“Baru 38 Hari Duduk Madrasah, Tak Sangka Dah Boleh Rasa Air Tangan Anak Teruna.” Perkongsian Ibu Ini Undang Sebak!

Share

Perkongsian yang cukup menyentuh hati, seorang anak bernama Arif yang masih kecil namun besar jiwanya. Tahu akan ibunya tidak sihat membuatkan dia menguruskan diri sendiri.

Inilah yang dikongsikan oleh puan Puteri Lilin berkenaan sikap prihatin anaknya. Kisah tersebut dimuat naik menerusi page MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL.

Bila ibu tak sihat… Pergi dapur tgk waaa anak teruna masak… Katanya nak masak ayam goreng kunyit…


Ok x pe la masak dulu ibu x larat… Pergi dapur lagi utk kali ke 2 kussss semangat minyak ko isi arif 😭😭😭😭

Baru 38 ari dok madrasah… X sangka da boleh rasa air tgn anak teruna umur 12 tahun…
X pe nanti ibu ajar masak ye… 😆

Masak awal cz bg adik2 makan dulu… Adik2nya cm mulut burung asik lapor 24 jam 😪😅

Perkongsian ini mendapat respon ramai. rata-rata memuji keprihatinan Arif kepada ibunya.

Allhamdulillah…semoga terus membesar sebagai anak penyejuk hati ibu abah. Aamiin…

Pakej dik,hensem..pndai masak,agama bgus..

Alhamdulillah syukur…macam ank saya duk madrasah bila balik ada je dia masak…sbb kat madrasah diajar utk masak oleh ustznya.

Tahniahhhh..kecik dah pandai ….kesian Kat Mak n adek adek laa tuuuu….

Alhamdulillah bertuah ibu dapat anak yg soleh, handsome, baik budi pekerti. Semoga Allah sentiasa pelihara & berjaya dunia akhirat. Aamiin Ya Rabbal’alamin

Alhamdulillah.. ank2 madrasah mmg pandai memasak..klau Ada jamuan kenduri ke dorang akn masak sendiri ramai2… pengalaman ank saya tahun yg 5 kt madrasah mmg pandai segalanya…terbaikkk

Rajinnya abg…terbaik abg masuk madrasah anak yang hebat anak soleh kebanggaan ibu 
Alhamdulillah,, rupa pun hensom dah, rajin lak tolong ibu,, ya Allah sejuk mata memandang

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club