Sejuk perut ibu mengandung. Setiap ibubapa pasti mahukan anak-anaknya menjadi insan berguna, soleh/solehah, dan boleh meringankan bebanan mereka.
Mempunyai anak yang patuh, ringan tulang dan rajin membantu adalah satu kelebihan kepada ibu.
Itulah yang ditunjukkan oleh seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang tidak menunggu lama untuk berbakti pada orang tuanya.
Menurusi video berdurasi 19 saat itu, anak sulung Hafiy Altamis Haniffa, bukan hanya tidak kekok menjaga adik yang baru berusia 44 hari, malah dia turut menguruskan segala keperluan ibunya termasuk memasak hidangan berpantang.
Di usia seawal itu, kebanyakkan kanak-kanak lain sibuk dengan dunianya, menghabiskan masa bersama rakan-rakan mahupun bermain permainan vidɛo sehingga sukar jika si ibu meminta bantuan.
Tampil berbeza, anak lelaki bagi pasangan Siti Fauziah Masnan dan Haniffa Jhonasrol, mampu melakukan kerja-kerja rumah termasuk memasak walaupun baru berusia lapan tahun.
“Saya cakap kat mereka kenapa saya ajar buat kerja rumah dan sebagainya sebab saya nak mereka belajar hidup berdikari.”
Bercerita tentang anaknya itu, ujar Fauziah, dia terpaksa mengajar anak-anaknya berdikari sejak dari usia lima tahun.
“Sebab kami tak tahu apa yang akan berlaku kepada kami berdua akan datang, takut tak sempat tengok mereka membesar jadi perlu berdikari. Ke mana pun dia pergi, dia boleh jaga adik-adik… itu matlamat saya.
“Hafiy ni saya panggil abang… dari umur dia tujuh tahun saya dah ajar masak nasi dan goreng telur dadar.
“Tapi saya didik mereka sangat tegas dan saya juga sangat garang. Anak-anak memang takut dengan saya.
Dia yang juga ahli perniẫgaan memberitahu, sepanjang tempoh berpantang bulan lepas, anak sulungnya yang paling banyak membantu di samping anak keduanya yang berusia lapan tahun.
“Umur lapan tahun saya dah ajar dia masak nasi goreng. Sekarang dia dah master bab masak, kalau saya sibuk dia yang akan masak untuk adik-adik,” ujar ibu kepada lima cahaya mata itu.
“Jadi masa cuti sekolah sekejap tu, ayah dia pesan dekat anak-anak untuk jangan bagi mommy stress dan sama-sama kemas rumah.
“Saya bersalin czer… pergerakan terbatas dan berpantang sendiri di rumah, suami yang jaga. Minggu pertama mak mertua datang, dalam masa sama suami dah mula sibuk kerja.
“Bila ayah dia masak, mereka akan tolong sediakan bahan dan memasak. Sebab seawal usia lima tahun memang saya dah ajar anak-anak buat kerja rumah, jadi mereka tak kekok,” jelasnya.
Menurutnya lagi, minggu kedua berpantang, dia dan bayi baru lahir diuruskan sepenuhnya oleh Hafiy dan anak keduanya.
“Masa berpantang dah masuk minggu kedua tu, suami dah start sibuk… saya tinggal dengan anak-anak dekat rumah jadi Hafiy yang masak sepenuhnya.
“Saya minta anak bujang saya masak yang simple macam ayam kukus halia. Ni mudah sebab dia boleh tinggal je masa kukus. Kadang-kadang dia masak sup ayam.
“Hafiy akan dibantu oleh adik perempuan dia sebab adik dia pun dah diajar masak nasi sejak umur tujuh tahun.
Siti Fauziah bersama suami dan anak-anaknya.
“Abang pula akan masak dan kemas rumah, memang saya dah ajar mereka bahagi-bahagi tugas,” katanya sambil memuji sikap Hafiy yang ringan tulang dan tidak pernah merungut letih.
“Bila dia tengok abang dia masak, jadi dia pun nak buat. Masa saya dalam pantang ni, adik dia akan basuh dan sidai baju.
“Masa tu saya tak mampu nak ada pembantu rumah jadi saya ajar anak-anak saya yang sulung dan kedua tu buat kerja rumah supaya kalau berlaku apa-apa dekat saya dan suami, mereka boleh jaga adik-adik terutama yang istimewa ni.
Bercerita lanjut, kata anak kelahiran Selayang itu, dia bertegas dengan anak-anaknya kerana anak ketiganya adalah anak istimewa yang menghidap william sindr0m
.“Sejak itu saya ajar mereka buat kerja rumah sebab anak istimewa saya,” katanya yang sentiasa menitik beratkan soal keselamatan dan kebajikan anaknya.
Didikan ibubapa sejak anak-anak masih kecil merupakan asas untuk membɛntuk akhlak yang mulia. Apa yang boleh kita simpulkan, sebagai seorang anak, tidak pernah tunggu besar dahulu dan berduit untuk berbakti pada kedua orang tua. Berbaktilah dengan cara dan apa saja yang kita mampu saat ini.
Meninjau ruangan komen, ramai turut kagum dan memuji ibu bapanya kerana berjaya mendidik anak yang ‘menjadi’ dan boleh diharap serta mampu buat kerja ibunya
Kisah ini cukup menjadi inspirasi buat ibu bapa untuk lebih bersemangat untuk memberi galakkan dalam mendidik anak bak pepatah melayu, melentur biarlah dari rebungnya agar anak itu menjadi lebih berbakti pada orang tua di masa akan datang.
sumber : geehan09