Sebelum ini, pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Acha Septriasa baru sahaja mengumumkan hamil anak kedua pada awal Disember 2022 setelah menanti hampir 5 tahun di laman Instagramnya.
Walau bagaimanapun, berita gembira bertukar duka di mana dalam perkongsian terbaharunya ketika imbas kembali perjalanan hidupnya sepanjang tahun 2022, pelakon filem My Heart itu memaklumkan yang dirinya keguguran sewaktu trimester pertama.
“Berita yang tidak disangka dan paling tidak dingini adalah kami kehilangan kandungan pada trimester pertama.
“Kami sangat sedih terhadap ketentuan ini dan berjanji akan kembali lebih kuat bersama tiga ahli keluarga,” tulisnya.
Ads
Di akhir hantaran tersebut, Acha sempat berharap agar semua pihak dapat menikmati kehidupan yang lebih baik di tahun hadapan.
“Kekuatan batin saya adalah mengetahui bila waktu perlu berehat dan bersantai. Jangan lupa untuk menjalani kehidupan semula. Detik-detik gembira hari ini adalah perkara sedih yang akan difikirkan esok. Terima kasih 2022,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, Acha Septriasa telah mendirikan rumah tangga dengan Vicky Kharisma sekitar tahun 2016 selepas bertemu sewaktu sama-sama menuntut di Universiti Lim Kok Wing, Cyeberjaya.
Mereka juga dikurniakan seorang cahaya mata perempuan dikenali sebagai Bridgia Kalina Kharisma dan mereka juga menetap di Australia.
Lebih setahun merehatkan diri, kini pelakon Siti Elizad berkongsi berita bakal menyambung kembali proses rawatan kesuburan In vitro fertilisation (IVF) untuk mendapatkan cahaya mata.
Berita tersebut dimuat naik pelakon berusia 38 tahun itu menerusi satu posting video dalam Instagram miliknya sebentar tadi.
Dia mahu melakukan rawatan tersebut di lokasi sama serta membawa harapan yang sama selepas lapan tahun sabar menanti kehadiran zuriat tercinta.
Susahnya nak dapat awak ni 👼🏻
Tempat yg sama , harapan yg sama . Inshaallah soon , journey ke2 . 🤲🏻 Sedang memilih bulan yg sesuai & x busy . Check dinding rahim dulu pagi ni .
Video yang berdurasi 49 saat itu menujukkan Elizad melakukan pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer (CT scan) selain berbincang dengan dojtor yang merawatnya bagi mengetahui lebih lanjut akan proses yang bakal dijalani kelak.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai respond diterima baik oleh rakan artis mahupun warganet. rata-rata menitipkan doa buat pelakon drama Hati Yang Dikhianati itu agar proses IVF kelak berjalan dengan lancar dan dipermudahkan urusan menimang cahaya mata.
mrsaprenamanrose i will pray for u in my solat today . kita sama! takpe usaha usaha dan terus usaha. pasti dapat! saya yakin kita dua pasti akan ada our junior 😍 love you so much kakak ku ❤️❤️❤️
hazlinamataliYa Allah, permudahkanlah urusan hamba ini Ya Allah. Limpahkan rezki yang tidak diduga Ya Allah. #AminYRA❤️
baikpunyerrlah berkat bulan syaaban ini saya mendoakan Allah kurniakan zuriat untuk elizad .. semoga diperkenan dan dipermudahkan #AllahMahapenyayang
Biasanya ibu ayah akan melarang anak kecik memasuki dapur. Maklumlah risau terkena objek panas atau tajam.
Namun berbeza pula cara wanita ini, puan Nurul Nazireen Khazali yang mendidik anaknya berusia dua tahun mahir memasak.
Menyedari aktiviti ini adalah salah satu aktiviti kendiri, beliau sentiasa mengawasi anaknya menggunakan kelengkapan dapur untuk memastikan keselamatan terjamin.
Gelagat anaknya yang tidak kekok menggunakan bahan masakan menarik perhatian warganet. Istimewanya adiknya berani menggunakan kelengkapan dapur dengan berani. Kepada yang ingin mendidik anak-anak sebegini boleh ikuti tip keselamatan ketika anak kecil berada di dapur.
Dalam pada itu, beliau juga berkongsi pelbagai aktiviti merangsang minda seperti mengenali nombor, haiwan dan warna yang melibatkan kemahiran motor halus.
Ikuti lanjut cara ini ibu ini mendidik anaknya untuk perkembangan minda dan kendiri sejak kecil.
