Bahagia rumahtangga itu apabila pasangan suami isteri saling memahami dang bertolak ansur dengan pasangan.
Biarpun nampak isteri duduk di rumah sedia makan minum dan buat hidangan yang ringkas itu tidak bermakna isteri ‘goyang kaki’ sebaliknya melakukan pelbagai urusan rumahtangga.
Semua ini memastikan rumah dalam keadaan selesa tanpa sepah sana sini, anak-anak dididik dengan sempurna dan sebagainya.
Nyata, itulah cabaran bergelar isteri, Justeri, suami perlu menghargai usaha isteri yang sentiasa memastikan rumahtangga bagaikan ‘rumahku syurgaku’ .
Dalam pada itu, sememangnya sebagai suami, kena ambil berat dan bantu uruskan bersama keluarga kita. Kadang-kala isteri bebel dan masak muka ni sebab penat dan tiada sokongan suami.
Sebagaimana perkongsian saudara Taufiq Razif menyifatkan isteri harus dihargai untuk apa yang dilakukannya.
Serius! Dulu saya pun nampak 2 ekor ikan je. Sejak isteri saya tak boleh buat kerja berat sebab dalam pantang ni, saya ambil alih tugas dapur dan rumah. Untuk siapkan 2 ekor ikan ni saya perlu bangun di waktu semua orang masih tidur.
Yela, bila bangun je semua orang banyak pula mahunya kan. Sorang pampers dah penuh. Sorang nak mintak mandi, sorang pula mintak dukung. Haru jadinya kalau tak buat kerja ikut jadual yang betul.
Sebelum tu, mula-mula nak kena pergi pasar dulu.. Nak pergi pasar pula kena tengok dulu duit dalam dompet cukup ke tak. Eh tak cukup! Kena pergi ATM lagi untuk cucuk duit. Dah sampai rumah nak kena kemas dapur lagi. Yela, mana ada mood nak masak kalau dapur tak setel.
Nak masak kena ada mood, salah mood kang jadi terlebih masin pula lauknya.
Baru je nak goreng, bunyi anak menangis pula. Kena pujuk anak tidur dulu. Eh, dah habis pujuk sorang, yang lain pula meragam. Otak dah macam pecah empat belas sebab ada empat belas benda nak kena fokus pada satu satu masa!
Dah setel semua, baru lah ikan ni selamat masuk di kuali. Eh dah selamat ke? Tak lagi, sepanjang goreng ikan tu ada berbelas belas kejadian lagi yang berlaku tapi saya taknak tulis.
Kenapa?
Saya nak korang tanya sendiri mak dan isteri korang selama ni. Serius, bagi kita orang laki ni nampak 2 ekor ikan je tapi bagi yang alami dan buat semua ni, ni bukan cuma 2 ekor ikan!
Dalam gambar ni ada air mata, kepenatan, kesakitan, gembira, tawa, duka, cinta, setia dan pengorbanan yang tak dapat dilihat oleh mata saya selama ni.
Sungguh, korang rasa lah sendiri buat semua kerja rumah. Seminggu pun jadi lah. Masa tu la korang takkan nampak dah gambar ni cuma gambar 2 ekor ikan je. Korang akan nampak benda lain. Serius tak tipu.
Bukan suami terbaik dunia tapi suami yang nak jadi yang terbaik buat anak dan isterinya
p/s : Tu lah kenapa saya tak komen sangat masakan orang. Kita tak tahu berapa titis air mata, keringat dan pengorbanan fizikal dan jiwa yang ditempuh untuk menghasilkan masakan tu.
Sumber: Taufiq Razif
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520