Ramai yang tidak faham mengenai harta pusaka. Bimbang jadi haram apabila salah dan tidak tahu dengan betul. Ia termasuk pemberian anak kepada ibu bapa semasa hidup. Namun apabila mereka meninggal, anak ingin kembali mengambil pemberian itu.
Hakikatnya cara ini salah dan haram walaupun periuk nasi.
Ikuti penjelasan lanjut oleh Ustaz Ahmad Nassri Ibrahim, yang mempunyai kepakaran dalam perancangan harta dan pengurusan: Faraid, Wasiat dan Hibah dalam pengurusan harta pusaka.
Ikuti perkongsian beliau.
Periuk letrik, peti ais, dapur, almari dan lain2 perabot kita beli dan bagi kepada oramg tua (ibu bapa). Bila mereka meninggal dunia kita ambil balik pemberian sebab kita kata itu semua kita yang belikan untuk ibu.
HARAM tu tuan-tuan. Barang – barang tu dah jadi pusaka. Tidak boleh ambil sebelum mendapat keizinan semua waris.Jangan suka2 kita main ambil balik sebab ada hak waris lain dalam harta pusaka tu. Barang yang dah bg kat orang bukan milik kita lagi. Lain keadaannya kalu kita hanya bagi orang tua pinjam.
Katanya lagi, jika was2 dan bimbang termakan harta batil dari harta pusaka, lebih baik merujuk kepada yang pakar dalam pengurusan harta pusaka.
Antara Persoalan Lanjut Ustaz Jawab
Barang kemas
Soalan: Sebelum meninggal, ibu saya pesan pulangkan barang kemas yang anak-anak belikan kepada pemberinya. Saya serahkan barang tersebut kepada pemberi, itu dibolehkan kah?
Jawapan: Barang kemas itu menjadi pusaka ibu, pesanan ibu itu terpakai jika semua waris bersetuju. Jika ada seorang membantah kena faraid.
Barang yang masih hutang
Soalan: Contoh barang yang dibeli oleh kakak. Benda masih berhutang, beli nama emak, bukan nama kakak. Bila emak telah meninggal, barang jadi pusaka, kakak sudah tidak mahu membayar ansuran sebab barang dia tidak boleh diambil daripada dia sebab sudah menjadi pusaka.
Persoalannya hutang emak itu, siapa yang patut sambung bayar sebab barang itu atas nama emak. Kalau orang yang bayar tidak boleh mengambil barang itu. Sebab sudah menjadi barang pusaka, sudah tentu dia berat hendak menyambung bayaran ansuran bulanan. Contoh seperti TV, perabot, barang elektrik.
Jawapan:
3 kesan pusaka tidak diurus dengan baik dari sudut hukum ialah:
1. Termakan harta anak yatim. – Pemegang amanah kepada harta anak-anak yatim tidak faham amanah dan terpedaya dengan harta.
2. Termakan harta orang lain secara batil. – Ada waris yang dinafikan hak oleh waris lain.
3. Menzalimi si pemilik harta. – Ada hak si mati belum ditunaikan waris seperti upah haji, hutang dan sebagainya.
4. Kesemuanya adalah besar dosanya kepada waris dan terlampau besar jika ada waris anak yatim yang diabaikan.
Tolong ambil tahu perancangan harta. Kira faraid keluarga sendiri biar waris jelas apa hak mereka. Perkara-perkara asas yang waris kena tahu jika kita meninggal dunia.
Jangan tinggalkan pesanan tanpa dokumen atau pesanan yang tidak boleh dilaksanakan seperti wasiat kepada waris sendiri.