___________________________________
Kali ini saya ingin kongsikan aktiviti memasak saya bersama Syazwi @ Chef Wi. Saya juga ade menerima beberapa soalan bagaimana saya mendidik Syazwi untuk memasak pada usia nya yang baru 2 tahun 6 bulan.
Jadi di sini saya kongsikan beberapa tips berdasarkan pengalaman saya sendiri. Mungkin tidak sama untuk anak-anak anda.
1. Pastikan anak-anak faham apa itu bahaya. Bila berada di dapur, kita terdedah dengan pelbagai jenis bahaya seperti minyak panas, terpecik dan sebagainya. Sentiasa awasi anak anda.
2. Sediakan kerusi atau peralatan yang sesuai. Untuk kerusi memasak Syazwi, saya beli dengan ig: dinamitoys
3. Untuk peralatan tajam seperti pisau, ibubapa lebih tahu keupayaan anak-anak. Mulakan dengan pisau plastic terlebih dahulu. Jika anak sudah pandai mengawal baru bertukar ke pisau yang lebih ‘advance’. Syazwi menggunakan pisau dari Ikea.
4. Jangan paksa anak jika mereka tidak minat. Syazwi sejak kecil memang minat untuk membantu. Dia terasa sangat dihargai bila saya masak dan panggil dia untuk turut serta.
Antara kebaikan apabila anak-anak turut serta dalam aktiviti memasak, mereka belajar benda baharu. Selain itu dapat kenal nama bahan-bahan dan sayur-sayuran yang digunakan. Aktiviti memasak ini juga adalah kemahiran yang dapat membantu anak-anak di masa hadapan mereka (survival skills). Aktivti memasak tidak hanya terhad kepada anak perempuan.
Lumrah anak-anak ialah meneroka dan mencuba benda baharu. Kita sebagai ibu bapa perlu yakin dan percaya pada anak namun pada masa yang sama juga perlu meletakkan had pada mereka.
AKTIVITI RANGSANG MINDA
Bukan sahaja berani memasak, anak kecil ini tekun untuk melakukan aktiviti merangsang minda lain pengelasan warna dan nombor.
Mak ayah ni anak wakil apa-apa di sekolah pun dah rasa bangga, apatah lagi kalau boleh mewakili tanah air tercinta.
Itulah yang dirasai oleh pelakon dan pelawak Bell Ngasri, 43, melahirkan perasaan bangga dengan pencapaian anak keduanya, Nasfarisya Nasrizal, 14, yang terpilih mewakili sekolah dan negara dalam pertandingan pidato Actions For Earth Award & Global Youth Summit.
Memetik laporan Harian Metro, Nasfarisya terpilih bersama tiga peserta lain iaitu Eshal Nabihah Nazamuddin, 15, Areesa Humairah Khairul Hafizi, 15, dan Amira Aisyah Abdullah, 14, dalam pertandingan yang berlangsung di International Centre for Interdisciplinary Science and Education di Quy Nhon, Binh Dinh, Vietnam yang diadakan minggu lalu.
Kesemua mereka adalah pelajar cemerlang dari Sekolah Menengah Setiabudi di Gombak.
“Saya bersyukur dia terpilih masuk pidato untuk sekolah dan mewakili negara walaupun umurnya baru 14 tahun. Saya sendiri tak pernah bawa dia sampai Vetnam untuk sekolah atau apa-apa aktiviti sekolah.
“Nasfarisya budak rajin dan anak pandai. Alhamdulillah, dapat anak tak ikut perangai bapa (bergurau). Alhamdulillah, setiap pelajar sudah menerima sumbangan daripada sekolah untuk duit poket bagi perbelanjaan di Vietnam.
“Saya nak cerita lebih pun saya bukan faham sangat topik ini. Alhamdulillah, paling kurang dia membanggakan kami sekeluarga,” katanya kepada Harian Metro.
Bell juga berbangga kerana Nasfarisya berjaya terpilih walaupun syarat yang ditetapkan untuk peserta ialah berumur 15 tahun dan ke atas.
“Semoga dia (Nasfarisya) berjaya hingga ke anak cucu la senang. Saya dan isteri sentiasa mendoakan yang terbaik untuknya,” katanya.
Menerusi hantaran di Instagram, Bell memuat naik video perjalanan anaknya di Lapangan Terbang Antarangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk ke Vietnam.
Sumber : Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Didie Alias lawat Amyza Aznan, datang beri semangat, rai hari jadi ke-19 Andre di wad. Pelakon Didie Alias telah meluangkan masa untuk melawat anak kepada sahabatnya, Amyza Aznan, yang kini sedang menerima rawatan di hospital akibat penyakit kanser paru-paru.