Baru Hari Ke 4, Dr Amalina Dah Bawa Bayi Sulung Keluar, Elok Je Dalam Pantang
Pakar bedah kelahiran Malaysia yang bertugas di London, Dr Nur Amalina Che Bakri selamat bersalin bayi sulungnya minggu lalu di St Thomas’ Hospital.
Dalam hantaran terbaru di Instagram, Amalina berkongsi momen bersiar-siar bersama puteri sulungnya, Arabella Mia.
Walau baru 4 hari, Amalina kelihatan ceria membawa bayi kesayanganya. Perkongsiannya telah meraih perhatian ramai wargamaya. Ramai yang meluahkan teruja walaupun baru empat hari bersalin dan dalam tempoh berpantang, Amalina kelihatan sihat dan bertenaga.
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya meluahkan teruja melihat Amalina yakin membawa bayinya ketika dalam tempoh pantang baru 4 hari selepas bersalin.
Siapa sahaja yang tidak gembira atau teruja bila mendapat hadiah daripada insan tersayang sempena sambutan ulang tahun kelahiran.
Apatah lagi anak-anak yang masih kecil. Seakan ternanti-nanti, apakah hadiah yang bakal dimiliki pada sambutan hari lahir mereka daripada keluarga. Maklumlah, biasanya ibu ayah akan berikan hadiah yang istimewa.
Umpamanya seperti perkongsian daripada seorang bapa ini di facebook, Zaim Zainudin Zakaria yang menghadiahkan anaknya sebuah kolam renang. Bukan biasa-biasa hadiah yang diberikan, ia adalah hasil kegigihannya berpanas di bawah matahari berbulan lamanya.
Meski pun asalnya ia adalah projek yang tergendala ketika musim PKP yang lalu, namun baru sahaja siap sepenuhnya dan sempena sambutan hari lahir anak lelakinya, terus dijadikan hadiah istimewa buat si anak.
Difahamkan juga kolam renang di tepi rumah ini, hanya bermodalkan sebanyak RM3K dan ianya jauh lebih jimat berbanding jika dibuat oleh pakar hingga boleh mencecah RM40K.
Jadi jom kita baca perkongsian pengalaman daripadanya untuk info bersama.
Kolam Renang Sebagai Hadiah Hari Jadi Anak
Alhamdulillah. Akhirnya siap juga kolam impian di halaman rumah. 100% buat seorang diri. Modal 3k je. Pernah tanya tukang rumah, dia nak 30k, kalau specialist kolam nak 40k. Jadi ambil keputusan buat sendiri la sambil keluar peluh petang-petang.
Projek pkp 2021 ni tapi tergendala sebab pkp tamat awal dan cuaca tak mengizinkan.
Amaran. Kalau jiwa tak kental jangan cuba-cuba buat ye…Nanti siap separuh jalan..Sebab diri sendiri pun berkali-kali putus asa…Tapi kuatkan semangat jugak sebab nak tengok hasil tangan sendri.
Sempena birthday Zharif, Daddy hadiahkan kolam renang. Zharif cakap dah tak payah pergi hotel. Rania muka tak puas hati kolam abang punya.
Proses Pembuatan Kolam Renang
Tanah sekangkang kera tepi rumah. Projek bermula dengan mengalihkan paip air buang pada Ogos 2021.
Proses galian bermula.
Banyak pulak paip bawah tanah ni. Terpaksa la buat kolam berbentuk sikit, sebab lari dari paip kumbahan.
Alhamdulillah. Berbekalkan cangkul dan sikul maka siap la gali. Plan nak gali 5 kaki tapi gali-gali dah keluar mata air, jadi kedalaman 4 kaki saja. Sebulan proses menggali.
Bila order barang sampai. Fuhhh! ini jangan cerita, boleh patah pinggang dibuatnya seperti gambar kanan.
Proses buat kotak konkrit. Pakai gergaji saja, mesin tak ada.
Ini pun kita pakai gunting je. Potong besi 12mm kalau tak silap.
Proses memampatkan tanah, pijak-pijak saja.
Ini konkrit lapisan pertama sebab elakkan tanah runtuh musim-musim hujan ni.
Kita gaul sendiri saja. Jiran-jiran suruh order lori siput, tak apa la kita buat slow-slow macam siput.
Meratakan konkrit buatan sendiri.
Fuhhh menggali lagi, ruang pump pulak. Dan lagi…
Bila hujan turun kita termenung saja tengok air bertakung. Ambil kesempatan air hujan tengah penuh kolam, kita buat marking. Tak payah guna laser atau penimbang air. Marking bertujuan untuk pastikan level air n ktggian kolam cun.
Ternyata bukan kerja mudah yang dilakukan oleh ayah ini untuk menghasilkan kolam renang untuk menggembirakan hati anak-anaknya. Pelbagai proses dilakukan sendiri dengan sabar.
Akhirnya ini lah hasilnya.
Alhamdulillah setelah 5 bulan siap jugak! Bata depan tu next projek tempat BBQ. Dan inilah orangnya yang buat kolam, boleh jadi sado tak payah pergi gym.
Ternyata hebat sungguh usaha yang dilakukan oleh seorang ayah ini. Untuk anda yang ingin lihat lebih detail langkah demi langkah yang dilakukan olehnya bolehlah klik di sini.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Mengemas stor rumah bawah tangga ruang rumah yang paling bersepah adalah mencabar. Bayangkan, dah lama tak kemas, nak masuk cari barang pun susah.
