
Jika ingin dibandingkan zaman kita dulu-dulu dengan anak-anak masa kini memang jauh bezanya. Malah kita sebagai ibu bapa sering juga mengeluh soal anak-anak dalam segala hal.
Contohnya lihat sahaja apa yang dibuat oleh anak zaman sekarang dengan buku tulis. Kalau kita dulu paling tidak jika ada buku yang kosong di hujung-hujung tahun bolehlah dijadikan buku untuk melukis sebab minat dan tidak kurang juga ada jadikan sebagai buku himpunan lirik-lirik lagu yang popular.
Tapi melalui perkongsian qamar nazli di akaun twitternya. Ini apa anak-anak zaman ini buat dengan buku tulis: Buku Pickupline!
Membacanya seakan kita tidak percaya dan menimbulkan gusar di hati ibu dan ayah. Bayangkan anak baru bersekolah rendah, tapi sudah pandai buat ayat-ayat cinta.
Ini antara ayat-ayatnya:
Setebal-tebal kamus tebal lagi cinta saya pada awak.
Apa beza awak dengan rama-rama?
Rama-rama hinggap dekat bunga, awak hinggap dekat hati saya
Kalau dibaca sekali lalu ada juga kelakarnya.
Jadi sebagai ibu bapa, sekali sekala cubalah pantau, lihatlah apa yang anak-anak kita buat. Nasihatkan dan ingatkan mereka agar lebih tumpukan pada pajaran.
sumber twitter : qamarnazli
Dah Lama Tak Merasa Nasi Kenduri, Buat Ada Yang Rasa Teringin. Ni Resipi Mudah & Lengkap, Boleh Cuba!

Jika ingin dingat-ingat, bila ye kali terkahir anda menghadiri majlis perkahwinan? Mungkin ada antaranya sudah setahun lebih tidak menerima undangan dek kerana SOP larangan mengadakan majlis perkahwinan bagi menyekat penularan Covid-19.
Sungguh lama rasanya bukan? Jadi tidak hairanlah hingga ada yang berasa teringin hendak merasai keenakan nasi kenduri.
Kalaulah dapat makan nasi minyak bergandingan pula dengan menu daging masak hitam, ayam masak merah, dalca dan acar. Kemudian ada pula air sirap ros sunquick yang sejuk sebagai pelengkap set hidangan di meja makan. Memang puas hatilah menu lauk kenduri kita. dapat makan di rumah sendiri, boleh makan bertambah ikut suka hati!
Oleh itu, apa kata hari ini anda sediakan sendiri menu istimewa nasi dan lauk pauk kenduri untuk dihidang kepada seisi keluarga. Menyediakan sendiri pastinya lebih puas hati, selain dapat tunaikan keinginan bolehlah juga kita anak beranak makan bertambah.
Resipi lengkapnya bolehlah mencuba resipi yang dikongsikan oleh Nik Hanani ini.
Resipi Nasi Orang Kahwin
Daging masak hitam
Bahan-bahan:
– Daging 1 kilo
– 10 biji bawang merah + 3 biji bawang putih + 1 inci halia (blend)
– 2 batang serai (hiris)
– 4 sekawan
– lada hitam (tumbuk)
– jintan manis + jintan putih (tumbuk)
– kicap cair
– kicap pekat (yang saya buat ni tak letak sebab takde kicap pekat..tapi rasa tetap sama
– lada kering (blend)
Cara-cara:
– perap daging dengan kicap cair dan kicap pekat (kalau ada) serta lada kering. Perap 1 – 2 jam
– tumis bahan blend
– masuk 4 sekawan, serai,jintan manis, jintan putih, lada hitam. Tumis hingga pecah minyak
– masuk perapan daging. Tambah kicap cair + tambah sedikit air.
– masuk garam, gula, asam keping
– masak sehingga daging jadi lembut & kuah jadi pekat
Dalca
– rebus kacang dal hingga empuk
-potong terung, kacang panjang, carot, ubi kentang
– 10 biji bwg merah + 3 biji bwg putih + 1 inci halia (blend)
– 1 biji bwg merah besar hiris
– 1/2 inci halia hiris
– 4 sekawan
– daun kari (kalau ada)
– rempah kari daging (sy guna babas)
– santan
Cara-cara :
– Tumis bahan blend + bwg merah (hiris) + halia (hiris) + 4 sekawan + daun kari hingga naik bau..nak nampak kuah cantik, guna minyak lebih sikit masa menumis.
