
Isi Kandungan
ToggleBerat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Di saat orang lain hidup diulit kemewahan, keluarga kecil ini pula tak punya apa-apa. kKmiskinan yang membelenggu menyebabkan hidup mereka serba kekurangan.
Sangat menyentuh hati tatkala membaca kisah mereka yang dikongsikan oleh Qaseh Syima. Dalam perkongsian tersebut, dia meluahkan perasaan sebak apabila berkongsi kisah mengenai seorang wanita, Siti Aisyah yang baru sahaja melahirkan bayi perempuan.
Dia yang turut bersalin kebetulan berada di sebelah katil Siti Aisyah di sebuah hospital di Taiping, Perak sebelum mengetahui kepayahan wanita tersebut.
“Sedihnya dengar akak sebelah katil ni.. Baru bersalin czer, suami datang naik motor je.. Kalau balik tak tau nak balik dengn apa..
“Bila cakap naik grab dalam RM5, dia cakap RM5 pun takde. Nak bayar bil hospital lagi. Anak macam tak cukup susu, doktor cakap campur susu, dia kata nak makan pun susah.. Allah…
“Aku ingat aku susah, rupanya dia lagi susah. Ingat kalau boleh balik kami yang katil sebelah2 offer diri nak tumpangkan balik… Tapi bila doktor tahan lagi biar hospital bagi susu diorang sampai anak turun kuning..
Posting berkenaan tular di Facebook dengan mendapat lebih 5,000 perkongsian serta pelbagai komen yang rata-rata meluahkan rasa prihatin dan berharap supaya urusan wanita tersebut akan dipermudahkan.
Semoga hari baik bulan baik…
Ya Allah limpahkan rezeki untuk mereka
Semoga dipermudahkan!
Mereka golongan yang memerlukan!
Sumber :Ohmymedia via Qaseh Syima
Teringin Makan Nasi Tomato, Mentua India Penuhi Permintaan Menantu Raih Pujian Ramai

Di Malaysia, perkahwinan campur sudah menjadi kebiasaan sejak dahulu lagi. Sikap bertoleransi dan hormat menghormati menjadi kunci kepada perhubungan kekeluargaan antara kaum.
Beruntungnya seorang wanita apabila dikurniakan mertua yang penyayang meskipun berbeza latar belakang agama seperti yang dikongsikan oleh pengguna Tiktok yang bernama Hajar ini.
Dalam perkongsiannya, dia berkongsi kisah ketika pulang ke rumah suaminya pada hujung minggu. Kebetulan ketika itu dia tiba-tiba mengidam nasi tomato yang dimasak oleh ibu mertuanya.
Meskipun masa agak suntuk, ibu mertuanya yang berbangsa India rela menyediakan juadah berkenaan demi menantu tercinta. Bagaimanapun, ibu mertuanya berjaya menyiapkan nasi tomato seperti yang diminta oleh menantunya untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur.
Malah, di hujung video perkongsian tersebut, kelihatan keakraban mereka bersalaman dan berpelukan sesama sendiri. Anak puan Hajar pun turut menyantungi neneknya dengan memeluk wanita itu.
@hajarangelique Bulan puasa bersama parents-in-law Saya yg non-Muslim #fyp #fypage #foryou #foryoupage #malaysiatiktok #keluargamalaysia ♬ Syukur Alhamdulillah – Wafiq Azizah
Meninjau di ruangan komen, rata-rata memuji kebaikan ibu mertua dan keakraban mereka meskipun berbeza bangsa dan budaya. Malah mereka turut mendoakan yang terbaik buat mereka.
Sumber : @hajarangelique
Jom tonton kisah Hikayat 1001 Malam yang dibawakan oleh Bintang Kecil.
Agak-agak, menu apa yang best eh kat Jollibee? Haa meh tengok Zira Review!
Bulan puasa ni masa untuk kita tambah pahaladengan membuat amal ibadah. Jom didik jiwa mendekati keluarga sakinah.
Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!
Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!
Mak Che Ta Meniti Usia 70-an Tapi Kekal Awet Muda! Meriah Anak Menantu & Cucu Sambut ‘Birthday’

Dah menjadi kebiasaan untuk kita menyambut hari kelahiran seseorang yang mungkin dari kalangan ahli keluarga atau orang terdekat seperti sahabat yang rapat. Lebih-lebih lagi yang sangat kita sayangi dan hargai seperti ibu bapa dan pasangan.
Baru-baru ini, Rozita Che Wan ada berkongsi momen di mana mereka seluruh keluarga menyambut ulang tahun kelahiran ibunda kesayangan yang diraikan penuh meriah bertemakan warna biru.
Tampil bak puteri di acara tersebut, raut wajah Zabedah Saad menjadi perhatian ramai kelihatan awet muda meskipun sudah meniti usia 70 tahun. Jadi tak hairanlah kelima-lima anak perempuan termasuk Rozita Che Wan dan Ayu Raudhah sering menjadi perhatian ramai. Mewarisi kecantikan ibunda tersayang rupa-rupanya!