Nak kemas stor pun kena ada caranya baru tersusun dan kemas serta mudah cari barang bila diperlukan.
Ikuti perkongsian puan ini.
______________________________________
Baru selesai organized part yg plg mencabar sekali dlm rumah iaitu bilik stor. Alhamdulillah dapat settle sebelum masuk Ramadhan. Enjoy the before & after photos.
Tips utk maximise penggunaan ruang: 1. Plan sebelum mula organize. List kan brg2 yg ada dlm stor mengikut kategori. 2. Ukur keluasan bilik. 3. Pre-plan kedudukan rak dlm bilik. 4. Cari saiz boltless rack yg bersesuaian dgn saiz bilik. 5. Cari storage bin yg bersesuaian dr segi saiz dgn kuantiti yg mencukupi utk stp kategori brg.
SELEPAS, DONE!
Hasil drp proper pre-planning: Lebar bilik 6 kaki. Depth rak kiri 2 kaki, depth rak kanan 1 kaki. Sy ada ruang 3 kaki kat tengah2 utk berjalan dan ambil brg tanpa sebarang halangan. Wallpaper secoet kat bawah tu sy buat tutup cat yg dah luntur.
Bahagian ni sy gunakan rak dan storage box yg sedia ada je. Xnak membazir beli bekas baru. Depth rak ni 30cm. Dpt la ambik gambar keseluruhan dr depan sebelum masukkan rak lg satu.
Ini rak baru. Depth 60cm. Storage bin warna biru yg lama. Warna merah tu baru. Cari kat shopee warna biru xjumpa so xpelah cacat sikit warnanya.
Semasa process decluttring xbanyak pun brg yg dibuang sbb sy selalu buat spring cleaning berkala. Brg ngam2 je dgn saiz ruang. Karpet dan tangga pun ada tempat sendiri.
Anak-anak ni segalanya buat ibu bapa. Apa yang diminta mesti akan dipenuhi permintaannya meskipun sedar diri tak mampu. Apatah lagi berkaitan dengan perkara yang membanggakan ibu bapa, pasti akan dituruti.
Baru-baru ini tular kisah dari seorang peguam jenayah bernama Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar yang berkongsi sebuah kes yang dikendalikan beliau dan kisah itu tidak pernah dilupakannya sehingga ke hari ini.
Menerusi perkongsiannya di TikTok, kejadian itu berlaku pada tahun 1998 di mana beliau menyaksikan seorang wanita berbangsa India dengan tangan digari telah dibawa ke mahkamah atas kesalahan mencuri set lengkap kotak pensel di sebuah pasar raya yang bernilai kira-kira RM18.
Difahamkan, ibu itu bertindak sedemikian kerana dia sudah berjanji dengan anak lelakinya untuk memberi hadiah sebuah kotak pensel jika mendapat nombor 1 dalam pelajaran di sekolah.
Bagaimanapun, ibu tersebut terpaksa mencuri barang yang dijanjikan kepada anaknya kerana kesempitan wang.
“Sekitar tahun 1998, saya bertemu dengan seorang wanita berbangsa India dalam mahkamah. Saya tanya dia, apa masalahnya? Dia menjawab yang dia mencuri satu kotak pensel untuk dijadikan hadiah kepada anaknya yang dapat nombor satu. Katanya, harga kotak pensel itu sekitar RM18.
“Jadi, saya beritahu majistret yang saya mahu pergi berjumpa dengan guru besar anak wanita itu. Sesampai di sekolah, guru besar telah membuktikan yang anak wanita itu tadi benar-benar dapat nombor satu,” katanya.
Menurut Ahmad Zaharil yang sudah 31 tahun berkhidmat sebagai peguam, guru besar berkenaan setuju untuk memberi keterangan kepada mahkamah mengenai isu tersebut.
“Selepas mendengar, majistret memberi hukuman berkelakuan baik terhadap wanita itu. Sebelum beredar, saya beri sedikit duit kepada wanita itu. Saya pun dah lupa berapa yang saya bagi.
“Tapi beberapa individu lain turut menyumbang dan saya rasa adalah dalam RM200 untuk dia berbelanja,” katanya.
Mengulas lanjut, setelah beberapa tahun, beliau didatangi seorang lelaki yang telah memerhatinya beberapa hari di kantin.
Rupa-rupanya, lelaki itu merupakan anak kepada kes wanita tersebut dan dia juga telah berjaya menjadi seorang peguam.
“Suatu hari, saya duduk di kantin.. ada seorang peguam asyik tengook saya. Keesokan harinya pun dia asyik tengok saya sambil tersenyum. Pada hari ketiga, dia datang berjumpa dengan saya.
“Dia tanya saya ni Encik Ahmad ke? Saya jawab ya. Kemudian dia kata emaknya kirim salam. Katanya, mungkin saya tidak ingat.. tapi dia adalah kanak-kanak yang mahukan kotak pensel suatu ketika dahulu. Dan kanak-kanak itu sudah menjadi peguam sekarang.
“Berjurai air mata saya. Saya tak tahu apa yang patut saya lakukan.. Itu menjadi kenangan yang saya takkan lupa sampai mati,” tambahnya.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...