isteri saya akan ucap ini setiap kali dapat berjalan.
Saya teringat satu pesanan, “Emosi perempuan ni macam belon kecil, tak boleh tampung banyak sangat tekanan. Nanti meletus. Beza dengan kita orang lelaki”
Dulu isteri saya lemah lembut je, sejak ada anak ni, kalau tak kena masa, kalah raja rimba. Macam nak makan orang. Pelik juga. Kemana perginya kelembutan dan kemanjaan beliau yang dulu?
Kita baru pegang handphone pun, tiba-tiba boleh kena serang. Mengejut je. Tiba-tiba meletus.
Saya cuba untuk faham situasi ini. Ya, kami para suami susah nak faham.
Rupanya, tak sama penat seorang suami dan penat seorang isteri.
Anak menangis nak susu, anak yang lain berkelahi menjerit-jerit, sorang lagi mendesak nak tengok kartun, rumah dah macam tongkang pecah. Tak masuk lagi bab masak, bisnes, kurang tidur, lapar, basuh baju, kemas, layan perangai customer barang tak sampai. Ini berlaku setiap hari, hampir setiap masa.
Tengok la gambar ni, nak tidur pun, nak dengan mama dia sahaja. Tak ada ruang mama dia bersendiri. Terpaksa saya sarung tudung isteri untuk kelirukan budak ni.
Asakan-asakan ni mendesak isteri secara fizikal, mental dan emosi.
Siapa lagi tempat isteri nak mengadu dan harapkan? Kita la, partner dia. Sebab tu kalau emosi mereka tidak ditenangkan, boleh meletop!
Jadi, nasihat ini untuk diri saya dan suami-suami sekalian. Isteri adalah amanah Allah pada kita.
1. Dengar cerita dia. Jika isteri mahu bercerita, dengar dengan cara pandang muka dia, atau peluk dia. Tunjuk yang kita prihatin dan sokong dia. Apabila kita abaikan dia nak luah kepenatan dia, dia makan hati. Tau-tau dah merajuk acik tu. Lagi teruk kalau kita sinis dan rendah-rendahkan pula perasaan dia. Jangan pelik kalau isteri pandai melawan.
2. Urus rumah adalah kerja kita juga. Tak ada istilah ‘tolong isteri buat kerja rumah’. Kalau ikutkan, itu memang kerja kita juga. Kita masak sebab nak makan, kita basuh baju dan pinggan sebab dah pakai. Itu rumah kita dan itu anak kita. Kita ada tanggungjawab. Ringankan tulang.
3. Kerja isteri tiada office hour. Dia bukan robot, jadi, bagi masa untuk dia berehat dan ‘me time’. Dia pun memang kurang rehat, sejak mengandungkan anak pertama.
Pada saya, mengurus rumah tangga ni ada dua school of thought. Satu, isteri kena layan suami macam raja. Kedua, urus rumah bersama-sama. Dua-dua betul. Sesuaikan lah dengan cara kita.
Para isteri sekalian, maaf ya, jika tidak memahami kalian, bagi para suami peluang. Kita jaga kita. Benda boleh bincang. Mulakan dengan bercakap baik-baik dengan pasangan.
Maafkan, jika ada kesilapan dan kesalahan. Kita manusia biasa. Kenapa suami ada kekurangan? Sebab awak adalah pelengkap dia.
Kita bukan terbaik, tetapi izinkan kita berusaha jadi yang terbaik.