Baru Darjah Satu Dah Boleh Jawab Soalan Algebra. Ibu Ni Kongsi Rahsianya!

Share

Perkongsian daripada seorang ibu ini tentang bagaimana cara yang dilakukan untuk mendidik anaknya, menarik untuk kita jadikan inspirasi.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat, jom semak perkongsiannya.


BETUL KE DARJAH 1 BOLEH BUAT ALGEBRA, PERSAMAAN KUADRATIK, KIMIA?

Alhamdulillah anak saya Alexander Akil, 7 tahun, dah boleh buat. Actually, persamaan kuadratik pun akil dah faham.

Cuma dia perlukan latih tubi je nak bagi expert. Sekarang mama dia busy nak homeschool dia

 

 

Tapi tak mustahil untuk anak 7 tahun boleh buat algebra dan persamaan kuadratik.

Jom saya cerita sikit macam mana saya bantu akil dari kecil.

Saya cerita dari baby lah ya. Or boleh kata dari dalam perut.

Masa mengandungkan akil dulu, hampir setiap hari, saya buat sudoku. Dan saya banyak membaca bahan ilmiah sebab di awal phd dulu, banyak baca tentang parasit dan HIV.

Lepas akil lahir, umur 3 bulan je saya dah mula introduce flash card. Hampir setiap hari, saya konsisten. Tapi sekejap sangat2-sangat saya guna flash card tu.

Dalam seminit dua je. Tu pun biasanya lepas dia mandi, nampak dia bertenang.

Sepanjang tunjuk flash card tu, akil tak ada respon suara. Dia banyak tengok je. Tapi saya tahu dia fokus.

Saya guna flash card abc dan 123 je pun.

Lepas setahun, rupanya semua yang saya tunjuk sebelum ni, dia dah kenal. Bukan sekadar hafal, tapi kenal.

Umur 6 bulan saya dah mula introduce buku, tapi yang sesuai lah. Bukan ajar dia baca. Tapi bagi dia biasa dengan buku. Ke mana sahaja, saya akan bagi dia pegang buku. Macam itulah mainan dia.

Hasilnya, sampai sekarang dia mesra buku. Ditambah pula di rumah saya memang sangat banyak buku. Sehingga ada ruang mini library untuk akil.

Ok lepas dia dah tahu abc, 123,saya tak ajar akil secara serius pun. Tapi saya guna method fun learning.

Kebanyakan buku semuanya interaktif. Tekan-tekan, sentuh, pusing-pusing, gerak-gerak, bunyi-bunyi.. So dia tak bosan, dan jadi sangat suka.

Dan saya banyak travel naik kereta dulu. Sepanjang dalam kereta saya berborak dengan akil. Tunjuk papan-papan tanda, huruf-huruf di dalam shopping, nombor pada lif, nombor plat kereta, nombor plat motor.

Umur 2 tahun lebih, saya ajar suku kata. Sambil dalam kereta je. Sebab dia dah faham huruf dan bunyi huruf, saya ajar gabungkan bunyi huruf je. Sekejap je dia faham, terus dia boleh eja sendiri suku-suku kata

Tak masuk 3 tahun lagi, ikutkan akil dah boleh membaca asas.

Lepas tu saya perasan akil very fast learner.

Saya pun mula ajar akil matematik

Ajar tambah guna mainan-mainan dia. Saya ingat mula-mula ajar guna buah oren. 1+1 dan seterusnya.

Kemudian saya guna apps dalam tab. Tapi mesti ada orang teman.

Sifir umur 3 tahun lebih dah mula introduce. Mula dengan sifir 5. Saya ajar gandaan 5. Sebab dia dah fasih tambah tolak dengan congak laju, maka gandaan sangat senang bagi dia.

Sifir 5 on the spot dia boleh buat. So bermula lah perjalanan sifir. Dia sangat addicted dengan sifir masa tu.

Kadang-kadang duduk tepi almari, ingatkan buat apa, rupanya hafal sifir.

Lepas tu, saya ajar pecahan guna puzzle. Sangat senang faham.

Nampak tak, semua saya mulakan mesti dengan fun dulu. Bukan terus bagi buku macam di sekolah.

Umur 5 tahun baru saya mula bagi buku latihan.

Tu pun saya cari yang menarik. Banyak dari luar negara fun bukunya.

Nampak akil makin cekap, saya cuba ajar tajuk-tajuk lain

Masuk kimia

Mula-mula ajar dia hafal jadual berkala je.

Sekali dia bukan setakat hafal, tapi faham tentang jadual berkala. Boleh explain panjang lebar. Boleh lukis elektron. Boleh faham persamaan kimia basic.

Biologi pula memang makanan dia. Sangat suka fakta-fakta biologi.

World map pun agak expert. Dan banyak general knowledge dia tahu.

Semua dari membaca buku2 general knowledge.

Dan juga menonton YouTube di tv

Setakat ni akil tengok video-video ilmiah sahaja

Dia tak tengok kartun-kartun sangat.

Dan dulu kami tak pasang tv

Sekarang ada pun, kami tak ada channel

Hanya boleh pasang benda berilimiah sahaja

Mungkin ini semua sedikit sebanyak membantu akil jadi fast learner

Dan sudah tentu semuanya kurniaan Allah

Dari akil lah sy berani introduce teknik saya mengajar kanak-kanak

Tercetus lah Genius Library Learning House

Ada program playgroup untuk bantu anak2 seronok belajar sambil bermain.

Kelas membaca pun ada, personal approach. Bukan ajar beramai2. Sebab setiap pelajar lain kelajuan dan masalah. Dan yg penting fun.

Ada program kelas fasih matematik Dan bi, di mana saya bantu pelajar-pelajar belajar dari basic bukan ikut umur. Sebab saya percaya students kena dibantu dari basic

Ada juga kelas tutor upsr, pt3 dan spm. Sebab teknik sy guna mungkin berbeza sedikit dengan orang lain.

Saya kira Allah kurniakan akil pada saya untuk saya terokai cara-cara terbaik bantu anak-anak belajar dan seterusnya sebarkan teknik ini kepada anak-anak lain.

Doakan kejayaan akil, sebab dia ada potensi besar.

sumber : Nurul Shazalina Zainudin