Barang Dikutip Di Tong Sampah, Ibu Anak 5 Ni Hias Rumah Sewanya Jadi Lawa!

Share

Perkongsian wanita yang dikenali sebagai Bintu Ismail ini berkenaan rumah sewa yang dihuni beberapa tahun yang lalu hingga kini memang menarik untuk dikongsikan. Jika dilihat sekali pandang, dekorasi rumahnya tidak banyak bezanya dengan kediaman yang lainnya.

Namun bila diajukan soalan tentang bagaimana dia menggolah semua itu, ada kisah yang menarik dan tidak siapa terduga.

Hias Dengan Barang Terbuang

Rumah ini masih rumah sewa. Saya xmampu nak beli, sewa pun murah je sbb owner tahu saya xmmpu..rezeki kami sekeluarga dapat owner yg baik.. Alhamdulillah..

4 tahun menetap di rumah ni..dlu tumpang2 adik beradik je, pindah randah sebelum dapat rumah ni. Banyak ujian, hope menjadi pahala atas ujian tu semua.

Semua deco sendri, 90% barang saya kutip org buang tong sampah, jiran2 sedekah. Kalau beli pun bandel itu pun langsir RM10 5 helai. Kalau ada hiasan yg elok2 mcm sarung bantal tu hadiah adik dan kwn2.

Perabut Dari dapur..bilik anak2 dan saya sampai ke ruang tamu semua free..org bagi dan kutip, diy blik..rumah cat sendri.

Saya ada anak Ada 5 org, 2 lelaki 3 perempuan..2 dah anak dara.(12 dan 15tahun). 3 masih lasak…2Tahun/4tahun/8tahun.

Sentiasa Terlihat Kemas

Tip rumah sentiasa kemas, mcm biasa je saya cuma cakap kat anak2 lepas sepah KEMAS BALIK..itu je. Mungkin sbb sy xboleh tgok brang sepah2 dalam sehari xtahu berapa kali sapu dan kemas rumah..xde special tip sebenarnya.

Saya bukan ubah rumah, saya ubah suasana rumah sahaja. Lagi pun bukan org lain yg nak tinggal..kita sekeluarga yg nak tinggal..rumah sihat keluarga sihat insyaAllah.

Terandak lampu ini dihasilkan sendiri dengan menggunakan kain net yang dicelup gam. Memang cantik dan nampak cukup unik.

Alhamdulillah. Rezeki kami xmampu beli tp Allah bagi cara macam ni..xperlu kluar modal ratus2 apetah lag ribu2..Sy cuma nak bagi inspirasi pada keluarga yg xtampu mcm saya..bkn alasan nak rumah cantik..xmampu beli kite usaha diy or kutip barang org xnak dan baiki balik.. insyaAllah..bnyak jalannya kalau ada kehendak dan minat.

sumber : Bintu Ismail