Sebenarnya tidak ramai yang tahu khasiat pokok kacang kelo ini. Jika di pasar ia bukan menjadi pilihan masyarakat Melayu sebagai bahan sayur untuk masakan. Namun bagi masyarakat India, ia merupakan sayur yang sedap di makan untuk masakan kari.
Pokok Kacang Kelo ini juga dikenali sebagai gemunggal, munggai, murunggai atau gemunggai.
Pokok ini mempunyai daun yang bersaiz kecil dan berbatang agak rapuhya rapuh. Bunganya keluar secara berjambak dan buahnya dalam bentuk lenggai yang berdiameter kira-kira 6cm dan panjangnya sehingga 60cm.
Ia dipercayai berasal dari Himalaya, India dan kemudian disebarkan ke benua Afrika, Asia Tenggara dan Asia Barat. Di beberapa negara Afrika, ia dijadikan tanaman untuk program pemulihan tanah yang tidak subur, kering dan gersang. Pokok ini sangat lasak dan ia mampu tumbuh dan hidup di kawasan yang tandus.
Nak tahu khasiat pokok ini jom lihat info ini.
KACANG KELO BERSIHKAN DARAH
BAGI kalangan masyarakat India, pokok kacang kelo atau nama saintifiknya Moringa Oleifera, adalah satu-satunya pokok yang tidak begitu asing bagi mereka.
Tidak hairanlah pokok ini sering ditemui di pekarangan rumah atau kuil-kuil mereka. Malah, ada ketika mereka campurkan dalam kari dal dan daunnya dijadikan ulam sayuran.
Bagaimanapun, keistimewaan pokok ini tidak hanya terhenti di situ sahaja. Malah sesuai untuk penjagaan kesihatan diri.
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Strategik, Alam Sekitar dan Sumber Semula Jadi MARDI, Serdang, Dr. Ahmad Zam Zam Mohamed, antara keistimewaan pokok ini yang agak ketara adalah pada tenaga batin dan merawat luka.
Malah katanya, daun kacang kelo yang dijadikan sebagai ulam boleh membantu sebagai pembersih darah dan mengurangan kandungan gula dun seterusnya mengawal tekanan darah.
Jelasnya, dalam aspek keberkesanan rawatan luka, adalah melalui rujukan kajian farmakologi yang telah membuktikan bahawa pokok ini mempunyai aktiviti inflammatory.
“Aktiviti ini adalah penting dalam merawat luka-luka di badan seseorang,” tambahnya lagi ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.
Menurut beliau, bagi tenaga batin caranya adalah mudah sekali. Kita hanya perlu mengambil beberapa helai daun pokok kacang ini.
Kemudian jelasnya lagi, rebus daun-daun tersebut sehingga air rebusan tersebut tinggal setengah dan selepas itu minumlah perlahan-lahan.
“Tetapi harus diigat, sebagaimana perubatan herba yang lain, janganlah meminumnya terialu kerap dan banyak dalam sehari.
“Jangan bagi gairah, adalah lebih baik diamalkan sekali sehari. Lihat kesannya terlebih dahulu,” nasihat beliau lagi.
Bagi merawat luka pula katanya, adalah cukup mudah dengan mengambil beberapa helai daunnya dan ditumnbuk dengan sedikit minyak masak.
“Tumbuk daun-daun tersebut sampai lumat. Kemudian sapulah pada luka tersebut,” tambahnya lagi.
Sumber: Berkebun Di Rumah
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz