Dalam pada kesibukan seorang ibu untuk menyediakan juadah berbuka puasa bagi keluarga, dia terpaksa meninggalkan sementara anak-anaknya demi mencari kelengkapan berbuka.
Namun siapa sangka, ianya akan menjadi tragedi apabila keempat-empat anaknya di temukan meninggal dunia akibat kebakaran.
Paling terkilan, wanita tersebut baru sahaj meninggalkan rumah lebih kurang dalam 10 minit sebelum mengetahui mengenai kebakaran itu selepas dihubungi jiran.
Menurut Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, dalam kejadian 7.49 malam itu, mangsa, Puteri Aisyah Tenko To, 8; Mohd Hakim, 6; Mustakim, 4 dan Fatihah Aisyah, 3, ditemukan tidak sedarkan diri di dalam bilik air di bahagian dapur kediaman mereka.
Ketika kejadian, ibu mangsa yang berusia 31 tahun terpaksa keluar sebentar untuk ke kedai berhampiran, manakala bapanya yang berusia 30 tahun bekerja di sebuah restoran.
Ads
“Maklumat awal oleh ibu mangsa mengatakan keempat-empat anaknya ditinggalkan sementara di rumah dalam keadaan pintu bahagian dapur tidak berkunci.
“Bagaimanapun, kita percaya keadaan api marak menyebabkan empat beradik ini gagal mencari jalan keluar sebelum kesemua mayat ditemukan di dalam tandas dipercayai untuk menyelamatkan diri.
“Kebakaran dipercayai berpunca akibat litar pintas, namun ia masih dalam siasatan lanjut pihak bomba. Mangsa sudah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan setakat ini, kes disiasat sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.
Ads
Dalam kebakaran itu, sebanyak 80 peratus kemusnahan dilaporkan hanya dalam beberapa minit ianya berlaku. Pihak bomba mengambil masa 5 minit bagi mengawal kebakaran tersebut.
“Setelah api padam sepenuhnya, bomba bertindak membuat pencarian mangsa sebelum menemukan mayat dua kanak-kanak perempuan dan dua kanak-kanak lelaki,” katanya.
Air yang dicincang tidak akan putus, begitulah hubungan dengan adik beradik yang setiap ibu bapa didik untuk mewujudkan kasih sayang dan bahagia dalam sesebuah keluarga. Dalam usaha mendidik anak, pendidikan akidah adalah amat penting iaitu memantapkan keimanan pada jiwa anak-anak.
Perkongsian DatukProf Dr Muhaya mengenai cara didikan Islam dalam diri anak-anak supaya kasih sayang terjalin utuh antara adik beradik ini harus dijadikan panduan bersama.
Namun sebelum itu,ibu bapa perlu memberikan pendidikan akidah bagi anak didahulukan dengan mengenalkan Allah swt dan menanamkan kecintaan terhadapNya.
Apabila anak-anak telah jelas mengenai akidah, mudah untuk ibu bapa menyuruh anak solat dan sebagainya. Ia sekali gus menjadi cerminan sebagai ikatan kasih sayang dikalangan adik beradik.
Ikuti 8 cara bagaimana untuk mendidik anak supaya mempunyai kasih sayang antara adik beradik.
1.Elak pergaduhan
Apabila wujud pergaduhan antara adik beradik, tanya kepada anak, adakah ia bagus atau tidak. Ambil gambar semasa bergaduh atau rekod suara jeritannya. Rekodkan. Manakala rekodkan semasa anak dalam keadaan gembira. Bandingkan dan tanya kepada anak-anak, adakah ia sikap yang baik? Berikan penjelasan yang mudah untuk anak-anak fahami bahawa pergaduhan tidak memberikan sebarang kebaikkan dalam kehidupan.
2.Beri pujian
Jika anak-anak memperlihatkan perilaku yang baik, berikan pujian. “Baiknya anak mama.” Tujuan cara ini supaya ia menjadi budaya iaitu berbuat baik akan diberi pujian. Namun jika sebaliknya jangan jadikan ia isu besar. Anak-anak sengaja buat-buat nakal dan bergaduh kerana inginkan perhatian daripada ibu bapa.
3.Minta maaf
“Ajar anak untuk mengucap perkataan ‘minta maaf’ tetapi paksa mereka. Dalam hal ini, ibu bapa harus menjadi contoh. “Mama minta maaf. Tadi mama jerit dan garang!”. Apabila anak melihat ibu bapa berbuat demikian, anak-anak akan mengikutinya.
Hakikatnya pada usia bawah enam atau tujuh 7 tahun anak-anak akan menyerap apa yang dilihat dan didengar. Jadi ia akan jadi habit dalam diri anak.
