Hati ibu mana tak gusar apabila anak tersayang terbaring lemah dan lembik akibat diserang virus.
Terasa seperti ingin menggantikan tempat anak yang hanya terbaring lesu menanggung kesakitan. Anak yang dulu aktif dan ceria kini bertarung nyawa melawan virus yang menyerang dirinya.
Kehidupan anak-anak kecil hari ini sememangnya dikelilingi oleh pelbagai virus yang boleh mengancam nyawa mereka. Justeru tidak hairanlah ibu bapa hari ini sangat menitikberatkan soal penjagaan kesihatan anak.
Bagi selebriti dan usahawan Ika Nabella yang juga ibu kepada seorang anak lelaki, kesihatan anak sentiasa menjadi keutamaan dirinya.
Perkongsian Ika mengenai keadaan anaknya Muhammad Noah Zayn yang sudah kembali sembuh selepas dimasukkan ke hospital akibat serangan Rotavirus benar-benar melegakan hati.
Ads
Noah Beransur Aktif
“Alhamdulillah MashaAllah, selepas empat hari tidak makan apa-apa, lemah lembik, baring je melawan rotavirus, anak lelaki kami yang kuat Muhammad Noah Zayn dah mula makan, bercakap malah berlari-lari. Subhanaallah.
Menurut Ika walaupun Noah masih belum sembuh sepenuhnya kerana masih ada cirit-birit setiap kali lepas makan, walaupun sekadar makan tiga keping papadom tetapi perkembangan selera makan dan perubahan perangainya sangat disyukuri.
“Saya dah gembira sangat bila pagi tadi dia bersikap normal dengan berkata “good morning Mommy” dan dengan riangnya mengejutkan ayahnya “ayah wake up it’s morning alreaday!” kongsi Ika dalam instagramnya.
Ads
Sebagai ibu yang juga bergelar Kaunselor Laktasi bertauliah, Ika turut berkongsi pendapatnya mengenai perbezaan kehidupan kanak-kanak zaman sekarang dan zaman dahulu.
“Post pandemic viruses are real bad kan? Dulu waktu kita kecik, nak demam pun susah sampai kadang-kadang bila malas nak bangun pagi terpaksa berlakon demam buat-buat sakit perut tapi sekarang anak-anak kita macam hidup dalam virus.
Everyday ada je virus outbreak. Influenza la, hfmd la, rotavirus la.Nauzubillah.”
Menurut Ika lagi, anaknya Noah baru sahaja memulakan persekolahan tiga hari, tetapi masuk hari ke-4 si kecil sudah muntah-muntah sampai lembik.
“Jadi macam mana? Sampai bila kita ni was-was nak hantar anak ke sekolah?
Soon or later anak2 kita tetap kena sekolah,” Ika menyuarakan rasa bimbangnya sebagai seorang ibu.
Jangkitan gastroenteritis Rotavirus adalah penyebab utama cirit-birit berlarutan untuk bayi dan kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
Ia menyebabkan hampir 215,000 kematian kanak-kanak bawah 5 tahun di seluruh dunia.
Satu daripada 50 kanak-kanak yang dijangkiti akan dimasukkan ke hospital untuk rawatan.
Vaksin Rotavirus amat berkesan untuk mengurangkan sehingga 90% risiko jangkitan Rotavirus yang serius.
Jangkitan Rotavirus adalah jangkitan utama yang menyebabkan cirit-birit di kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah (risiko tertinggi di bawah 2 tahun).
Selalu kita dengar bila seseorang wanita itu dikatakan cantik mesti dia seorang yang kurus. Ini menyebabkan ada segelintir wanita merasakan belum puas hati dengan berat badan yang dimiliki. Sedangkan ada yang nampak kurus tapi tetap juga merasakan badan berisi.
Perasaan dan pemikiran seperti ini sebenarnya boleh menyebabkan mereka berdiet dengan pelbagai cara dan hingga ada sampai tahap memudaratkan diri namun sedihnya berat badan tidak juga mencapai berat badan ideal.
Atas sebab ini juga seorang Coach Arif Sukri berkongsi 10 cara atau kaedah menurunkan berat badan tidak akan berjaya jika dilakukan.
Jadi buat anda yang ingin mendapatkan berat badan ideal, wajar membaca perkongsian ini agar usaha yang dilakukan tidak memudaratkan diri.
Ini perkongsiannya.
Kawan. Kaedah di bawah TIDAK boleh kuruskan badan anda.
1. Minum air detox blend buah dan sayur sampai 2-3 liter sehari.
2. Amalkan kopi dan teh tanpa ada limitasi yang betul.
3. Tinggalkan nasi dan gantikan dengan biskut sahaja.
4. Bersenam dengan baju tebal-tebal sampai menyiksa badan.
5. Kunyah pil-pil tertentu untuk pembakaran lemak.
6. Guna mesin lekat di perut untuk kempiskan perut.
7. Minum air lemon untuk hapuskan makanan berlemak.
8. Pakai losyen untuk kuruskan perut.
9. Ambil “Fat Burner” tanpa lakukan senaman.
10. Berangan nak kurus tapi usaha tak pernah
nak mula. makan nasi.
Ini antara mitos dan cara diet yang amat tidak seimbang. Dan adakala jika berlebihan boleh buat badan jadi mudarat.
Kawan-kawan. Asas untuk penurunan berat badan adalah dapatkan defisit kalori. Dalam diet ni tidak ada kopi terbaik, teh terbaik, atau pun senaman yang terbaik.
Semua makanan baik. Semua senaman itu bawa kebaikan. Yang penting dalam pemakanan itu adalah pengawalan, kesederhanaan dan tidak ambil secara berlebihan.
