Baru Hari Ke 4, Dr Amalina Dah Bawa Bayi Sulung Keluar, Elok Je Dalam Pantang
Pakar bedah kelahiran Malaysia yang bertugas di London, Dr Nur Amalina Che Bakri selamat bersalin bayi sulungnya minggu lalu di St Thomas’ Hospital.
Dalam hantaran terbaru di Instagram, Amalina berkongsi momen bersiar-siar bersama puteri sulungnya, Arabella Mia.
Walau baru 4 hari, Amalina kelihatan ceria membawa bayi kesayanganya. Perkongsiannya telah meraih perhatian ramai wargamaya. Ramai yang meluahkan teruja walaupun baru empat hari bersalin dan dalam tempoh berpantang, Amalina kelihatan sihat dan bertenaga.
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya meluahkan teruja melihat Amalina yakin membawa bayinya ketika dalam tempoh pantang baru 4 hari selepas bersalin.
Jika kita mengemas rumah tentu akan ada habuk di kawasan dinding, atas silling, dalam almari pakaian dan bawah katil. Ketika kemas tu pernah nampak tak habus seakan berketul di dinding atau bawah katil. Ia dikenali ulat habuk.
Jika sering terdedah dengan habuk boleh menyebabkan alergi, tidak hairanlah mengapa anak sering mengalami selsema dan batuk. Jika ada ekzema yang alah habuk tentu tidak selesa.
Jadi, kena pastikan ruang tamu dan bilik bebas habuk terutama ulat habuk ini. Nak tahu cara lanjut ikuti perkongsian ini.
Cara Hapuskan & Kawal Ulat Habuk Tak kisahlah apa nama yang korang panggil..ulat habuk, ulat dinding, casebearer, dust worm ataupun dikenali sebagai kamitetep di Indonesia. Ulat ni sebenarnya dalam fasa larva sebelum bertukar jadi kupu².
Selain kawasan berdebu, bersawang, kawasan berkelembapan tinggi (macam toilet, bilik stor/bilik yang tak cukup pengudaraan & cahaya matahari yang cukup), ulat habuk ni gak memang suka bersarang kat bawah katil & dalam almari.
Andai kata korang selalu bersihkan rumah & takde sawang sekalipun, tapi kalau kupu² ni dah termasuk dalam rumah, ia tetap akan cari tempat untuk bertelur. Kalau ada salah satu ciri² yang disebut tadi, nak² dalam rumah memang banyak sumber makanan dia..dah memang ler jadik port dia beranak pinak
Makanan ulat habuk Ulat habuk ni makan sawang labah², rambut² yang berguguran, bangkai serangga kecil & gak fabrik. Ulat ni memang boleh sebabkan rasa gatal jika kita digigit, & ulat beluncas kupu² tu sendiri pun boleh sebabkan naik gatal² badan bagi orang yang kulit sensitif & ada alahan.
Walaupun macam tu, gatal² badan bila baring atas tilam & pakai pakaian dari almari tak semestinya berpunca dari ulat habuk yer. Boleh gak berpunca dari hama akibat dah lama tak bersihkan tilam atau pakaian yang dah lama tak digunakan. Kalau tiba² rasa gatal & ada tanda gigitan dengan bulatan kecil tu mungkin gak berpunca dari agas. So banyak punca lain jadi gatal² ni melainkan korang memang jumpe sendiri la ulat habuk ni.. Ulat habuk ni boleh jer kita spray secara direct dengan spray racun serangga.
Tapi masalahnya, kita tak tahu kat mana kupu² tadi bertelur. Bergantung pada spesis kupu² tu sndiri, ada yang hasilkan 40-50 biji sekali bertelur. Telur² ni bila dah menetas jadi larva, dia akan buat kelongsong kepompong & mula merayap² lak. Telur² ni pun kena hapuskan sebelum ia menetas untuk elakkan masalah dikemudian hari.