4.Kongsi makanan
Mendidik anak mengenai perkongsian makanan melibakan perasaan. Ibu bapa akan menjadi contoh bukannya memberi contoh. Apabila ada makanan, ibu bapa akan berkongsi dengan anak. “Rasa happy tak bila mama kongsi makanan dengan kakak? Bila kakak kongsi dengan adik, mesti adik happy kan”. Fokus tentang emosi iaitu kegembiraan apabila mendapat kebaikkan. Pendekatan ini akan mendidik anak tentang kebaikkan iaitu jika ada orang berbuat kebaikkan, tentu ada orang akan buat baik kepada kita. Fokus kepada kebaikkan, jangan marah kepadanya.
5.Bagi pilihan
Pergaduhan ekoran berebut barang permainan adalah perkara biasa. Namun selain marah kita boleh memberitahu kepada anak seperti, “Ok takpe adik nak main dulu, lepas puas main boleh kongsi dengan kakak ye.” Cara ini ibu bapa memberi pilihan kepada anak bukannya menunjukkan perbahanan atau pertelingkahan.
Penting setiap ibu bapa mengunakan pendekatan kelembutan semasa membesarkan anak.
Begitu juga jika keluar ke pasaraya membeli makanan, misalnya, “ adik nak beli tak untuk kakak.” Cara ini secara tidak langsung memupuk sikap suka memberi dalam dirinya.
6.Aktiviti mengaji
Biarpun waktu mengaji tetap boleh mengikat kasih sayang adik beradik. Waktu mengaji ini dilakukan bersama-sama, ibu bapa boleh sediakan jurnal iaitu berapa banyak helaian yang sudah dibaca atau buat peraduan berkaitan aktiviti mengaji.
7.Sembahyang jemaah
Cara ibadah pula ialah melakukan sembahyang secara berjemaah dan jadikan ia sebagai habit iaitu apabila azan,katakan kepada anak, Allah memanggil kita, untuk mengucapkan terima kasih kita kena solat. Cara ini mudah untuk anak-anak faham. Kemudian setelah solat berjemaah, peluk antara satu sama lain.
8.Alam sekeliling
Bagi persekitaran pula, lakukan aktiviti harian seperti, “wow cantikknya langit, siapa buat? Allah! Siapa buat adik, Allah!, Siapa buat mata? Allah! Ibu bapa boleh kuatkan akidah anak-anak dengan alam sekeliling.
Kesimpulannya, untuk mendidik anak-anak mempunyai kasih sayang antara adik beradik, ibu bapa haruslah menjadi seorang yang penyayang. Dengan ini mudah untuk kita sayang kepada anak. Justeru, anak yang disayangi akan belajar menyayangi anak yang dikongsi, belajar untuk berkongsi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Begitulah peribahasa Melayu ada menyebut berkaitan rezeki perlu diusahakan dan tidak datang dengan sendirinya.
Inilah yang dikongsikan oleh seorang bapa di Facebook ini, memaparkan bagaimana dia memberi pendedahan kepada anak lelaki sulungnya betapa sukarnya mencari rezeki.
Tidak hanya dengan kata-kata, malah dibawa untuk merasai sendiri agar bila besar kelak dapat menggalas tanggungjawab yang besar untuk meneruskan apa yang diusahakan selama ini.
“Terima kasih teman ayah kerja. Nah gaji utk hari ni! Ingat Long hidup tak semudah yg disangka, org lebih gemar bercerita buruk dari kebaikan. Ayah cakap ni sbb bila ayah sudah tiada semua ni awak punya. Tanggungjawab awak besar. Jadi lelaki jangan suka duduk rumah.”
Blender di rumah kita memang akan selalu ada kesan kuning akibat kunyit dan juga bau cili. Lagi-lagi kalau kerja memasak je setiap hari. Makin lama akan makin jelas kesan kuning, bau blender pun jadi kurang enak.
Jadi eloklah kita tahu cara yang mudah untuk menghilangkan kesan kuning dan bau cili pada blender.
1. Guna Kelapa Parut
Masukkan kelapa parut dan air dalam blender. Kisar campuran tersebut beberapa saat. Kemudian bilas blender, anda akan lihat kesan kuning hilang. Malah, bau cili akan turut hilang.
Ambil satu biji limau nipis dan potong kecil, 3 sudu beras dan air secukupnya. Masukkan tiga bahan ini dalam blender dan kisar selama 15-20 saat. Tuang hasil kisaran, kemudian cuci dan bilas. Hasilnya kesan kuning dan bau yang kurang enak pun akan hilang.
Ramai orang tahu bahawa baking soda ada banyak kegunaannya untuk tujuan pembersihan. Dan salah satunya adalah menghilangkan bau dan kotoran yang melekat pada blender. Caranya mudah sahaja, ambil ¼ cawan baking soda dan ¾ cawan cuka.
Masukkan dalam blender, letak sedikit air dan gosok guna span basuh pinggan bersama cecair pencuci. Kemudian bilas seperti biasa. Lakukan tip ini beberapa kali sehingga kesan kuning hilang.
Erra Fazira 'tayang' gambar raya dengan puteri kesayangan, lawanya Engku Aleesya. Engku Aleesya puteri kesayangan Erra Fazira telah pun menginjak usia 16 tahun.