Jika ingin dibandingkan zaman kita dulu-dulu dengan anak-anak masa kini memang jauh bezanya. Malah kita sebagai ibu bapa sering juga mengeluh soal anak-anak dalam segala hal.
Contohnya lihat sahaja apa yang dibuat oleh anak zaman sekarang dengan buku tulis. Kalau kita dulu paling tidak jika ada buku yang kosong di hujung-hujung tahun bolehlah dijadikan buku untuk melukis sebab minat dan tidak kurang juga ada jadikan sebagai buku himpunan lirik-lirik lagu yang popular.
Tapi melalui perkongsian qamar nazli di akaun twitternya. Ini apa anak-anak zaman ini buat dengan buku tulis: Buku Pickupline!
Membacanya seakan kita tidak percaya dan menimbulkan gusar di hati ibu dan ayah. Bayangkan anak baru bersekolah rendah, tapi sudah pandai buat ayat-ayat cinta.
Ini antara ayat-ayatnya:
Setebal-tebal kamus tebal lagi cinta saya pada awak.
Apa beza awak dengan rama-rama?
Rama-rama hinggap dekat bunga, awak hinggap dekat hati saya
Kalau dibaca sekali lalu ada juga kelakarnya.
Jadi sebagai ibu bapa, sekali sekala cubalah pantau, lihatlah apa yang anak-anak kita buat. Nasihatkan dan ingatkan mereka agar lebih tumpukan pada pajaran.
sumber twitter : qamarnazli