Barang Kemas Bernilai RM20,000 Ditemukan Setelah Rumah Habis Terbakar!

Share

Diuji dengan insiden rumah terbakar tentu sahaja cukup sedih, sekelip mata habis menjadi debu rumah yang dihuni bertahun-tahun lamanya. Hilanglah sudah rumah tempat berteduh anak beranak.

Namun itulah hakikat yang perlu diterima oleh empat penghuni kediaman rumah jenis separuh kekal di Kota Bahru, Kelantan. Ini  sebagaimana memetik laporan berita di myMetro. Pun begitu, syukur emas yang disimpan di dalam rumah tersebut dapat diselamatkan dan dijumpai setelah operasi pemadaman api dilakukan sepenuhnya oleh pihak bomba.

Temui Emas Bernilai RM20,000

Anggota bomba menemui barang kemas di dalam timbunan sisa kebakaran yang dianggarkan bernilai RM20,000 sebaik selesai memadam kebakaran sebuah rumah di Kampung Tembesu, Limbat, di sini, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Tumboh, Penolong Penguasa Bomba El Taraff Mohd Zachariah berkata, terdahulu seramai 11 anggota dari BBP Pasir Tumboh dan Tunjong bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kebakaran pada jam 5.21 petang.

Katanya, kebakaran dipercayai bermula dari bahagian belakang rumah dan terdapat empat penghuni ketika kebakaran.

Beliau berkata, tidak ada kecederaan atau kehilangan jiwa dilaporkan berlaku.

“Akibat daripada kebakaran itu, 85 peratus bahagian rumah separa kekal itu terbakar, namun dengan tindakan pantas anggota, api berjaya dihalang dari terus merebak ke bahagian lain.

“Api dapat dikawal pada jam 5.41 petang dan operasi tamat sepenuhnya jam 6.23 petang. Punca kebakaran dan taksiran kerugian masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

El Taraff berkata, selepas operasi pemadaman, pihaknya melakukan penyerahan barangan kepunyaan keluarga mangsa yang ditemui sepanjang operasi dijalankan.

“Ketika menjalankan operasi pemadaman, anggota bomba menemui barang kemas seperti gelang, rantai, dan cincin di dalam timbunan sisa kebakaran.

“Kami menyerahkan barang kemas yang ditemui kepada keluarga mangsa sambil disaksikan pihak polis,” katanya.

Sumber : myMetro 

 

ARTIKEL MENARIK: “Kena Ada Duit. Tak Perlu Banyak Tapi Cukup…”Lelaki Ni Kongsi Cara Nak ‘Survive’ Membesarkan Anak Sendirian!

LAGI ARTIKEL MENARIK :“Rumah Persaraan Sebaiknya Kecil & Setingkat Sahaja”-Dr Azizul Azli Jelaskan Cara Nak Persiapkan Rumah Persaraan!

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club