Apabila anak sudah mencecah usia enam bulan, itu bermakna tibalah masa yang dinanti-nanti oleh ibu selama ini untuk mencipta momen menyuapkan makanan buat kali pertama ke mulut anak yang tercinta.
Pastinya saat itu begitu bermakna, dan semahunya seorang ibu akan memberikan yang terbaik dan hanya memilih makanan berkhasiat yang kaya dengan vitamin, protein dan karbohidrat yang diperlukan oleh Si Manja untuk membesar dengan sihat.
Penting untuk ibu bapa mengetahui bahawa sebelum usia bayi mencecah enam bulan, tidak digalakkan diberi sebarang makanan kecuali susu, melainkan jika dinasihati oleh profesional kesihatan. Ini disebabkan sistem pencernaan bayi masih belum matang dan dibimbangi akan meningkatkan risiko alergi makanan ataupun sembelit.
Perut Si Manja memerlukan makanan yang lembut agar mudah dihadam dan membantu dalam penyerapan nutrien.
Penyimpanan semulajadi zat besi Si Manja juga berkurang bila mencecah 6 bulan. Sebab itulah digalakkan memberi Si Manja makanan pejal pertama yang kaya dengan zat besi seperti bijirin bayi yang diperkaya dengan zat besi, sebagai makanan pejal pertama Si Manja.
Bijirin Bayi CERELAC® dirumus khas bagi memastikan karbohidrat seperti beras atau gandum dipecahkan menjadi komponen lebih kecil agar lebih mudah dihadam. Ia juga mengandungi kultur probiotik B.lactis yang membantu meningkatkan mikroflora usus yang berfaedah dalam sistem penghadaman Si Manja dan boleh membantu mengurangkan kejadian cirit-birit.
Selain itu Bijirin Bayi CERELAC® kaya dengan zat besi dan dilengkapi dengan vitamin dan mineral bagi membantu perkembangan dan tumbesaran Si Manja. Bukan saja berkhasiat, malah mematuhi garis panduan Gred Bayi Nestlé®
dengan ramuan bahan-bahan yang terpilih berdasarkan piawaian keselamatan dan kualiti makanan bayi yang ketat.Bijirin Bayi CERELAC® boleh didapati dalam pelbagai varian untuk dicuba oleh Si Manja agar tidak berasa jemu. Ini secara tidak langsung menjadikan kita lebih kreatif dalam mempelbagaikan menu Si Manja.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang rangkaian pemakanan Bijirin Bayi CERELAC® sila layari http://bit.ly/2GzgQBq