Kat sini saya share cara hapuskan ulat habuk ni since saya pernah alami masalah ternak ulat habuk ni dalam almari secara tak sengaja (boleh baca post sebelum ni) & baru² ni kat trek sliding door dah jadik port baru dia lak (kawasan rumah sekarang ni banyak sangat ulat ni hampir setiap level ade jer bergantungan ulat habuk kat dinding even dalam lif pun ade gak)
1.Hapuskan Ulat Habuk Dalam Almari Pakaian
Kalau kupu² bertelur dalam almari memang leceh sangat.. Sebab korang takkan tahu kat baju mana ia bertelur. -Keluarkan semua pakaian dari almari. -Cari pakaian/fabrik yang berlubang. Jika ada, asingkan dari pakaian lain sebab kemungkinan ada telur kupu². (Kupu² biasanya bertelur kat sumber makanan dia supaya baby² ulat dapat makan dengan cukup). -Basuh pakaian yang berlubang dengan suhu 40°c, pakaian lain boleh dijemur dibawah panas matahari terik ATAU -Basuh jer semua pakaian dengan suhu 40°c (disarankan). Cara ni leceh sikit, tapi sekurang²nya korang dapat pastikan semua pakaian dah takde telur kupu² tu. -Almari pakaian korang tu, spray dengan air sabun & campuran cuka (saya gunakan spray cuka serbaguna saya je). Lap seluruh bahagian dalam & luar jika perlu. Cuka ni bersifat asid & mampu membunuh telur² serangga & hama. -Untuk elak ulat habuk bersarang dalam almari lagi, boleh gunakan ubat gegat ataupun bahan penyahlembapan (contohnya brand thirsty hippo) untuk serap kelembapan dalam almari & tak sesuai untuk pembiakan kupu². Untuk almari baju ni, saya lebih suka ubat gegat dengan wangian bunga macam dalam Gambar 2. Saya beli di Mr. DIY.
2.Hapuskan Ulat Habuk Bawah Katil
-Cabut semua cadar & sarung bantal. -Jika bantal dari jenis yang boleh dicuci, sebaik²nya cuci & jemur bantal. Jika bantal tak boleh dicuci, spray dengan larutan cuka sebelum jemur bawah matahari. -Vakum tilam & bersihkan bawah katil. -Spray dengan larutan cuka pada keseluruhan tilam & juga bawah katil. Biarkan kering sendiri. – Untuk elak ulat habuk bersarang lagi, boleh letakkan ubat gegat bawah katil. TAPI jika anda ada masalah pernafasan/ada anak kecil lebih baik gunakan daun² yang berbau kuat yang boleh berfungsi halau serangga contohnya daun salam, daun durian belanda, etc. Tukar daun baru bila dah kering.
3.Kawal Ulat Habuk Dalam Rumah
Jujurnya kita hanya mampu kurangkan/kawal jer populasi ulat habuk ni dalam rumah. Takde jaminan pun kupu² takkan masuk dalam rumah & bertelur lagi. Cumanya kena kerap -Bersihkan habuk & sawang -Kena kerap bukak tingkap untuk galakkan pengudaraan bagi bilik yang sentiasa lembap. -Bersihkan almari & katil secara berkala -Vakum kawasan yang susah nampak/nak bersihkan contohnya bawah katil, celah² trek pintu/tingkap sliding. -Bagi kawasan perumahan yang banyak kupu² ni (biasanya perumahan berdekatan kawasan semak/kawasan yang belum diteroka), salah 1 cara nak kurangkan kupu² masuk dengan elakkan buka lampu luar rumah sebab serangga akan mudah tertarik pada cahaya. Harap² sikit sebanyak dapatlah bantu korang atasi masalah ulat habuk tu.
Mengimbau kembali bagaimana Puan Nur Rabitahani Basroh, 30 boleh berjinak-jinak mengusahakan penanaman bayam brazil di kawasan sekeliling rumahnya, ada ceritanya yang tersendiri.
Baginya semua itu dilakukan pada asalnya sekadar untuk mengisi masa terluang setelah berhenti kerja demi menjaga anaknya yang menjalani pembedahan jantung. Kini setelah dua tahun berlalu, siapa sangka melalui tanaman sayur brazil ini juga telah menjana pendapatan sampingan buat keluarganya.
.
.
Saya memang memang masak sendiri makanan untuk keluarga. Jadi terdetik di hati ketika itu, kenapa tidak saya manfaatkan tanah yang ada ini untuk menanam sayuran. Memandangkan saya tidak boleh bekerja kerana perlu menjaga bayi yang baru menjalani pembedahan dan ada banyak masa di rumah. Saya manfaatkan masa dengan berkebun sebaik saja anak tidur. Daripada sekadar hobi dan mengisi masa terluang, kebun dapur saya kini bukan saja membantu menambah pendapatan keluarga malah menjimatkan belanja dapur kerana tidak perlu lagi membeli sayur.
