Barisan Hadapan Dihargai, Penggali Kubur Dinobat Anugerah Tokoh Frontliner, Kebumi 40 Jenazah Covid-19 Sehari.

Share

Saban hari, kes jangkitan meningkat Covid-19 meningkat begitu juga dengan kematian memberi khabar duka buat seluruh rakyat Malaysia.

Dalam kebimbangan terhadap penularan wabak bahaya ini, sudah pastinya para frontliner bagaikan wira yang sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan tanpa kira masa.

Namun salah satu peranan yang jarang didendangkan adalah penggali kubur. Mereka sebenarnya adalah individu yang memainkan peranan besar dalam mengendalikan jenazah terutama jenazah Covid-19.

Bagaimana pun hari ini, sempena ambutan Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1443H, hari ini, peranan penggali kubur dinobatkan dalam senarai barisan hadapan.

Ini terbukti apabila Penggali kubur, Roslee Ali, 63, dipilih sebagai salah seorang penerima Anugerah Tokoh Frontliner pada sambutan Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1443H/2021H.

Memetik Harian Metro, Roslee berkhidmat sebagai penggali kubur di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah KL-Karak Taman Selaseh sejak tahun 2011.

Pemilihan Roslee dibuat atas sumbangan beliau dalam pengebumian jenazah Covid-19 sejak pandemik melanda negara serta pernah menyediakan sekitar 40 liang lahad dalam sehari.

Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail, Jawatankuasa Panel Pemilihan Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1443H/2021M memuktamadkan pemilihan pemenang pada 26 Julai lalu dengan mengambil kira sumbangan individu terbabit dalam bidang masing-masing ke arah memperkukuhkan syiar dan syariat Islam di negara ini.

Serta  termasuk sumbangan mereka khususnya di Wilayah Persekutuan berdasarkan beberapa kriteria termasuk daya kepimpinan dan teladan, sumbangan kepada masyarakat serta sumbangan kepada organisasi dan sumbangan peringkat negeri. Kesemua pemenang anugerah menerima hadiah wang tunai, sijil dan plak.

Penerima anugerah. 

Anugerah Tokoh Utama Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1443H: Mantan Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Mejar Jeneral Datuk Kamarudin Mamat.

Anugerah Tokoh Frontliner: Penggali kubur, Roslee Ali di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah KL-Karak Taman Selaseh.

Anugerah Tokoh Frontliner: Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan, Dr. Ismuni Bohari

Anugerah Tokoh Korporat: pengarah Urusan Ramly Food Processing Sdn. Bhd, Datuk Ramly Mokni

Anugerah Tokoh Pendakwah Kreatif: Pengacara dan Personaliti TV, Ahmad Fedtri Yahya.

Anugerah Tokoh Mualaf: Nur Maisarah Leong Yoke Keen yang merupakan Pembantu Mubaligh, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Sumber: Harian MetroJAWI

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520