Linda Rafar berkongsi berita duka dengan pemergian ibu mentua tersayang, Tuan Zainab Syed Mamat, pada malam Khamis. Ibu kepada Syed Aiman meninggal dunia akibat komplikasi selepas dijangkiti virus pandemik, Covid-19.
“Ya Allah, ampunilah dia dan kasihanilah ibu mentuaku dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya.
“Ibu mertua saya seorang wanita yang hebat dan kuat. Saya pasti akan merinduinya. Saya harap dapat memeluk dan menciumnya buat kali terakhir,” kongsinya menerusi Instagram.
Linda atau nama sebenarnya Azlinda Rafar, 43, menyifatkan Allahyarham seorang wanita yang hebat dan kuat.
Dia dalam pada itu berharap suaminya kuat dan tabah dengan ujian tersebut serta menerima dengan reda kehilangan insan yang paling disayangi dalam hidupnya.
“Tolong kuat, saya tahu bukan senang tetapi saya tahu awak boleh lakukannya. Syed Aiman kehilangan ibu tercinta disebabkan komplikasi Covid-19.
Ads
“Minta jasa baik kawan-kawan semua sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Tuan Zainab Syed Mamat,” ujarnya.
Elisya berkongsi berita gembira itu di laman Instagramnya. Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha Hassan berkongsi rakaman video tentang berita gembira itu sebagai kejutan kepada suaminya, Uzair Haqimy Azman.
Ketika membuka kotak berisi alat penguji kehamilan (urine pregnancy test-UPT) yang positif, Uzair sebak seakan-akan tidak percaya bakal bergelar bapa anak dua.
Menerusi video yang sama, adik kepada pelakon Fasha Sandha turut memberikan kejutan berita gembira itu kepada keluarga mentua, adik-beradik dan rakan-rakan.
Sheila Rusly, ibu mentua Elisya terkejut dan menitiskan air mata gembira seolah tidak percaya menerima berita gembira itu.
Perkongsian Elisya itu mendapat respon di kalangan rakan selebriti dan juga warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya.
Untuk info, Elisya dan Uzair Haqimy mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata sulung perempuan, Bunga Elhaq yang kini berusia dua tahun.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui gitaris dan produser terkenal Edrie Hashim mempunyai seorang anak istimewa.
Menurut Edrie, anak sulungnya Darren Haikal disahkan autistik dan baru-baru ini dia dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di bahagian ususnya.
Berita tersebut dikongsikan oleh Edrie menerusi laman instagramnya. Di dalam perkongsian tersebut, Edrie memohon warganet menitipkan doa moga dipermudahkan buat anaknya.
Darren @darrenhaikaledrie akan menjalankan operation untuk membuang ketumbuhan dalam usus dia.
Mohon doa kawan2 untuk anak syurga saya ni, moga operation berjalan lancar dan dipermudahkan segalanya… Aamin YRA.
Edrie sebelum ini pernah memuat naik perkongsian mengenai keadaan anaknya itu yang dimasukkan ke hospital dan disahkan mempunyai ketumbuhan di bahagian ususnya namun tidak bahaya.
Perkongsian Edrie mendapat tumpuan warganet, rata-rata memberikan kata semangat dna mendoakan semoga dipermudahkan buat Darren.
Edrie Hashim mendirikan rumah tangga bersama vokalis kumpulan Candy iaitu Patricia Robert. hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Darren Haikal dan Dylan Haidar.
Alhamdulillah, syukur tahun ini kita masih berkesempatan menemui bulan penuh keberkatan Ramadan Kareem.
Semoga Ramadan kali kita ini kita dapat melipatkan gandakan ibadah dan kebaikan untuk memperbaiki diri untuk jadi insan yang lebih produktif dan bertaqwa.
Semoga kita bakal menjadi tetamu Allah dengan berkat doa Ramadhan kali ini. Dikurniakan rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka untuk bawa diri dan keluarga ke sana.
Berikut 7 checklist untuk raih berkat di bulan Ramadhan.