Sebenarnya berkebun juga mampu menjadi sumber pendapatan keluarga. Saya dapat menjimatkan kos barang dapur dengan menanam sendiri sayur-sayuran di rumah. Berkebun di laman rumah juga tak perlukan kawasan tanah yang luas, hanya sedikit ruang dan idea kreatif.
.
Tambahnya lagi, kawasan itu kini menjadi terapi buatnya malah suami dan anaknya banyak membantu dari membersihkan rumput dan menuai hasil tanaman sama ada untuk dimakan sendiri atau dijual.
.
Khasiat yang tidak diketahui oleh orang ramai tentang pengambilan bayam brazil adalah:-
1) melawan kanser
2) mengekalkan kesihatan mata
3) salah satu sumber vitamin K
4) menguatkan tulang
5) membantu menurunkan berat badan
6) meningkatkan sistem imuniti badan
7) membantu sistem penghadaman
8) mengelakkan daripada sembelit
9) membantu melancarkan darah
10) mencegah anemia
11) mengatasi masalah gusi
12) nutrisi yang baik untuk pembesaran
13) mengekalkan stamina
14) mengekalkan kesihatan mulut
15) mengikat kalsium
16) mencegah penuaan pramatang
17) mengekalkan kesihatan ibu mengandung
Selain itu, mudahnya menanam bayam brazil boleh dijadikan pilihan buat ibu-ibu yang ingin mencuba menanam sayuran di laman rumah. Menurut Nur Rabitahani lagi, bayam brazil ini boleh ditanam melalui keratan batang dan boleh dituai hasilnya seawal 3 minggu. Penjagaan tanaman ini juga cukup mudah dan ringkas, hanya perlu disiram dua kali sehari dan kena rajin dibaja.
Ini antara menu bayam brazil yang enak untuk disediakan kepada keluarga
1. Masak Lemak Ikan masin
.
2. Masak Lemak Udang
.
3. Kerabu
.
Malah enak juga jika dijadikan ulam, dimakan mentah.
Demi anak-anak, pastinya setiap ibu ayah sanggup melakukan pengorbanan demi memastikan keluarga dalama hidup selesa.
Bahkan ada yang sanggup melakukan apa jua pekerjaaan untuk memastikan anak-anak tidak kelaparan.
Nyata coretan yang dipaparkan oleh Pendakwah terkenal Ebit Lew begitu meruntun jiwa. Menerusi video yang dikongsi menerusi Instagramnya memaparkan seorang wanita hamil berdiri dengan mengecat dirinya dengan warna silver demi menyara hidup buat keluarganya.
Tanpa hirau panas terik wanita ini tetap berdiri. Sebak melihat, Pendakwah terkenal Ebit Lew membantu wanita itu dengan membeli barang keperluan buat keluarga.
Menangis melihat kebaikkan yang dihulur buat dirinya hingga menitiskan air mati. Biarpun ‘non muslim’ Ebit Lew tetap menghulurkan bantuan tanpa mengira agama.
Apa yang pasti kita perlu berbuat baik tanpa mengira bangsa dan agama. Moga kisah ini menjadi teladan buat kita semua.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Semalam masa keluar mall dekat Jakarta ternampak kakak silver ni yang sedang mengandung berdiri sahaja di tepi jalan. Pernah ternampak kisah kakak ini. Semenjak covid kehilangan kerja. Mula letak cat minyak di badannya dan berdiri tegak tepi jalan mencari rezeki. Beliau non muslim.
Menangis demi menyara hidup, beli makanan, susu dan pampers anaknya. Ibunya ini sedang mengandung . Saya terus berhentikan kereta. Tanya khabarnya. Sedih melihat keadaannya. Tak terfikir kuatnya seorang ibu demi anak sanggup berdiri begini sepanjang hari.
Beri sedikit hadiah. Berulang kaki kakak ini tanya. Ini benar pak. Ini benar pak? Sampai kakak ini menangis. Tak dapat tahan rasa sedih. Saya tanya apa lagi saya boleh bantu. Katanya ini pun sudah banyak pak. Kenapa bapak baik membantu saya. Saya bawa beli barang dapur dan susu anak-anak. Semoga Allah bantu dan mudahkan buat kakak ini.