Barisan Pelakon Lelaki Korea Dengan Ciri Suami Idaman, Sayang Betul Dengan Isteri Masing-masing

Share

Barisan Pelakon Lelaki Korea Dengan Ciri Suami Idaman, Sayang Betul Dengan Isteri Masing-masing

Pelakon lelaki Korea bukan hanya romantik di dalam drama atau filem namun dalam kehidupan realiti mereka. Buktinya, beberapa orang pelakon lelaki Korea ini memang diketahui sangat mencintai dan menyayangi isteri mereka dengan sepenuh hati.

Kebanyakan pasangan selebriti bertemu buat kali pertama di set. Kemudian cinta berkembang yang menyebabkan mereka menjalin cinta dalam kehidupan sebenar. Ramai juga antara mereka yang meneruskan ke peringkat perkahwinan.

Berikut antara pasangan selebriti yang menoktahkan hubungan cinta mereka ke gerbang perkahwinan.

RAIN DAN KIM TAE HEE

Kedua-duanya mengesahkan mereka berhubungan cinta pada 2013. Kemudian empat tahun kemudian mereka memutuskan untuk berkahwin. Majlis perkahwinan mereka disambut secara ringkas. Walaupun sudah bertahun-tahun bersama, mereka masih sering mempamerkan rasa sayang di khalayak ramai.

Rain tidak pernah lokek untuk menyatakan cinta kepada isterinya di mana-mana dan pada bila-bila masa. Apabila Kim Tae Hee memuat naik gambar di Instagram, suaminya tidak pernah tidak hadir untuk mengulas dengan tambahan emoji hati. Tidak terhenti di situ, walaupun dia sibuk Rain selalu meluangkan masa untuk pergi ‘dating’ berdua dengan isterinya. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata perempuan.

HYUN BIN DAN SON YE JIN

Pasangan ini secara rasmi melangsungkan perkahwinan pada 31 Mac 2022. Kisah kehidupan pasangan ini sentiasa menarik perhatian umum. Seperti Rain, Hyun Bin kelihatan sangat menyayangi isterinya. Ini dapat dilihat daripada perlakuan Hyun Bin bermula dari merenung, memegang dan cara dia mengambil berat terhadap Son Ye Jin.

Malah sebelum mereka dilaporkan menjalinkan hubungan cinta, Hyun Bin sering terperangkap memandang Son Ye Jin dengan mata penuh cinta dan kasih sayang. Selepas berkahwin, sudah tentu Hyun Bin akan menjadi suami ideal yang boleh menjaga isterinya dengan baik di mana-mana dan pada bila-bila masa.

JI SUNG DAN LEE BO YOUNG 

Cinta keduanya bermula semasa mereka berkolaborasi dalam drama “Save Your Last Dance For Me” pada tahun 2004. Ji Sung jatuh cinta pandang pertama dengan pelakon pembantu. Cintanya meluap-luap sehingga dia berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangi hati Lee Bo Young selama tiga tahun.

Akhirnya, semua usaha Ji Sung membuahkan hasil. Selepas enam tahun berpacaran, mereka sepakat memutuskan untuk berkahwin pada tahun 2013. Sepanjang melayari bahtera rumah tangga, pasangan ini masih cool dan tenang tanpa sedikit pun gosip. Ji Sung malah digelar sebagai suami idaman para isteri.

Setiap kali memenangi anugerah, dia tidak pernah lupa menyebut nama isterinya. Malah setiap kali terlibat dengan program wawancara, dia sering memuji isterinya. Ji Sung mengaku bahawa dia mahu bersama Lee Bo Young sehingga mereka tua. So sweet!

Memiliki suami yang setia dan penyayang adalah anugerah yang patut disyukuri oleh setiap wanita bergelar isteri.

Sumber: Tabloidnyata.com