Musim panas macam ni, makanan atau minuman sejuk semestinya menjadi pilihan. Lega je tekak dapat telan benda yang sejuk, kan?
Yang mana weekend ni tak kemana-mana, boleh lah cuba menu pencuci mulut puding mangga dari Mr. Ali ni.. Confirm anak-anak suka! Bukan je sedap, malah berkhasiat! Jom cuba.
RESEPI PUDING MANGGA
Memang mudah je nak buat. Anda pun boleh cuba!
Bahan-bahannya :-
– Loyang petak 8 inci
Lapisan pertama (putih)
– potong dadu 4-5 biji mangga. Nak kurangkan pun boleh.
– 8 gram agar – agar tali
– 3 cawan air
– 50 gram gula
– 130 gram susu segar
– 30 gram dairy whipping cream
Lapisan kedua (kuning)
– 300 gram puree + 2 sudu sunquick mangga (blend mangga .sebelum blend tu masukkan 2 sudu sunquick mangga. Kisar halus.Pakai lebih kurang dalam 3-4 biji mangga dan dah blend sila tapis)
– 8 gram agar-agar tali
– 3 cawan air
– 30 gram gula
– 130 gram susu cair
– 30 gram dairy whipping cream
– 3 sudu makan sunquick mangga
Cara-caranya :-
Lapisan Pertama (putih)
1. Potong dadu 4-5 biji mangga. Letakkan dan susun dalam loyang. Nak kurangkan letak mangga pun boleh. Atas citarasa masing2. Setkan dalam peti sementara buat proses seterusnya.
2. Letak atas api sederhana 8 gram agar – agar tali + 3 cawan air.
3. Biarkan mendidih & agar2 tali tadi terurai , masukkan 50 gram gula. Dah larut baru masukkan 130 gram susu segar + 30 gram dairy whipping cream.
4. Biarkan mendidih dalam 2-3 minit. Kacau jap then off api.
5. Biarkan dalam 3-4 minit baru tuangkan perlahan2 keatas mangga yg diletakkan dalam loyang tadi
6. Setkan dalam peti
Lapisan Kedua (kuning) (dalam 3-4 biji mangga)
1. Api sederhana, masukkan 8 gram agar – agar tali + 3 cawan air
2. Bila mendidih masukkan 30 gram gula.
3. Bila gula dah larut masukkan 130 gram susu cair + 30 gram dairy whipping cream + 300 gram puree mangga & 3 sudu makan sunquick mangga
4. Kacau sebati & biarkan mendidih selama 2-3 minit. Tutup api.
5. Bagi suam dulu dalam 3-4 minit baru tuang perlahan-lahan keatas lapisan putih tadi. Sebelum tuang cucuk2 dulu pakai garpu agar lapisan melekat & tak terpisah.
6. Setkan dalam 3-3 jam dan dah boleh makan sejuk-sejuk.
Dan dah siap! Selamat mencuba dan confirm best makan time sejuk-sejuk!
Sumber: Facebook Mr. Ali
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!