Barli jika nak rebus ada caranya, barulah bila minum rasa sedap. Kaya dengan serat, barli mampu mengawal gula dalam darah, menurunkan paras kolesterol selain membantu menurunkan tekanan darah.
Stok barli ini elok kalau kita sediakan saja dalam peti sejuk supaya boleh diminum pada bila-bila masa saja. Namun begitu untuk dapat khasiat barli yang sepenuhnya kenalah rebus dan ambil cara yang betul supaya dapat khasiatnya.
Dikongsi oleh Mastura Rashid ini cara masak barli dan pengambilan yang boleh dipraktikkan.
Barli penuh khasiat, ini cara masak dan makan barli yang boleh dipraktikkan.
Waktu mengandung dulu, setiap kali kena kencing kotor, saya mesti akan minum air barli. Alhamdulillah berkesan sangat untuk lancarkan semula kencing. Hilang terus rasa pedih dan tak puas kencing.
Minuman barli ni juga jadi pengalas perut waktu morning sickness teruk hingga tak lalu makan dan minum. Kalau demam pula, saya akan minum air barli yang diperah sedikit lemon. Kejap dah kebah. Badan pun sedikit bertenaga. Boleh bagi pada anak-anak kecik juga.
Ads
Cara masak barli pun mudah:
1. Rendam barli semalaman atau paling tidak pun, 2 jam supaya lembut.
2. Masak barli dengan air yang banyak macam masak bubur kosong. Boleh tambah daun pandan.
3. Masak barli hingga pecah. Api perlahan je tau. Selagi tak pecah, selagi tu dia masih kenyal dan tak sedap sangat dimakan.
Ads
4. Dah siap, tutup api. Boleh buat air macam saya buat dalam gambar. Tambah sedikit saja gula. Biji tu saya suka ratah.
5. Jika diminum untuk kesihatan, elakkan minum sedap. Maksudnya manis dengan gula.
Ads
Sejak kecil lagi, mak akan masak barli sekurang-kurangnya seminggu sekali. Biasanya memang dibuat minuman. Biji barli dimakan seperti bubur. Saya boleh ratah barli ni bercawan-cawan sampai tersandar kekenyangan.
Boleh masuk dalam nasi juga
Kakak ipar yang berbangsa Korea pula suka tanak nasi dengan mencampurkan sedikit biji barli. Nasi yang ditanak begini ada sifat anti-kanser. Caranya jika masak 3 pot beras, nisbahnya 2:1 iaitu 2 pot beras, 1 pot barli.
Rendam dulu barli ya bagi lembut dan adjust kuantiti barli ikut kesukaan. Tak perlu ikut nisbah betul-betul.
Untuk wanita yang ada masalah keputihan berketul-ketul, amalkan minum air barli setiap hari okeh. Insya-Allah ini salah satu natural remedy terbaik selain dari makan yogurt dan citrus fruits.
Sumber: Mastura Rashid
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pernah makan rasam? Mungkin ada yang biasa dan tidak kurang juga yang langsung tidak pernah dengar apa tu rasam?
Rasam bolehlah kita katakan sejenis sup berasal dari India. Rasanya masam-masam hangat dan beraroma rempah ratus.
Rasa masam terbit daripada penggunaan asam jawa, dan hangat pula dari lada hitam dan gabungan beberapa rempah ratus lainnya. Ia bagus dimakan untuk menjaga kesihatan tubuh badan.
Malah menurut perkongsian Vanistry Kavitha, Rasam juga dikatakan sebagai salah satu cara bagi masyarakat India untuk mencegah virus Corona dengan mengamalkan pengambilannya setiap dua hari sekali.
Jadi apa kata kita lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Rasam dan bolehlah dicuba.
Bahan-bahan:
Biji ketumbar 4 sudu
Lada hitam 3 sudu
Jintan Putih 4 sudu
Jintan kecil 4 sudu
Bawang Putih dgn kulitnya sekali
Bawang Merah kecil dgn kulitnya sekali
Halia 2 inchi ya…
1 biji tomato
(Kesemua bahan tadi di giling dengan air yang sedikit.)
____________________________________
BAHAN BAHAN TUMIS
I sudu biji sawi
5 tangkai cili kering
Sedikit daun Kari
1 biji tomat
____________________________________
Untuk Tumis saya Guna Minyak Kelapa Dara ya…
(Untuk system imunisasi)
Cara penyediaan
1.Panaskan Minyak
2.Masukkan Biji sawi
3.Masukkan bahan bahan tumis seperti bawang yg dihiris ,tomato, daun Kari dan cili kering
4.Masukkan 1 sudu serbuk kunyit.
