Siapa sangka, walaupun baru berusia 4 tahun namun kanak-kanak ini telah berjaya mengharumkan nama negara selepas menyertai kejohanan push bike terbesar di Jepun iaitu Runbike Championship Series (RCS).
Ayden Maleeq telah mengharumkan nama negara selama dua hari berturut-turut selepas berjaya menaiki podium. Kejayaan ini membuktikan anak Malaysia juga mampu menduduki podium di kedudukan kedua pada hari kedua kejohanan tersebut berlangsung.
Difahamkan kejohanan disertai bakal cilik terbabit berlangsung pada bulan Januari yang lalu, namun video yang menyaksikan Maleeq menaiki podium kembali tular di media sosial dan rata-rata ramai yang kagum melihat kanak-kanak seusia ini berjaya mengharumkan nama negara.
Rintangan yang dihadapi oleh anak kecil itu bukan biasa-biasa memandangkan dia terpaksa berlumba dalam keadaan suhu mencecah 1 darjah celsius.
Ads
“Cuaca di sini cukup mencabar, Maleeq beraksi dalam keadaan suhu sejuk mencecah 1 darjah celcius.
Di entri yang sama, pihak Bike 8 juga mengucapkan tahniah buat Maleeq kerana membawa nama Malaysia untuk terus dikenali di mata dunia terutama melibatkan sukan push bike.
“Hari pertama dia sudah menunjukkan prestasi cemerlang apabil menduduki tangga ketiga.
Ads
“Pada hari kedua pula, Maleeq berjaya memperbaiki kedudukannya apabila naik satu tangga berada di tempat kedua.
Semoga kejayaan Maleeq ini menjadi inspirasi buat masyarakat di luar sana.
Saranan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Fuziah Salleh supaya golongan membenarkan komuniti transgender (LGBT) menggunakan tandas Orang Kelainan Upaya (OKU) ketika berada di tempat awam mendapat pelbagai reaksi.
Rata-rata OKU tidak bersetuju kenapa mereka perlu berkongsi tandas dengan golongan LGBT ini. Turut sependapat dalam isu ini adalah Bekas Pembaca Berita terkenal, Ras Adiba Radzi.
Beliau yang juga Pengerusi dan Pengasas Persatuan OKU Sentral menegaskan kemudahan tersebut disediakan khas untuk golongan yang tidak berupaya.
Surat terbuka kepada YB Fuziah Salleh.
Assalamualaikum YB. Saya sebagai Pengerusi dan Pengasas Persatuan OKU Sentral ingin menyampaikan BANTAHAN kami di atas saranan YB untuk membenarkan LGBT menggunakan tandas kami.
Maaf kami sebulat suara TIDAK SETUJU. Ini adalah hak kami, kenapa perlu kami kongsi dengan mereka yang berupaya?
Tahukah YB bahawa tandas kami sering disalah gunakan Orang bukan OKU, juga untuk merokok, dijadikan bilik stor atau tempat rehat pekerja pembersihan.
Kami sudah sekian lama melalui keadaan sebegini, mengapalah YB ingin mencadangkan sebegitu?
Apa YB tidak membuat penyelidikan sebelum memberi cadangan ini dan apa YB tidak prihatin dengan keadaan kami ini?
Saya pohon YB sebagai seorang Menteri meminta maaf kepada komuniti OKU di Malaysia, kerana tindakan YB ini membuat saya dan sahabat-sahabat OKU semua marah. Pohon berfikir dahulu dan hormati perasaan kami sebelum melulu memberikan cadangan tanpa tahu menahu akan hak kami.
Assalamualaikum
Ras Adiba Radzi Pengerusi dan Pengasas Persatuan OKU Sentral. @tun_mahathir @tun_mahathir_ @tun_mahathir_ @chedetofficial @drwanazizah @hannahyeoh (Signage by @thesignshed)
Setiap bakal pengantin pastinya mempunyai impian tersendiri baik dari segi konsep, tema dan juga pakaian untuk hari bersejarah tersebut. Ada yang sanggup berhabisan ribuan ringgit demi memastikan impian tersebut tercapai. Tak kurang yang memilih cara sederhana asalkan selamat semuanya.