“Blue theme for mak nya birthday .. #julybaby Alhamdulillah syukur Allah bagi nikmat , kami dapat lagi bersama2 dengan mak pada usia 70 smlm🤲🏻” tulisnya.
@keluarga.my Kagum dengan penampilan Adira terutama kulitnya yanb nampak mulus. Ini tip cantik dari Adira untuk anda manfaatkan. #keluarga #majalahkeluarga #adira #beauty #tipcantik #cantik ♬ Beautiful – Soft boy
Lebih istimewa, Che Ta turut berkongsi dia menghadiahkan barangan kemas buat ibunya.
“Happy birthday mak yang ke-70. Tak salah lagi pilihan mak kami.
“Thank you Angsa Emas Jewellery dan Edora keluarkan gelang paling latest untuk mak sempena birthday dia tahun ni.
“Sebagai anak, awal-awal lagi kami dah simpan duit untuk present birthday. Kalau baju, handbag, perfume tu kita bagi hari-hari biasa ja tapi untuk birthday memang kami akan bagi something special.
“Mak kami memang gila barang maih (emas) so tiap-tiap kali birthday takyah fikir nak bagi benda lain dah.
“Masa kami kecil-kecil dulu pun mak dok himpun duit menega (meniaga) beli barang maih untuk kami. La turun anak-anak pulak. Semoga mak sentiasa di dalam rahmat dan reda Allah.” tulisnya lagi di perkongsian lain.
Pada majlis sama, Che Ta sekeluarga turut meraikan adiknya yang juga isteri kepada Lan Pet Pet iaitu Ruby.
@keluarga.my Seronoknya tengok adik beradik The Melvin ini.. Saling supportive.. Ramai dah tak sabar nak tunggu Pawi Junior. #keluarga #majalahkeluarga #syifamelvin #kekasih #thekekasih #syatillamelvin #safawi #safawirasid29 ♬ Love Of My Life – Metrow Ar
Difahamkan walau sudah berusia 70 tahun namun ibu Che Ta tetap sihat bertenaga dan anggun dalam kelas tersendiri. Malah, dia juga merupakan nenek kepada 23 orang cucu!
Seronok tengok keakraban dan hubungan mesra mereka sekeluarga. Bertuah Zabedah Saad, anak-anak berebut jaga dirinya dan sering bawa bersama pergi melancong. Moga ibu Che Ta sentiasa berada dalam keadaan baik dan diberkati selalu.
Sumber : Instagram Rozita Che Wan
Anak Kurang Skor Subjek Matematik. Cikgu Ni Bagi Tip, Apa Ibu Ayah Kena Buat Untuk Bantu Anak.

Berdepan dengan masalah anak lemah dalam subjek Matematik, sering membuatkan ibu dan ayah berasa bimbang. Oleh itu, apa kata kita bantu anak-anak kita dengan menggunakan teknik dan tip yang diajar oleh Cikgu Shaza ini. Diharapkan dengan cara ini anak-anak dapat menguasai subjek matematik dengan baik dan sekali gus dapat melonjakkan pencapaiannya di masa akan datang.
Jom semak perkongsian bermanfaat ini.
TIPS MENGAJAR MATEMATIK TAHUN 1-6 (terutama anak anak yang lemah)
Di sini saya kongsikan tips tips ringkas yang saya gunakan selama saya mengajar kelas matematik kepada anak didik tuisyen saya dahulu. Saya nampak perbezaan,dari gagal,upsrnya boleh dapat A dan B. Mungkin ramai dah buat,tapi mungkin ada yang masih tak guna cara ini.
Cara saya bukanlah cara mudah,bukanlah menjanjikan formula formula menarik seperti teknik menambah,atau menolak atau mendarab dengan mudah.
Banyak kelas atau kursus yang menawarkan teknik teknik mudah menjawab soalan.
Tapi pada saya, setiap anak keperluannya berbeza. Apa yang dia tidak faham juga berbeza. Jadi ini langkah langkah saya. Saya namakan teknik saya ini “DRILLING WITH COACHING”
1. BELIKAN BANYAK BUKU LATIHAN MATEMATIK (SET KERTAS 1 & 2)
Jangan kedekut duit untuk laburkan membeli buku latihan. Sekurang kurangnya sebagai permulaan belilah 3 buah buku berlainan.
2. MINTA ANAK BUAT SATU SET KERTAS PEPERIKSAAN ATAU SET YANG ADA SEMUA TOPIK.
Minta anak jawab soalan macam mereka sedang duduki peperiksaan. Ikut masa dan pastikan tiada rujukan. Kemudian semak dan bagi markah. (ini bertujuan untuk menilai secara kasar mana yang dia lemah)
3. BUAT SATU REKOD UNTUK SETIAP LATIHAN YANG DIBUAT
Sediakan satu buku rekod, ada tarikh, jenis latihan yang dibuat, markah dan komen.
