Baru Bagi Cucu Tiba-tiba Abah ‘Hadiahkan’ Pula Adik Kembar!

Share

Seakan tidak dapat hendak dibayangkan bagaimana perasaannya bila kita yang telah berkahwin dan sudah pun mempunyai anak, tiba-tiba dapat pula adik kecil seusia anak sendiri.

Seakan mustahil namun kisah ini memang benar-benar terjadi kepada seorang wanita ini yang turut berkongsi video di aplikasi Tiktok yang menarik perhatian wargamaya.

Bulan 4 Aku Bagi Cucu Baru Kat Abah

Menerusi video yang dikongsikan oleh Fatin, ia berkongsi wajah anak lelakinya yang dilahirkan pada bulan April yang lalu dan difahamkan sebelum ini anak pertamanya adalah seorang perempuan.

Bulan 6 Abah Bagi Adik Lagi

Namun bila namanya rezeki, tiada siapa dapat menolaknya. Bayangkan selang beberapa bulan abahnya pula ‘hadiahkan’ adik lelaki kepadanya dan apa yang lebih mengujakan bayi tersebut kembar.

Ini sekali gus menjadikan usia pakcik dan anak buah sebaya!

Memang boleh dikatakan 1 dalam 1000 terjadi  kisah seperti ini, jarang-jarang sekali kita dapat lihat di zaman sekarang.

Video tersebut nyata mencuri tumpuan umum dan sekali gus tular di aplikasi Tiktok  dengan meraih tontonan hingga melebihi 800 ribu tontonan setakat ini.

@fatinrawkk ABAH LAWAN ANAK GAISS🤣 #KembarSeiras #Twin #2021 #VideoViral #Fyp ♬ Oh No – Kreepa

Meninjau di ruangan komen kebanyakan netizen tumpang gembira dan kagum dengan rezeki cahayamata yang dianugerahkan kepada keluarga ini.

Malah ada antara ramai berkongsi pengalaman membesar dengan anak buah dan pakcik masing-masing.

 

Sumber : [su_button url=”https://www.tiktok.com/@fatinrawkk?” style=”bubbles” background=”#3fc6b5″ size=”2″]TikTok @fatinrawkk[/su_button]

ARTIKEL MENARIK : “Jual Murah Niatkan Atas Nama Arwah Anak Yang Kemalangan Di Kawasan Ini…” -Lelaki Ni Jual Roti Canai 50 Sen!

Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club