5.Masukkan bahan bahan giling…masak 2 minit
Masukkan air seperti mana yang di kehendaki.
6.Biar panas dulu ,masukkan garam dan air asam jawa…
7 Akhir sekali tutup api ,masukkan daun ketumbar jangan bagi didih terlalu lama ya…
Teknik latihan kuatkan paru-paru sangat penting diamalkan oleh bekas pesakit Covid-19 yang sudah sembuh. Kebanyakan mereka sering mengadu kerap mengalami masalah pernafasan selepas mereka bebas daripada virus tersebut.
Ini kerana virus berkenaan telah menyerang dan mengganggu bahagian paru-paru dan menyebabkan pernafasan menjadi tidak lancar seperti sebelum sakit.
Situasi kesukaran untuk bernafas walaupun sudah sembuh sepenuhnya menyebabkan bekas pesakit Covid-19 berasa tidak selesa dan bimbang dengan situasi tersebut.
Perkongsian Dr. Arisman MD yang memuatnaik video mengenai teknik latihan untuk menguatkan semula paru-paru selepas terkena jangkitan Covid-19 memang sangat bermanfaat.
Teknik Latihan Kuatkan Paru-Paru
Duduk tegak atau baring dengan keadaan selesa.
Letakkan satu tangan pada dada dan satu tangan pada perut.
Tarik nafas melalui hidung selama 4 saat.
Tahan nafas selama 4 saat.
Hembus nafas melalui mulut perlahan-lahan untuk tempoh dua saat.
Amalkan Latihan ini setiap hari, lama-kelamaan InsyaAllah anda akan dapat bernafas dengan lebih lancar selepas tiu. Jika masih berterusan mengalami masalah pernafasan, anda dinasihatkan untuk terus mendapatkan rawatan dihospital.
Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ramai menganggap penyakit asma atau lelah sebagai tidak serius dan kurang diambil peduli mengenainya. Tetapi yang menghidapinya tahu bagaimana rasa apabila diserang penyakit ini. Kerana itu, ubat asma seperti inhaler sentiasa di sisi.
Malah, ada juga yang terpaksa berpantang makanan tertentu untuk mengelakkan masalah asma menyerang. Pelbagai cara dan kaedah dikongsikan untuk mengelakkan penyakit ini baik dari segi perubatan moden mahupun tradisional.Ada yang sesuai ada yang tidak, semuanya bergantung kepada ketahanan diri individu tersebut.
Salah satu petua yang dikongsikan oleh wanita ini adalah dengan mengamalkan telur dadar yang dicampur halia di dalamnya. Menurut Mulianis Ahmad, petua tersebut diperoleh dari seorang wanita cina.
Mase kecik dulu sy sakit asma teruk.. Kebetulan kat klinik ade duduk sebelah unty cina.. Die bg resepi petua.. Die ckp org cina jarang sakit asma.. Halia tua tumbuk masukkan telur + garam.. Goreng..
Walau pun asma masih ade.. Tp resepi ni sedap.. Ari2 makan pun x jemu..
Dah lama sy x buat .. Semlm sy try buat bg anak2 makan .. Mereka pun suka .. Berebut.. Ari ni masak yg same lg.. X yah lauk lain.. Lg pun suami outsn layan ni aje..
Bahan-bahan
2 biji telur
2 inci halia di tumbuk lumat
sedikit garam
Cara membuat:
Tumbuk halia sehingga lumat.
Masukkan ke dalam telur dan sedikit garam.
Kacau sehingga sebati bahan-bahan tersebut.
Kemudian, goreng telur dadar hingga garing.
Ini antara petua yang boleh diamalkan bagi pesakit asma. Namun semuanya bergantung kepada tubuh seseorang individu tersebut. Tidak salah untuk mencuba kan. Lagipun halia memang diketahui sangat bagus sebagai agen membuang angin dalam badan.
credit : Mulianis Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Suami rendah, isteri tinggi, murah rezeki? Pernah tak anda dengar pepatah orang lama, “kalau suami rendah, isteri tinggi, murah rezeki”? Mungkin bagi sesetengah orang, ia sekadar gurauan atau kepercayaan turun-temurun, tapi sebenarnya pepatah ini menyimpan satu mesej yang lebih dalam dari sekadar perbezaan fizikal.