Demikian juga dengan pasangan ini yang hanya mengeluarkan bajet kos kahwin sebanyak RM1K. Jom baca perkongsian dari Pinggan Terbang.
Tiada pelamin
Tiada jurugambar professional
Tiada photoshoot
Tiada kompang
Tiada orang bersilat
Tiada acara sambut pengantin
Tiada dj radio
Tiada makan beradab
Tiada acara potong kek
Tiada gadis-gadis dulang hantaran
Tiada bridesmaid
Tiada kasut pengantin yang ni lawak
Tiada crown , Tiada tengkolok, keris pisau pedang kapak
Tiada honeymoon
Tiada ibu ayah disisi saya
Yang ada hanyalah adik – adik seramai 7 orang
Yang ada hanyalah sahabat sahabat sekalian
Yang ada hanyalah jiran tetangga
Yang ada hanyalah guru – guruku
Yang ada hanyalah ibu saudaraku
Yang ada hanyalah sebelah pihak lelaki
Wang Hantaran Rm500.00
Mas kahwin sebentuk cincin emas
Kenduri doa selamat sahaja ( Alhamdulillah sepenuhnya jiran sebelah rumah aku banyak bantu dah macam ibu abah sendiri dah , sahabat, cikgu cikgu banyak tolong sebab saya tiada orang tua yang organize perkahwinan saya )
Total perkahwinan kami : bawah Rm1k
Sebelum tu , rata rata orang cakap nilai wang hantaran kena sekufu dengan tahap pendidikan seseorang , bagi aku depend lah ikut tahap kemampuan seseorang , agama memudahkan , yang menyusahkan adat ( adat tak susah, tapi sikap sesetengah pihak yang menyusahkan ) . Alhamdulillah , untuk urusan aku sangatlah dipermudahkan .
Suami aku Degree holder untuk HBP, USM
Aku Degree holder untuk Communication, USM , untuk dibanggakan lagi Dean list ,
Kerja suamiku supervisor , aku kerja kat site.
Terpaksa bagitau tahap pendidikan sebab banyak yang lihat sudut ni dengan nilai wang hantaran .
To be honest, ada yang tanya kenapa banyak tu sahaja nilai ? Kahwinkan sekali seumur hidup, kenapa tak buat grand grand ? Kenapa and mengapa ? Pelbagai soalan demi soalan dilemparkan. Hahahahah
Jawapan aku : sebab pertama aku menerima suamiku lillahitaala . Seorang lelaki yang memilih aku untuk jadi suri hatinya dan menerima segala kekurangan aku untuk dijadikan sebagai kelebihan dalam hidupnya , sebab kedua , zaman globalisasi yang serba mahal ni oi semua pakai duit deposit rumah dekat penang ni bukan seratus dua ratus ye , ribu tau ribu walaupun rumah kosong … Sebab ketiga, kami berdua pernah rasa susahnya hidup dengan duit ni daripada p kelas jalan kaki , ligan bas , ada moto, habis belajaq kami bantu antara satu sama lain p interview sama sama , cari kerja semua , sampai mampu ada kereta sendiri, ada duit sendiri untuk bina hidup … Sebab keempat , suami aku suka ikut aku p bagi makan kat gelandangan di komtar , aku suka beramah mesra dengan orang . Sebab kelima , satu satunya lelaki yang pernah ikut aku ke rumah anak yatim tempat adik adik aku duduk , dia lihat sendiri ,dia rasa sendiri apa aku rasa disitu . Dan sebab terakhir , tiada sebab untuk aku menyayangi dan mencintainya hanyalah kerana dia khalifah milik Allah . Seorang Lelaki yang boleh menerima seorang wanita yang datangnya daripada broken family , menjaga adik adiknya yang ramai , Hanyalah dia suamiku yang menerima aku seadanya .. Banyak berkorban untuk aku dan adik adik aku .
