Baru 7 Hari Pantang, Sanggup Hadir Majlis Datin Shahida Dianggap Tak Sayang Diri

Share

Kuatnya seorang wanita, meskipun baru sahaja lepas melahirkan anak dan masih dalam tempoh berpantang, isteri kepada usahawan Datuk Aliff Syukri itu sanggup gagahkan diri untuk hadir ke majlis iftar bersama semua pekerjanya.

Menerusi satu hantaran yang dikongsikan oleh Datin Shahida Dherbs, walaupun baru berpantang pada hari ke-7 dia tetap hadir ke majlis tersebut demi mahu meraikan pekerjanya selama ini menjadi tulang belakangnya dan syarikat.

 “Demi janji saya pada semua staff saya gagahkan diri juga untuk datang ke Majlis Iftar Dherbs walaupun baru berpantang hari ke 7,” tulisnya.

Jika lihat daripada keadaannya sekarang, Datin Shahida katanya memang tidak berupaya tapi apakan daya, melihat kegembiraan orang lain menjadi penguat semangat baginya.

“Kalau ikutkan badan memang tak larat tapi apabilah melihat kegembiraan mereka bila dapat bonus terubat sedikit kepenatan saya.

“Tanpa mereka mustahil untuk kami bertahan selama 15 tahun hingga ke hari ini. Penat lelah kami semua dah harungi sama sama walau dah lalui jatuh dan bangun bersama kami tetap teruskan,” luahnya.

Dalam masa yang sama, Datin Shahida turut berharap semoga ushahanya memberikan bonus kepada pekerjanya dapat memberikan keceriaan menjelang Hari Raya tidak lama lagi.

“Semoga insentif serta bonus kali ini dapat menceriakan mereka untuk menyambut Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi,” katanya.

Namun, disebalik niatnya yang baik itu, ada juga sesetengah warganet yang mempersoalkan tentang penjagaan diri terutamanya ketika sedang berpanmtang. Rata-rata netizen memberikan pelbagai pandangan terhadap isu ini.

Minggu lalu, Datin Shahida D’herbs selamat melahirkan cahaya mata ke-6 yang diberikan nama Luqman Al-Hakim Bin Aliff Syukri.

Sumber: Instagram Datin Shahida D’herbs