Baru sebentar tadi, bekas anggota kumpulan Elite iaitu Abby Abadi memuatnaik perkhabaran bahawa ibunya Puan Hasnah Abu baru sahaja meninggal dunia sekitar pukul 12 tengahari.
Difahamkan, ibunya telah pengsan ketika menjalani rawatan dialisis di sebuah pusat perubatan di ibu negara.
“Baru semalam saya duduk mengadap mak saya, masakkan makan, belikan buah kegemaran mak, teman mak makan, temankan mak solat, teman berbual… Harini mak dah takde.”
Difahamkan arwah sudah lama menghidap sakit buah pinggang selain mempunyai masalah jantung. Ini adalah kali kedua allahyarham pengsan ketika menjalani rawatan dialisis.
Jenazah akan dibawa ke Masjid Assobbirin AU5, untuk dimandikan selepas Zohor dan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam AU4.
Salam Takziah diucapkan kepada Abby Abadi dan keluarga.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI