Ibu ayah adalah pencorak dan pembentuk kepada acuan anak-anaknya. Jika elok didikannya, insyaAllah sempurna ilmu dan akhlaknya.
Ini sebagaimana kisah yang ingin dikongsikan oleh seorang pendidik ini tentang salah seorang anak muridnya yang berusia 13 tahun. Diusia muda seperti itu, pelajar tersebut sudah menghafal 27 juzuk al Quran.
Bahkan 3 orang kakaknya juga adalah hafaz al quran. Tentu ada rahsianya tersendiri dan ianya dikongsikan di sini.
Jom baca kisah ini untuk menjadi menyuntik motivasi ibu bapa yang lain.
Ini perkongsiannya.
Ada satu cerita menarik aku nak kongsi sebagai motivasi kepada ibu bapa,kawan-kawan, adik-adik sekalian.
Pelajar ni namanya Idham Rifqi, umur 13 tahun tingkatan 1. Selesai pendaftaran masa hari first, ayahnya pesan
Ads
“Ustaz, tengokkan anak saya ni lebih sikit ya, bagi sikit ustaz kalau dia malas-malas” sambungnya lagi “Dia dah hafal 27 juzuk ustaz, kalau dia malas mengulang ustaz bagi sikit”
Aku terkejut, Kagum rasa dengan ayahnya. Bermula dari umur 7 tahun, Idham dah mula menghafal al-quran. Bukan senang taw nak didik seawal usia 7 tahun, ketika inilah anak-anak sedang sibuk dengan dunia sendiri nak bermain.
Idham ni 5 beradik, dia anak yang ke 4. Setakat ni dah 4 orang termasuk dia menghafal al-quran. Hanya dia seorang lelaki, kakak-kakaknya semua menghafal al-quran dari kecil. Boleh diiktiraf keluarga mithali macam ni.
.
Ads
Bermakna, dari darjah 1 sehingga darjah 6,Idham berjaya menghafal 27 juzuk. Wow, itu pencapaian yang menakjubkan. Aku waktu ni masih tergagap-gagap kot baca alquran.
Alquran tak jadi beban pon sebenarnya pada Idham, keputusan UPSR Idham 3A 2B 1C. Ni sambil menghafal alquran sambil belajar akademik taw. Sepenuh masa pulak tu duduk di asrama dari darjah 1.
“Tuan, share la sikit tips macam mana boleh anak-anak macam ni” tanya aku pada ayahnya.
Ads
“Ustaz, ada 2 benda yang saya tak pernah tinggal. Pertama, dari waktu kecil sehingga dewasa sekarang, saya tak pernah tinggal doa minta pada Allah berikan zuriat yang soleh.
Kedua, saya keringkan hati korbankan anak saya untuk menghafal al-quran. Saya cuba tidak manjakan dia berlebihan bila berkaitan dengan pelajaran dan al-quran”
Hari pertama minggu ni, dia baca kat aku dengan muka selamba sejuzuk (20 mukasurat).
Belum terlambat sebenarnya kita nak jadikan contoh didikan macam ni pada anak-anak, biar mereka ikut jejak langkah orang yang hebat-hebat.
Apa aku nak sampaikan ialah IBU BAPA adalah GURU yang paling utama ketika anak waktu kecil. Guru yang paling hebat ialah IBU BAPA.
Membangkitkan mood raya di musim PKPB ini tidak salah kiranya kita menyuntik keserian ruang kediaman agar kemeriahan raya tetap dirasai.
Tambahan pula, kos untuk menghasilkan barangan dako yang dikongsikan oleh Ahmad Hazri ini tidaklah perlu bajet yang besar namun jika dihasilkan memberi impak yang lebih besar pada ruang kediaman.
Jadi tunggu apa lagi, jom hasilkannya.
Assalamualaikum semua warga kaki deko.. saya pun terjebak juga buat pokok skybird, boleh kot cara orang lelaki buat.
Nak beli yang elok bajed hampir Rm2xx… buat sendiri bajed tak keras.. dalam Rm50jer.. daun banana eco jer Rm2.10… Hias sikit ruang kosong sebelum menjelang aidil fitri nie….
Bahan2 yg diperlukan.