– masuk rempah kari + semangkuk air..tumis sehingga pecah minyak
– masuk santan..masak sehingga kuah menggelegak
– masuk carrot, kacang panjang, ubi kentang , terung
– masuk garam + gula + asam keping
– masuk kacang dal
– dah masak tutup api
Ayam masak merah
– ayam (letak kunyit garam goreng)
– 10 biji bwg merah +3 biji bwg putih + 1 inci halia (blend)
– bwg merah hiris
– lada kering (blend)
– sos cili
– sos tiram
– kicap
Cara-cara:
– tumis bahan blend + bwg merah hiris
– masuk lada kering..tumis hingga naik minyak
– masuk kicap + sos cili + sos tiram
– garam + gula
– masuk ayam & gaul
Nasi minyak
Bahan-bahan:
– 3 cawan beras basmati panjang (rendam 15 minit
– 6 biji bawang merah (hiris) + 3 biji bawang putih (hiris) + halia (hiris)
– 4 sekawan
– 2 sudu besar minyak sapi + 2 sudu besar minyak masak
– 1/2 cawan susu cair
– 3 cawan air biasa
– daun ketumbar
– kiub pati ayam
– kismis
– badam
Cara-cara
– tumis bawang merah, bawang putih, halia, 4 sekawan dengan minyak sapi
– masuk badam dan kismis
– tuang bahan tumis ke dalam beras yang di toskan
– masuk 3 cawan air + 1/2 cawan susu cair
– masuk 1 kiub pati ayam + sedikit garam
(nasik tak nak pecah, jgn kerap kacau)
– masak nasi macam biasa
– dah separuh masak masuk daun ketumbar
– dah masak nasi boleh tabur daun bawang
Acar
– timun barang (buang tengah potong panjang)
– carrot (potong panjang)
– bawang merah (hiris)
– cili merah/hijau besar (potong bulat)
– cuka
– garam gula
Cara-cara:
– gaul sebati semua bahan kat atas
Selamat mencuba
Sumber : Nik Hanani
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BEKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/ atau Whatsapp http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Belajar Sayangilah Diri, Elak Sakit. Cari Me Time, Elak Stres. Alert Peringatan Pakar Terapi Ni.

Orang yang menyayangi dirinya, mampu menyayangi orang di sekeliling dengan sepenuh hati.
Macam mana nak belajar sayangi diri sendiri?
– Menjaga segala jenis makanan dan minuman yang akan memasuki perut kita. Makanan yang baik akan membuatkan kesihatan kita baik. Makanlah makanan yang sihat. Kawal pengambilan gula dan garam setiap hari. Badan yang sihat akan membuatkan kita cergas dan cerdas dalam segala aktiviti.
– Perlu ada Me Time. Sesetengah aktiviti Me Time tak perlu pun keluar rumah meninggalkan anak dan suami. Kalian boleh saja membaca buku, solat tanpa gangguan, aktiviti merapikan diri, bersenam,itu juga termasuk dalam Me Time okey!
– Sediakan rutin harian. Buat to do list setiap pagi. Fokus menghabiskan sekurang-kurangnya 50% daripada senarai list itu. Aktiviti ini dapat membuatkan hari-hari yang kita jalani lebih produktif dan berkualiti.
– Pakai pakaian yang baru, wangi dan bersih. Baru di sini bukan bermaksud baru dibeli. Baru di sini adalah menukar pakaian yang baru setiap kali mandi untuk membuatkan kita lebih bersemangat. Pakaian yang baru pastinya berbau wangi, kan?
– Bangun awal pagi dan mandi seawal mungkin. Mandi awal pagi dapat menyuntik semangat untuk memulakan hari-hari kita dengan lebih ceria.
– Fahami emosi yang kita alami. Marah, sedih, kecewa. Jika emosi negetif, ambil sedikit masa untuk melayani emosi itu. Cukup masa, berhenti. Move on. Mulakan hari baru dengan bersemangat.
– Kurangkan merungut, banyakkan bersyukur. Kita adalah apa yang kita fikirkan.
