Baru Umur 20 Tahun, Wanita Ini Kahwin Kali Kedua Dengan Lelaki 70an! “Nik Dah Biasa Kahwin Dengan Orang Tua”

Share

Bak kata pepatah, ‘kalau dah jodoh tak ke mana’. Meskipun umur baru mencecah 20 tahun, siapa sangka wanita yang dikenali sebagai Nik ini sudah dua kali berumah tangga.

Tapi yang menjadi perhatian orang ramai bukan disebabkan wanita ini berkahwin muda, tetapi sebaliknya kerana dia mengahwini warga emas dalam lingkungan 70 tahun.

Menerusi rakaman siaran langsungnya di laman Tiktok, seorang individu sempat menangkap layar dan berkongsi video tersebut di mana Nik menjelaskan dia sudah biasa menjadikan lelaki berusia sebagai teman hidup.

“Saya dan biasa dah kahwin dengan orang tua. Dari umur 18 dah habis sekolah terus kahwin. Ni kahwin kali kedua.” katanya.

Apabila ditanya mengenai suami pertamanya, wanita berkenaan mendedahkan bahawa bekas suaminya itu sudah meninggal dunia akibat sakit dada sebelum bertemu dengan pasangan baru.

“Korang tak faham apa yang Nik rasa. Suami pertama akak dah meninggal sakit dada.” tambahnya.

@aladamramadhannik syg warga emas….

♬ original sound – CEO OF AI MANGA

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan pendedahan Nik. Malah, ada juga di antara mereka mendoakan agar perkahwinan kedua wanita itu bahagia hingga ke Jannah.

Sumber : @aladamramadhan, nik (@nik.164) | TikTok