“Baru Faham perasaan Mak Excited Macam Mana.” Anak First Time Sebut ‘Mama’ Dengan Betul, Emma Maembong Sebak & Gembira!

Share

Setiap ibu bapa sentiasa pastinya teruja dengan perkembangan anak-anak. Sebab itu kalau boleh tidak mahu terlepas momen tersebut.

Demikian juga dengan selebriti cantik manis ini. Dalam satu perkongsian,  Emma Maembong meluahkan sebak dan gembira apabila buat pertama kali anaknya sulungnya, Shariq Gabriel dapat menyebut perkataan ‘mama’ dengan betul.

Menurut Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh pembantu rumahnya ketika dia sedang bekerja di luar.

Akuinya, selepas melalui momen tersebut sendiri, barulah dia faham perasaan setiap ibu apabila anak-anak mula menunjukkan perkembangan masing-masing.

“Tengah kerja semalam tiba-tiba maid hanta video. First time @shariqgabriel sebut Mama dengan betul. Selama ni mamama biasa je.

“Allah sampai menangis dengar. Baru faham perasan mak excited macam mana bila anak dia mula bercakap,” ujar Emma menerusi kapsyennya.

Dalam perkongsian tersebut, Emma memuat naik satu video pendek yang berdurasi kurang 10 saat menerusi Instagramnya.

Dalam masa yang sama, Emma turut mengakui turut sedih kerana anaknya itu membesar dengan cepat.

“First babykan biasa la emo lebih sikit and anak saya dah 11 bulan. Cepat je rasa dah besar,” kongsinya lagi.

Emma mendirikan rumah tangganya bersama pilihan hati, Muhammad Shazli Azhar yang juga merupakan juruterbang pada tanggal 20 Februari 2020.

Hasil perkongsian hidup,  pasangan ini dikurniakan cahaya mata sulung, Shariq Gabriel pada 11 November 2020.

Sumber: Emma Maembong

ARTIKEL MENARIK: Rupanya Ada Tempat Letak Pewangi Dengan Betul, Barulah Satu Kereta Berbau Harum. Ini Caranya!