4. KENAL PASTI SOALAN MANA ANAK SALAH
Bila dah tengok soalan mana anak salah, tunjuk soalan tersebut kepadanya semula. Tanya dia samada dia tak tahu jawab atau dia cuma cuai. Kalau cuai, take note yang dia cuai, kalau tak tahu take note yang dia tak tahu.
5. SEKARANG KENAL PASTI ANAK LEMAH TAJUK APA DAN SOALAN APA
Ini penting untuk kita kenal pasti titik punca anak lemah matematik dan kenapa dia jadi tak suka matematik. Ada anak anak dah darjah 4, rupanya dia masih tak pandai membuat operasi darab dan bahagi, malah tambah dan tolak.
Jadi soalan lain pun mereka tak dapat jawab. Kadang kadang kita tak perasan anak anak tersebut tak mahir yang asas lagi.
(Boleh join Kelas Fasih Matematik di centre saya di Semenyih dan Setapak, memang kami latih untuk jadi fasih buat matematik dari asas).
6. SEKARANG, MULA BUAT LATIHAN IKUT TOPIK
Kalau nak segera atau intensif, bagi topik yang dia lemah dulu. Tapi kalau nak lagi berkesan, mula dari topik permulaan tahun itu.
Contoh, bab 1. Bagi dia buat kertas 1 dengan masa yang ditetapkan. Bila dah siap,tanda dan bagi markah.
Untuk setiap soalan yang salah, ajar dia teknik yang betul. Untuk setiap soalan yang salah itu juga, bina soalan yang sama tapi nombor berlainan,ulang sampai dia faham dan tahu cara buat.
Kalau ada buku latihan lain, ambil soalan soalan sama jenis dari buku lain. Part ini mak ayah kena rajin. Biar mereka jawab soalan yang sama dengan teknik kita ajar tadi sampai dia berjaya.
Sebab bila dia dapat buat,dia akan konfiden. Part ini perlukan kesabaran. Kali pertama mungkin anak tak dapat buat,tapi cuba buat sampai 10 soalan yang sama,berlainan nombor,insyaallah dia boleh dah lepas tu.
7.ULANG DENGAN SET KERTAS 2
Bagi anak jawab dengan masa yang ditetapkan juga. Semak dan bagi markah. Setiap soalan yang salah,ajar cara yang betul.
Ulang teknik di atas,iaitu buat soalan yang sama,berlainan nombor sehingga dia mahir.
Untuk kertas 2 agak mencabar sebab soalan dalam penyelesaian masalah. Saya perasan anak anak yang lemah kebanyakannya tak tahu operasi apa nak buat.
Teknik yang berkesan adalah ajar mereka gariskan kata kunci yang menentukan operasi apa perlu dibuat.
Juga ajar mereka transfer maklumat penting ke kertas conteng dan ajar mereka lukis apa yang mereka baca dari soalan tersebut. Cara melukis ini sangat berkesan bagi mereka faham. Perlu diulang soalan yang sama jenis banyak kali supaya mereka mahir.
8.ULANG UNTUK SETIAP TOPIK
Ulang semua teknik di atas untuk setiap topik.
9. SELEPAS BEBERAPA TOPIK, BAGI MEREKA JAWAB SET PEPERIKSAAN GABUNGAN TOPIK-TOPIK TERSEBUT.
Dari situ kita akan jumpa beberapa soalan lagi yang mereka tak betul2 mahir walaupun dalam latihan sebelum ini kita rasa mereka sudah mahir. Jadi, latih mereka lagi dengan soalan-soalan yang sama.
10. JANGAN MARAH-MARAH ATAU PERLI ANAK
Janganlah kita merendah rendahkan mereka jika perkara mudah pun mereka tak tahu. Kita suatu masa dulu pun sama, tak tahu.
Bukan sebab bodoh, tapi sebab tak faham atau tak tahu cara sebenar nak jawab soalan tersebut. Mereka akan kurang keyakinan jika selalu dimarah dan diherdik.
Beri pujian setiap kali dia berjaya buat soalan yang dia lemah sebelum ini.
11. ULANG,ULANG DAN ULANG
Ini part paling penting. Matematik ini perlukan latihan yang banyak. Bila anak dah mahir jawab soalan insyaallah dia akan jadi minat bila dah skor nanti
Teknik teknik saya kongsikan di atas sesuai untuk personal coaching.
Teknik ini,mak ayah yang kena rajin dan kena pandai jawab soalan matematik juga. Dan perlukan kesabaran yang tinggi.
Setiap kali nak buat teknik ini,peruntukkan masa duduk sebelah dia. Bukan bagi dia buat seorang diri. Kalau tak,macam mana nak ajar.
Dan buat step by step tau. Saya tahu ramai parents jenis belikan je banyak buku latihan,suruh anak buat,tapi anak buat sorang sorang,sendiri.
Takde coaching. Macam mana dia nak maju?
Selamat mencuba
Yang ikhlas
Teacher Shaza
Founder Genius Library Learning House
Pengasas kelas Fasih Matematik
Speaker motivasi matematik A-Math-Zing
Sumber : Nurul Shazalina Zainudin