1.Menjaga Kesihatan Diri Bulan puasa merupakan waktu untuk kita mengumpul pahala dan segala amalan baik. Pada waktu inilah peluang untuk anda melakukan ibadah wajib dan juga perbanyakkan ibadah sunat. Justeru itu, kita perlulah menjaga kesihatan diri supaya kita tidak terlepas peluang untuk melakukan ibadat. Bukan itu sahaja, apabila kesihatan kita baik, kita dapat berpuasa dengan penuh pada tahun.
2.Semak Semula Hukum Hakam Di Bulan Ramadhan Bulan Ramdahan hanya datang setahun sekali. Disebabkan itu, kadang-kala kita menjadi lupa mengenai segala hukum hakam di bulan Ramadhan. Justeru itu, sebelum anda hendak menyambut bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi, apa kata anda semak dahulu segala hukum hakam di bulan Ramadhan. Dengan menyemak segala semula hukum hakam di bulan Ramadhan, ia dapat membuatkan anda mengingat kembali perkara yang wajib dan perkara yang dilarang dilakukan di bulan Ramadhan. Ia sekali gus dapat mengelakkan dari anda melakukan ibadah dengan sia-sia dan dapat mengelakkan dari puasa anda terbatal.
3. Melatih Diri Supaya Bangun Malam Pada waktu malam di bulan Ramadhan orang berpusu-pusu bangun pada waktu malam untuk mengerjakan ibadah sunat. Tetapi untuk bangun pada waktu malam merupakan cabaran buat kita semua lebih-lebih lagi kepada mereka yang tidak pernah bangun pada lewat untuk mengejarkan ibadah. Jadi, mulai dari sekarang anda perlu melatih diri anda untuk bangun tengah malam bagi mengerjakan ibadah. Jadikan jam penggera sebagai bantuan untuk anda bangun malam dengan mudah.
4 .Mula Melakukan Ibadah Sunat Walaupun bulan Ramadhan bakal menjelma beberapa hari lagi, tetapi tidak salah untuk kita mula melakukan ibadat sunat seperti bangun di tengah malam dan melakukan solat sunat. Ia adalah sebagai latihan awal supaya kita dapat membeiasakan diri apabila bangun tengah malam di bulan ramadhan nanti. Bukan itu sahaja, kita juga dapat memperbaiki cara bacaan dan juga pergerakkan ketika solat sunat.
5.Tanam Azam Untuk Banyakkan Ibadah Bulan Ramadhan inilah waktu untuk anda melakukan bermacam perkara sunat dan waktu untuk anda memenuhi dengan segala perakara yang boleh mendatangkan pahala. Justeru itu, mulai dari sekarang ana perlulah menanam azam supaya tahun ini anda dapat mpenuhi bulan Ramadhan dengan amal ibadat. Bukan itu sahaja, tanamkan juga azam yang anda akan menggunakan bulan Ramadhan tahun ini untuk memperbaiki diri anda.
6. Bersihkan Hati Dan Mula Menjaga Lidah Mulai dari sekarang anda perlulah mula membersihkan hati serta lidah dari mengata atau mengumpat. Mulai dari sekarang latih mulut anda untuk lebih banyak berdiam diri dan basahkan bibir anda dengan melazimi ayat-ayat zikir. Jadikan ia sebagai latihan untuk menghadapi bulan Ramadhan nanti.
7.Berdoa Supaya Berjaya Puasa Penuh Kita tidak dapat jangka apa yang akan berlaku pada diri kita. Terutama sekali ketika bulan Ramdhan, kadang-kala ada yang tidak dapat menghabiskan puasa di bulan Ramadhan di sebabkan jatuh sakit. Justeru itu, anda perlulah berdoa dan memohon dari Allah supaya anda di berikan kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah puasa pada tahun ini.
Ramai antara mereka tidak sabar-sabar untuk melakukan amalan-amalan sunat yang boleh memberikan pahala buat mereka.
Antara amalan tersebut ialah:
-Bangun di tengah malam dan melakukan solat sunat -Melakukan Qiamullail -Perbanyakkan bersedekah -Menyegerakan berbuka -Beri makan orang berbuka -Bertadarus Al-Quran -Melewatkan bersahur -Solat terawih