Ia dibuat secara konsisten. Walaupun kalian hanya mampu bermula dengan usaha yang kecil-kecil sahaja.
Makanlah macam biasa. Kurangkan pemakanan sedia ada secara berperingkat. Yang penting. Aktifkan diri biar pun sekadar berjalan kaki. Insya-Allah mitos-mitos diet ini, akan anda ucapkan selamat tinggal. Dan selamat datang pada diet yang sihat.
Tag dan bantu share untuk kawan-kawan kita yang masih berjuang. Moga tips ini membantu, dan mereka beroleh kejayaan.
Petua orang dulu-dulu kalau hendak dihimpunkan memang banyak. Sama ada petua kecantikan mahu pun petua penjagaan kesihatan dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati. Menyentuh tentang keberkesanannya, tidak dinafikan ada yang serasi mengikut diri seseorang.
Jadi tidak salah kiranya kita zaman sekarang mencuba petua tersebut. Contohnya dalam hal mengawal kadar kolestrol dalam tubuh badan kita. Orang dulu-dulu ada caranya yang tersendiri selain tidak menafikan perlunya mendapatkan pemeriksaan doktor.
PETUA TURUNKAN KOLESTROL & BERAT BADAN
Bahan-bahannya
3 sudu besar biji Barli
2-3 sudu kecil madu
3 gelas air
1 hirisan lemon
Ini sukatan untuk satu gelas,kalau nak lebih tambahkan aiq lagi.
Cara penyediaannya:
1. sebelum rebus Barli tu,basuh dan rendam dulu selama 2-3 jam
2. pastu rebus dengan sukatan 3 gelas air, gunakan api yang kecil@sederhana
3. Rebus sehingga dapat 1 gelas air rebusan Barli dan Barli dah nampak empuk
4. Kemudian sejuk
5. Bila dah sejuk,tuang ke dlm gelas dan masukkan 2-3 sudu madu asli(boleh jugak nak digantikan gula)
6. Perahkan sedikit lemon@masukkan hirisan lemon ke dlm gelas. Kacau rata.sedia untuk diminum.sesuai sgt anak2 minum time balik sekolah.betoi2 menyegarkan
Selain petua di atas, boleh juga diamalkan minum air jus daripada nanas dan sawi sebagaimana yang dikongsikan oleh Zaleha Muhammad.
BAHAN-BAHANNYA :-
* Buah nanas
* Sayur sawi
CARA-CARANYA:
1) Dikisar halus bahan tu sampai jadi jus.
2) Minum 1 kali sehari, setiap hari.
KHASIAT BUAH NENAS YANG RAMAI ORANG TAK TAHU :-
1) Melegakan masalah sem belit
2) Mengurangkan dan menghilangkan rasamual
3) Mempunyai agen anti penbekuandarah
4) Sangat sesuai untuk anda yang ingin menurunkan berat badan.
5) Mengembalikan kolagen untuk membuatkan anda kelihatan sentiasa muda
KHASIAT SAYUR SAWI YANG RAMAI ORANG TAK TAHU :-
1) Dapat menguatkan dan menyihatkan tulang kita.
2) Sayur sawi dan sayuran hijau yang lain dapat membantu untuk mencegah kanser
3) Amat digalakkan untuk pesakit diabetis jadikan amalkan pemakanan seharian.
3) Menyihatkan rambut dan kulit kerana mampu untuk memperbanyakkan kolagen dalam badan kita.
4) Sayur sawi juga dapat membantu untuk anda mendapatkan tidur yang selesa.
Andai tidak suka dengan rasa gabungan ramuan tersebut, anda juga boleh mencuba petua ini yang diamalkan oleh Aishah Saud untuk menurunkan kolestrol. Terbukti amalan ini serasi buatnya dan dikongsikan di media sosial perbezaan bacaan kolestrol, dari 7.9 kini turun kepada 5.9 setelah amalkan minum tersebut.
Jom ketahui apa ramuannya.
Bahan-bahan:
Halia – ketuk
Serai – ketuk
Halba
Air 3 cawan
(Rebus semua Kat ats dlm 15 minit)
Siap perah lemon. Boleh juga letak madu sikit.
Dalam beberapa petua yang dikongsikan ini, boleh dicuba satu persatu dan lihat keserasian dengan tubuh badan. Semoga amalan ini setidak-tidaknya sebagai usaha untuk kita menjaga kesihatan yang lebih baik. Selamat mencuba.
Setiap wanita punya cara tersendiri untuk menjaga penampilan diri. Baik diet secara biasa mahupunekstrem bergantung kepada kemampuan masing-masing.
Seperti mana yang dikongsikan oleh Datin Eina Azman menerusi lama instagramnya. Beliau menggunakan kaedah mengehadkan pengambilan nasi iaitu sebanyak dua kali dalam masa sebulan. Ini bagi mengekalkan berat badan dan saiz pinggang yang diidamkan.
Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi ruangan Ask Me A Question di laman Instagram selepas menjawab beberapa pertanyaan pengikutnya mengenai tips diet yang diamalkan.
Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman memberitahu yang dia sememangnya menggemari nasi tetapi berat badannya akan bertambah ‘berkilo-kilo’. Disebabkan itu, dia harus mengawal pengambilan nasi.
Dalam masa yang sama juga, Eina turut mengamalkan pengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran untuk kekal kenyang sepanjang hari sekali gus mempunyai banyak nutrisi dalam membantu proses diet harian.
“Jadi sekarang ni saya cuma akan makan nasi dalam sebulan dua kali sebab nak kekalkan berat dan pinggang idaman saya.
“Saya banyakkan makan buah-buahan dan sayuran. insya-Allah ok akan kenyang,”kongsi Eina lagi.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...