– Mempunyai Self Talk yang positif. Self Talk ini lebih kepada Self Esteem yang kita ada. Jika kita positif, kita akan memandu emosi kita ke arah positif. ‘Aku mahu menjadi baik’, ‘Aku mampu bercakap baik-baik’ dan ‘aku akan sebarkan kasih sayang dan ketenangan hari ini kepada semua orang’.
Kawan-kawan,
Cara terbaik mencintai diri sendiri adalah dengan cara memperbaiki diri sendiri.
Kredit: Norzi Malek
Occupational Therapist
Dari Therapist Untuk Therapy
Rasa Rumah Macam Kena ‘Gangguan’ Pusat Rawatan Alternatif Ini Tunjuk Kaedah Cara Nak ‘Pagar’.

Rasa Rumah Macam Kena ‘Gangguan’ Pusat Rawatan Alternatif Ini Tunjuk Kaedah Cara Nak ‘Pagar’.
Rumah ku syurgaku, sudah tentu kita mahu hidup denga selesa di rumah tanpa sebarang gangguan.
Namun selalu kita mendengar kisah aneh mengenai makhluk halus dan sihir yang kadang kala tidak dicapai dek akal. Malah, kebiasaannya kita akan menjadi sedikit paranoid setelah mendengar cerita-cerita ajaib dan pelik daripada orang lain.
Sebagaimana perkongsian daripada Pusat Rawatan As-Syifa An-Nur yang berkongsi cara untuk ‘pagar’ rumah untuk mengelak dari sebarang gangguan. Ia juga boleh diguna pakai juga untuk pejabat dan kedai.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Cara Pagar Rumah, Kedai dan Perjabat :
Assalamualaikum,,atas permintaan ramai yang ingin mengatahui cara-cara pagar rumah, kedai dan perjabat dengan ini saya kongsikan sekali lagi. Mudah-mudahan memberi mafaat kepada kita semua.. Insya Allah.
Anda baru beli rumah, baru masuk rumah sewa, rumah yang anda duduki selama ini tiba-tiba rasa seakan ada makhluk lain yang cuba menganggu, ahli keluarga anda selalu mengadu tidak boleh tidur, ditindih atau nampak sesuatu atau anda rasa suasana dalam rumah anda tidak seperti sebelumnya.
Pertama sekali pastikan rumah anda bebas tangkal, tak kiralah pelaris ke, ibu duit ke, minyak pengasih ke, sila kumpulkan dan musnahkan terlebih dahulu.
Musnahkan barang-barang tersebut dengan air yasin selama 1 hari diluar rumah. Kemudian anda boleh bungkus masuk dalam plastik dan ditanam, dibakar atau dibuang ke sungai yang jauh dari kawasan rumah.
Kaedahnya:
- Buka semua pintu depan, belakang, pintu bilik dan pintu bilik air Rumah.
- Ambil Air Sembayang
- Hamparkan sejadah ditengah2 rumah.
- Azan .
- Selesai Azan Tutup semua pintu yang telah dibuka tadi.
- Solat Hajat 2 rakaat (selesai solat memperbayakan berzikir dan berdoa)
- Sebaiknya dilakukan pada waktu malam.
NOTA:
Apa pun pagar yang anda ikhtiarkan, yang paling utama sekali ialah penghuni rumah tersebut. Anda haruslah menjaga suasana kerohanian di dalam rumah.
Hidupkan suasana rumah anda dengan solat, mengaji, zikir, ibadah seluruh isi keluarga dengan ikhlas sepenuh pengharapan pada Allah SWT.
Jadilah rumah anda sebagai rumah orang Islam, buang semua gambar2 artis yang ada didinding, buang tangkal-tangkal azimat, buang patung-patung yang menyerupai makhluk bernyawa, elakkan perkara berunsur zina dalam rumah dan kurangkan dimain muzik-muzik yang melalaikan.
Inilah antara punca rosaknya suasana kerohanian didalam rumah sehingga anda sendiri yang sebenarnya membuka ruang yang besar dengan dibentang karpet merah berserta bunga api bagi mengalu-alukan kehadiran syaitan memasuki rumah anda.
Jaga hubungan kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan jaga kita, Wallahualam, .Insya Allah.
Jangan tinggalkan amalan ini kerana rumah yang sentiasa dilaungkan azan dan membaca suruh Al-Baqarah syaitan@jin tidak berani masuk.
Sumber : Pusat Rawatan As-Syifa An-Nur
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club