Baru Umur 14 Tahun Jadi Wali, Menangis Nikahkan Kakak. Ramai Puji & Auto Leleh Air Mata!

Share

Sebagaimana kelaziman bila seorang anak gadis bernikah, bapa kandung akan menjadi walinya. Namun sekiranya bapa tidak ada kerana meninggal dunia maka hak wali berpindah kepada datuk pengantin perempuan itu; dan jika datuk juga meninggal dunia maka hak wali itu berpindah kepada saudara lelaki seibu-sebapa kepada pengantin perempuan dan begitulah bidang kuasa wali mengikut tertib susunannya.

Oleh kerana wali merupakan salah satu syarat sah nikah maka bukan semua orang boleh menjadi wali. Syarat-syarat sah menjadi wali ialah lelaki yang beragama Islam, berakal, adil, merdeka, dan baligh.

Baru-baru ini viral  kisah seorang remaja berumur 14 tahun sanggup menggalas tanggungjawab menjadi wali kepada kakak sulungnya yang selamat dinikahkan pada hari Ahad yang lalu.

Peristiwa tersebut dirakam dan dimuat naik oleh ibunya  @azzaasha di aplikasi TikTok  yang memaparkan remaja lelaki terbabit nampak gementar ketika membaca lafaz ijab kepada pasangan kakaknya.

@azzaasha04092022 Alhamdullilah selesai pernikahan anakanda sulung , dinikahkan oleh adiknya .♬ original sound – azzaasha

Namun selepas lafaz nikah dibacakan oleh abang iparnya, remaja itu tidak dapat menahan sebak.

“Alhamdulillah selesai pernikahan anakanda sulung, dinikahkan oleh adiknya,” katanya dalam video tersebut.

Sementara itu, majlis yang diadakan di sebuah masjid dan rata-rata tetamu yang hadir turut melahirkan rasa sebak serta kagum dengan keyakinan dan kebolehan remaja lelaki berkenaan menyempurnakan sesi akad hanya sekali lafaz.

Dalam pada itu, rakaman tersebut turut mendapat perkongsian pengguna yang lain dan pelbagai reaksi diberikan menerusi ruangan komen.

“Siapa nangis, kita ‘gang’.”

“Menitis air mata, sama umur dengan anak kedua saya,” kata warganet yang memberikan komen pada video tersebut.

“Terharu sangat.. auto leleh air mata, awak sungguh berani dik..,” kata yang lain pula.

“Suatu masa nanti anak saya jugak akan mewalikan akaknya🥺🥺.mengmbil tanggungjawap arwah ayah nya..🥺,” luah salah seorang warganet dengan sayu.

“Nangis juga tengok vtt akak ni 🥺 perasaan berat untuk melepaskan sorang kakak kepada orang lain,” komen yang lainnya.

ARTIKEL MENARIK

: “Di Rumah Auto Jadi Bapak-bapak..”-Isteri Abam Bomba Viral Kongsi Rutin Suami,Tarik Perhatian!