Nota kaki : Aku tak kisah kalau orang lain kawin macam mana sekalipun , majlis yang besar , hantaran yang tinggi and all that , but for me , please respect setiap cara orang untuk manage hidupnya sendiri, jangan disebabkan kita mampu dalam segala hal sampai kita selalu pandang rendah kepada orang yang biasa biasa , marhean ni . For sake RESPECT .
#masa raya ketiga makcik aku yang jaga aku sponsor majlis sikit yang tu rezeki tak terduga . Yang tu memang rezeki anak masa tu . Yang tu merasa naik pelamin sat tapi pakai baju raya takdak crown takdak rupa pengantin
SAYA SAYANG KAMU LILLAHITAALA
Ikhlas,
Bini kamu yang gebu dan comel
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Peti sejuk menyimpan banyak bahan makanan tidak kira sama ada yang kering ataupun tidak. Namun di tempat penyimpanan sejuk beku, pasti anda berdepan dengan masalah bau hapak terutamanya apabila terdapat bahan basah yang baru dibeli di pasar.
Ianya akan membuatkan kita sendiri rasa tidak selesa kerana peti sejuk adalah tempat untuk menyimpan makanan dan bau tersebut menimbulkan rasa was-was dan jijik untuk kita mengambil makanan tersebut.
Bagi sesiapa yang berdepan masalah itu, apa kata cuba petua mudah yang
dikongsi oleh Leha Yusof untuk menghilangkan bau busuk peti ais di kediaman masing-masing.
Hanya dengan menggunakan bahan sahaja, bau hapak dalam peti sejuk anda akan hilang.
1.Daun Pandan
Gunakan bahan mudah ini sebagai pewangi semula jadi. Ikat beberapa helai daun pandan dan letakkan sahaja dalam peti sejuk anda semalaman.
Bau kurang menyenangkan bukan sahaja akan hilang, peti ais anda juga akan berbau wangi.
2. Roti
Roti boleh digunakan sebagai penyerap bau yang kurang menyenangkan dalam peti sejuk. Letakkan sekeping dua roti di dalam peti sejuk dan biarkan roti itu hingga kering.
Bau yang kurang menyenangkan pasti akan beransur hilang.
3. Serbuk Penaik/Baking Soda
Tabur serbuk penaik atas dulang atau piring kecil dan masukkannya dalam peti sejuk. Kemudian tutup pintu sehingga bau busuk hilang.
Selepas itu masukkan semula barang dalam peti sejuk dan letakkan juga sekotak serbuk penaik di dalamnya. Buka sedikit penutup agar ia dapat menyerap segala bau yang kurang menyenangkan.
4. Cuka Putih
Masukkan cuka putih dalam bekas terbuka dan letakkan dalam peti sejuk. Ia akan menyerap segala bau yang kurang enak dalam peti sejuk.
Untuk mewangikan lagi, perahkan sebiji lemon ke dalam larutan cuka tersebut dan lap bahagian dalam peti sejuk dengan campuran kedua-dua bahan ini.
5. Oat
Siapa sangka oat juga boleh menyerap bauan yang tidak enak dalam peti sejuk. Masukkan sedikit oat dalam bekas dan letakkannya dalam peti sejuk.
Anda pasti akan mendapati peti sejuk anda kurang berbau selepas beberapa ketika.
Diganggu ketika solat, tiga wanita terima pampasan RM331,000. Tiga mahasiswi beragama Islam di Amerika Syarikat menerima bayaran pampasan sebanyak AS$75,000 (kira-kira RM331,000) selepas menjadi mangsa gangguan semasa menunaikan solat, menurut laporan Fox News baru-baru ini.