Barli Bukan Hanya Bantu Sejukkan Badan Tapi Boleh Turunkan Kolestrol & Berat Badan. Wanita Ini Kongsikan Caranya.

Share

Siapa suka minum air barli? Mungkin kita sudah tahu barli baik untuk menyejukkan badan. Tetapi tahukah anda ia juga boleh membantu menurunkan kolesterol dan berat badan.

Menurut seorang pengguna Facebook, Sumaiyah Abdullah , amalan ini telah dilakukan sejak dahulu lagi. Namun dia tidak pernah tahu tentang khasiatnya. Cuma setiap kali membuat ujian darah, kolesterol dan tekanan darahnya berada pada tahap normal.

Di sini admin kongsikan resepi minuman air barli dari Puan Sumaiyah bagi membantu anda yang ingin menurunkan kolesterol dan berat badan. InsyaAllah.


Kali ni ciksu nak share satu resepi minuman untuk turunkan kolesterol dan berat badan. Untuk hasil yang positif, amalkan satu gelas setiap hari.

Bahan-bahan:

3 sudu besar Biji Barli
2-3 sudu kecil Madu
3 gelas air
1 hirisan lemon

* Ini sukatan untuk satu gelas. Kalau nak lebih, tambahkan lagi air.

Cara membuat:

1- Sebelum rebus barli tu, korang basuh dan rendam dulu 2-3 jam.

2- Pastu rebus dengan sukatan 3 gelas air. Gunakan api yang kecil @ sederhana.

3- Rebus sehingga dapat 1 gelas air rebusan barli dan barli dah nampak empuk.

4- Kemudian sejukkan.

5- Bila dah sejuk, tuang ke dalam gelas dan masukkan 2-3 sudu madu asli. (Boleh juga nak ganti dengan gula)

6- Perahkan sedikit lemon @ masukkan hirisan lemon ke dalam gelas. Kacau rata. Dah pun siap. Sedia untuk diminum. Sesuai sangat dihidang untuk anak-anak yang baru balik dari sekolah. Betul-betul menyegarkan. Phewww.

Air barli bersama lemon ni memang “A” lah untuk turunkan paras kolesterol dalam badan. Tapi ciksu minum untuk turunkan berat badan. Sebab dulu-dulu ciksu badan sedikit berisi.

Manfaat barli:

* Menyejukkan badan.

* Barli bersifat anti-bakterial – bagus diambil ketika demam, batuk dan selsema.

* Mengawal gula dalam darah.

* Mencegah jangkitan saluran kencing.

* Mencegah batu karang.

Lepas minum, biasanya korang akan kerap kencing tau. Tapi bagus la macam tu. Salah satu proses detoksifikasi. Okey. Selamat mencuba. InshaAllah more resepi selepas ni. 

* Penambahan sikit. Lebihan barli boleh dibuat bubur barli. Campur sedikit susu segar dan madu. Enak dimakan begitu sahaja. Jangan membazir tau.