Baru Tahu Ada Ubat Yang Tidak Membatalkan Puasa. Ini Penerangan Dari Dr SamHan

Share

Sepanjang bulan puasa ini, ramai diantara kita yang terpaksa ponteng puasa bila terikat dengan ubatan dalam melalui proses penyembuhan. 

Namun baru-baru ini, Dr Samhan telah berkongsikan mengenai ubatan yang tidak membatalkan puasa namun bergantung pada jenis ubatan yang perlu anda ambil. 

Ada ubat yang perlu dimakan, dicucuk atau disapu pada waktu pagi tetapi risau pula kalau ada jenis ubat yang boleh membatalkan puasa tanpa kita sedari.

Semoga perkongsian ini dapat menjelaskan segala persoalan yang mungkin ramai tidak tahu.

Hari ini saya akan terangkan :

– Ubat yang batalkan puasa
– Ubat yang tak batalkan puasa
– Prosedur yang tak batalkan puasa

1. Ubat yang BOLEH BATAL puasa:

– Ubat biji.

– Ubat minum.

– Pesari (ubat masuk ke dalam vagina).

– Ubat masuk bontot (iaitu supositori dan enema).

2. Ubat yang TAK BATAL puasa:

– Ubat letak bawah lidah (dengan syarat: LETAK bawah lidah, BUKAN ditelan).

– Ubat cucuk insulin.

– Ubat titis mata, telinga dan cuci telinga (ear wash).

– Ubat sapu macam krim dan losyen.

– Ubat kumur (dengan syarat: kumur-kumur sahaja, BUKAN ditelan).

– Ubat sembur atau pancit hidung (dengan syarat: ia TAK disedut).

– Ubat bius setempat atau separuh.

– Menggunakan ubat titik hidung, spray hidung atau inhaler (untuk asthma).

3. Prosedur yang TAK BATAL puasa

– Haemodialisis atau peritoneal dialysis.

– Mengambil darah untuk pemeriksaan.

– Memasukkan alat urethroscope ataupun ubatan melalui saluran kencing ataupun irigasi pundi kencing.

– Injeksi(cucuk) melalui kulit, kedalam otot (intramuscular), sendi (intraarticular), kedalam pembuluh darah (intravenous) kecuali jika bahan yang dicucuk itu mempunyai zat.

– Menderma atau menerima darah.

– Menerima oksigen atau gas untuk bius.

– Menerima semua bahan yang diserap kedalam badan melalui kulit, seperti krim sapuan, minyak dan sebagainya.

– Memasukkan ovules kedalam kemaluan wanita(vagina), cuci vagina, memasukkan alat speculum kedalam vagina, atau memasukkan jari (oleh doktor/bidan) untuk pemeriksaan (contoh periksa jalan untuk bersalin).

– Memasukkan tiub (catheter) untuk pemeriksaan.

– Memasukkan tiub melalui mulut atau dubur (Endoscopy) untuk pemeriksaan (diagnostic) atau rawatan (intervention).

– Mencuci mulut, kumur-kumur, spray mulut, dengan syarat ia tidak ditelan.

– Pemeriksaan dalam rahim (Hysteroscopy) atau memasukkan alat dalam rahim (intrauterine device).

– Menggerudi, mencabut, mencuci gigi, menggunakan miswak (kayu sugi), dengan syarat ia tidak ditelan.

– Mengambil sel dari hati atau organ lain (Biopsy).

– Injeksi pada dubur, pemeriksaan dubur (anoscopes) ataupun pemeriksaan dubur menggunakan jari.

– Pembedahan yang memerlukan bius penuh (general anaesthesia).

Tolong sebarkan pada orang lain sebab masih ramai yang keliru.

Sumber: Twitter @Dr.Samhan

[TIPS]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club