Daun banana eco
tep kertas
lidi besar
rumput karpet mini
pasu putih
span keras
Bajet dlm Rm50 jer pun.. eco, d.i.y, kedai hiasan bunga..
Cara membuatnya :
Step 1
Potong sebahagian kiri dan kanan daun banana
Step 2
Potong menjadi 3 bentuk saiz daun skybird
Step 3
Kemudian bolehlah digubah dan sebelum itu lilitkan tangkai daun dengan lidi untuk dapatkan ukuran dan ketinggian berbeza.
Siap
sumber : Ahmad Hazri Ali via Kelab Kaki Deco Kaison, Ikea, Romantika, Eco & Mr DIY
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pada zaman sekarang ini, harga barang makin naik dari semasa kesemasa termasuklah barang-barang keperluan keluarga. Oleh itu, adalah sesuatu yang sangat penting bagi kita untuk tidak membazir dan menyimpan wang tabungan bagi kecemasan atau keperluan mustahak.
Menabung sememangnya satu tabiat yang baik bagi mengelakkan duit kita ‘hilang’ begitu sahaja. Hasilnya nanti mungkin boleh digunakan untuk bermacam-macam tujuan yang kita mahu.
Baru-baru ini tular mengenai perkongsian seorang wanita yang berjaya mengumpul atau menabung lebih RM4,000 atau lebih tepatnya RM4,436 pada tahun 2021. Cara yang digunakannya juga kelihatan tidak sukar dan boleh diikuti oleh kebanyakkan orang.
Berikut adalah perkongsiannya cara menabung RM4,436 setahun
Alhamdulillah berjaya konsisten 2021.
Caranya : RM2 – setiap hari RM5 – setiap kali dapat RM10- 2 helai seminggu RM20 – 1 helai seminggu RM50 – Feb, Apr, Jun, Aug, Oct, Dec. RM 100 – Jan, Mar, May, Jul, Sept, Nov
Total : RM 4436.00
Jumlah setiap bulan tak sama sebab duit RM5, bergantung pada banyak mana RM5 yang dapat.
Dapat pegang cash macam ni, rasa sayang nak masuk dalam bank.
Bagi sesiapa yang pening kepala fikir cara nak menabung duit, mungkin anda boleh guna cara yang dikongsikan oleh wanita ini pula. Selamat mencuba semoga berjaya!
Dah jadi kebiasaan, bila anak-anak sertai pertandingan mewakili sukan atau apapun, individu yang paling teruja untuk menonton dan beri semangat semestinya ibu ayah mereka.
Sama seperti ibu bapa lain, baru- baru ini Dr Halina memuat naik di laman Instagramnya momen ketika acara pertandingan sukan renang yang disertai oleh dua orang anak perempuan dan lelaki mereka.
Dalam video tersebut, terdengar suara isteri kepada Datuk Dr Sheikh Muszaphar memberi semangat buat anak-anaknya dan sekaligus menulis di ruangan kapsyen bahawa dia tidak peduli jika orang memandangnya pelik pada hari itu.
“Ini acara renang untuk anak-anak kami. Saya tak edit (video) boleh dengar saya menjerit bersorak.
“Saya dah tak peduli orang kini kanan hanya hendak bersorak untuk anak-anak. Suara acik paling kuat tu saya lah” tulisnya.
Selain mendapat pujian di atas pencapaian dua orang anak mereka iaitu Bella dan Tasha, pasangan itu turut menerima kecaman netizen mengenai pemakaian baju renang yang didakwa tidak sesuai dan sopan.
Dalam hantaran berkenaan menunjukkan anak- anaknya lengkap berbaju renang dengan mendedahkan seluruh kaki dan lengan.
Namun Dr Halina sedar akan teguran tersebut dan mengucapkan terima kasih di atas teguran.
“Saya juga sedar akan semua nasihat yang diberikan terhadap pemakaian anak saya. Terima kasih atas teguran” katanya lagi.
Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah dan sepasang lagi kembar Emilia dan Eusoff.
Guru wanita trauma disamun tiga lelaki bersenjata parang di sebuah taska. Seorang guru wanita berdepan detik mencemaskan apabila menjadi mangsa rompakan oleh tiga lelaki bersenjatakan parang di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Tali Air 11, Pasir Panjang pada pagi Isnin.