Baru Umum Hamil Anak Kedua Awal Bulan Disember, Acha Septriasa Alami Keguguran

Share

Sebelum ini, pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Acha Septriasa baru sahaja mengumumkan hamil anak kedua pada awal Disember 2022 setelah menanti hampir 5 tahun di laman Instagramnya.

Walau bagaimanapun, berita gembira bertukar duka di mana dalam perkongsian terbaharunya ketika imbas kembali perjalanan hidupnya sepanjang tahun 2022, pelakon filem My Heart itu memaklumkan yang dirinya keguguran sewaktu trimester pertama.

“Berita yang tidak disangka dan paling tidak dingini adalah kami kehilangan kandungan pada trimester pertama.

“Kami sangat sedih terhadap ketentuan ini dan berjanji akan kembali lebih kuat bersama tiga ahli keluarga,” tulisnya.

Di akhir hantaran tersebut, Acha sempat berharap agar semua pihak dapat menikmati kehidupan yang lebih baik di tahun hadapan.

“Kekuatan batin saya adalah mengetahui bila waktu perlu berehat dan bersantai. Jangan lupa untuk menjalani kehidupan semula. Detik-detik gembira hari ini adalah perkara sedih yang akan difikirkan esok. Terima kasih 2022,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Acha Septriasa telah mendirikan rumah tangga dengan Vicky Kharisma sekitar tahun 2016 selepas bertemu sewaktu sama-sama menuntut di Universiti Lim Kok Wing, Cyeberjaya.

Mereka juga dikurniakan seorang cahaya mata perempuan dikenali sebagai Bridgia Kalina Kharisma dan mereka juga menetap di Australia.

Sumber : Instagram Acha Septriasa