Kalau nak makeup tahan lama dan tak bercapuk, kena lah ikut teknik yang betul. Ada banyak sebab makeup kita boleh tahan lama atau tidak. Selain kualiti produk yang digunakan, cara pakai juga penting ya.
Sebab tu lah kalau makeup dengan profesional MUA, memang lama masa yang diambil. Kena teliti baru menjadi.
Sekiranya baru nak berjinak-jinak dengan makeup, mesti keliru kan tentang produk yang perlu digunakan atau elakkan untuk memastikan makeup tahan lama.
Jom kita cuba 5 tips dekat bawah ni
1. Penjagaan Wajah Lengkap
Setiap kali sebelum pakai makeup, kena pastikan muka dah cuci. Buat 4 rutin asas penjagaan muka iaitu cuci, toner, pelembab dan sunscreen.
Profesional MUA berkata – tips makeup tahan lama 70% datangnya daripada persediaan dan keadaan kulit muka sebelum disolek.
30% lagi barulah datang daripada cara pemakaian makeup itu sendiri! Jadi, penjagaan kulit muka sangatlah penting sebelum pakai makeup okay!
Lagi bagus kalau lakukan exfoliation 2 kali seminggu. Guna scrub yang tak kasar pada kulit dan jangan lah tonyoh kuat-kuat pula ya.
2. Pakai Primer
Pemakaian primer sebelum makeup sangat penting. Fungsi primer ni menutup pori wajah jadi lebih kecil.
Selain itu, ia juga dapat membetulkan tona kulit yang tidak sekata. Permukaan kulit akan jadi rata dan “smooth” je untuk pemakaian makeup.
Tip: Gunakan primer yang berbeza untuk kawasan muka yang berlainan. Contohnya, gunakan primer mata untuk pastikan pembayang mata lebih jelas.
3. Pemilihan Foundation
Selain memilih foundation yang berkualiti, warna pon kena sama dengan tona kulit tau! Jangan lah pilih kod warna “light ivory” bila warna kulit tu tan skin. Nanti nampak kelabu.
Faham nak bagi muka nampak cerah tapi bukan dengan cara tu. Sebab itu penting nya teknik higlight dan contour untuk naikkan seri muka. Baru lah tak tenggelam.
Beli makeup tu satu pelaburan tau! Elakkan membeli alat makeup mengikut nafsu. Kena bandingkan dulu mana lagi berbaloi sebelum membeli.
Jadi, pilih formulasi yang sesuai dengan jenis kulit muka. Contohnya, kalau kulit muka jenis kering jangan lah pulak beli foundation yang matte. Nanti muka terlalu kering nampak habis kedutan.
4. Elak Mekap Tebal
Rahsia makeup yang tahan lama bukan pakai sampai inci tebal nya ya. Ia terletak pada teknik kita aplikasikan makeup tu.
Kalau perasan, profesional MUA dari Korea kebanyakkannya sapu foundation nipis-nipis je secara berkali. Mereka pon gunakan “spatula” khas untuk foundation jugak tau. Nak guna spatula tu pon ada caranya iaitu kena menghala sebanyak 45 darjah ke luar bahagian muka.
Teknik makeup Korea memang padu sebab mereka memang tumpu kepada pemakaian makeup untuk K-pop idol. Mereka yang nak perform atas stage berjam-jam mesti lah makeup kena tahan lama kan.
Akhiri pemakaian foundation dengan bedak loose powder. Loose powder ni dapat memastikan makeup tahan sepanjang hari.
5. Spray Wajah
Akhir sekali, jangan lupa gunakan spray makeup untuk tahan lama!
Setting spray dapat kunci makeup kita untuk tidak bergerak dan sukar untuk tertanggal. Bukan tu je, kulit pon boleh jadi lebih glowing!
NOTA: Elakkan menyentuh muka dengan tangan. Tahu tak tangan kita ni lebih banyak bakteria berbanding dengan permukaan mangkuk jamban!
Selamat Bersolek Semua!
MESTI BACA: Peralatan Kayu Di Dapur Bukan Untuk Hiasan Je, Cuba Tips Penjagaan Yang Betul
Tips Untuk Suri Rumah Dan Wanita Berkarir, Mudahkan Kerja Harian
Suami Minta Menu Kurang Berminyak? Ini Tips Buat Kulit Popia Basah Lagi Sedap Dan Sihat
SUMBER: Rapi
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my