Baru 2 Tahun Tapi Tak Kekok Memasak, Ibu Ini Kongsi Tip Didik Keselamatan Di Dapur.

Share

Biasanya ibu ayah akan  melarang anak kecik memasuki dapur. Maklumlah risau terkena objek panas atau tajam.

Namun berbeza pula cara wanita ini, puan  Nurul Nazireen Khazali yang mendidik anaknya berusia dua tahun mahir memasak.

Menyedari aktiviti ini adalah salah satu aktiviti kendiri, beliau sentiasa mengawasi anaknya menggunakan kelengkapan dapur untuk memastikan keselamatan terjamin.

Gelagat anaknya yang tidak kekok menggunakan bahan masakan menarik perhatian warganet. Istimewanya adiknya berani menggunakan kelengkapan dapur dengan berani. Kepada yang ingin mendidik anak-anak sebegini boleh ikuti tip keselamatan ketika anak kecil berada di dapur.

Dalam pada itu, beliau juga berkongsi pelbagai aktiviti merangsang minda seperti mengenali nombor, haiwan dan warna yang melibatkan kemahiran motor halus.

Ikuti lanjut cara ini ibu ini mendidik anaknya untuk perkembangan minda dan kendiri sejak kecil. 

___________________________________

Kali ini saya ingin kongsikan aktiviti memasak saya bersama Syazwi @ Chef Wi. Saya juga ade menerima beberapa soalan bagaimana saya mendidik Syazwi untuk memasak pada usia nya yang baru 2 tahun 6 bulan.

Jadi di sini saya kongsikan beberapa tips berdasarkan pengalaman saya sendiri. Mungkin tidak sama untuk anak-anak anda. 

1. Pastikan anak-anak faham apa itu bahaya. Bila berada di dapur, kita terdedah dengan pelbagai jenis bahaya seperti minyak panas, terpecik dan sebagainya. Sentiasa awasi anak anda.

2. Sediakan kerusi atau peralatan yang sesuai. Untuk kerusi memasak Syazwi, saya beli dengan ig: dinamitoys

3. Untuk peralatan tajam seperti pisau, ibubapa lebih tahu keupayaan anak-anak. Mulakan dengan pisau plastic terlebih dahulu. Jika anak sudah pandai mengawal baru bertukar ke pisau yang lebih ‘advance’. Syazwi menggunakan pisau dari Ikea.

4. Jangan paksa anak jika mereka tidak minat. Syazwi sejak kecil memang minat untuk membantu. Dia terasa sangat dihargai bila saya masak dan panggil dia untuk turut serta.

Antara kebaikan apabila anak-anak turut serta dalam aktiviti memasak, mereka belajar benda baharu. Selain itu dapat kenal nama bahan-bahan dan sayur-sayuran yang digunakan. Aktiviti memasak ini juga adalah kemahiran yang dapat membantu anak-anak di masa hadapan mereka (survival skills). Aktivti memasak tidak hanya terhad kepada anak perempuan.

Lumrah anak-anak ialah meneroka dan mencuba benda baharu. Kita sebagai ibu bapa perlu yakin dan percaya pada anak namun pada masa yang sama juga perlu meletakkan had pada mereka.

AKTIVITI RANGSANG MINDA

Bukan sahaja berani memasak, anak kecil ini tekun untuk melakukan aktiviti merangsang minda lain pengelasan warna dan nombor.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Nurul Nazireen Khazali

TOP ARTICLE

TrendingKanak-Kanak Darjah Tiga Viral Tulisan Cantik, Warganet Teruja, Ibu Ini Kongsi Tip. – KELUARGA

Viral halau tikus guna berus sabut: Wayar Penghawa Dingin Putus Dek Gigitan Tikus, Lelaki Ini Kongsi Petua Halau Guna Berus Sabut, Ini Caranya! – KELUARGA

Tanam kobis di rumahKobis Tanam Depan Rumah Aje, Lelaki Ini Ajar Cara Semai Hingga Tuai, Sesuai Untuk Newbies! – KELUARGA

Mesti bacaPatutlah Buat Kuih Kekadang Jadi, Kekadang Tak Jadi. Ini Jenis Tepung Beras Kena Tahu – KELUARGA

Tip Berbunga lebat: Lebatnya Ros Dah Macam Kebun Bunga! Wanita Ini Kongsi Cara Penjagaan Nak Kekal Berbunga Dan Subur.  – KELUARGA

Petua dapur:  Donut Asyik Keras Dan Tak Kembang, Cara Wanita Ini Confirm Jadi Gebu, Ini Resipinya. – KELUARGA

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

VIDEO KAK LONG KONGSI-TAZKIRAH REZEKI MENCURAH UNTUK KELUARGA

VIDEO: MACARONI CHEESE PAPRIKA, SIAP 10 MINIT JE