“Barang Bantuan Banyak, Mangsa Tak Boleh Ambil.” Wanita Ni Dedah Sumbangan Banjir Tak Diagihkan Undang Kemarahan Ramai

Share

Setiap kali berlaku tragedi baik kemalangan, tanah runtuh mahupun baru-baru ini banjir, pasti rakyat Malaysia tidak Akan duduk diam. Semua berganding bahu bekerjasama membantu menghulurkan bantuan. Antaranya  mengumpulkan pelbagai jenis sumbangan untuk mangsa yang terjejas.

Sikap prihatin mereka terserlah melalui pemberian sumbangan berupa keperluan makanan,  wang ringgit, pakaian, susu, lampin bayi, kit kebersihan dan macam-macam lagi.

Namun ada pihak yang bertanggungjawab tidak melakukan kerja dengan betul. Ini kerana ada yang melaporkan di sesetengah PPS stok barang bantuan tidak diagihkan dengan sebaiknya kepada mangsa banjir walaupun banyak sumbangan yang diterima.

Sebaliknya, stok tersebut  ‘disimpan’  entah untuk siapa. Tular satu  video berkenaan isu ini di mana difahamkan mangsa banjir yang tidak tinggal di PPS tidak dibenarkan untuk mengambil barang bantuan yang dibekalkan.

Menurut perakam video terbabit, selepas ‘mata-mata’ yang meninjau di PPS tersebut beredar, maka barulah orang ramai mula datang meminta barang bantuan kerana mereka akan dihalang jika diketahui tidak tinggal di PPS berkenaan.

Isu yang dibangkitkan ini membuatkan ramai yang tidak berpuas hati terutamamereka yang telah menyumbang melalui NGO atau ke pusat pengumpulan.

Lebih-lebih lagi, sebelum ini tular mengenai lebihan makanan dibiarkan basi dan terbuang, sedangkan mangsa ramai yang tidak mendapat bantuan mkanan.

@uwuforhyunjin#viralnewsmalaysia #banjir #malaysianupdate #foryourpage #newsattiktok #banjir2021♬ original sound – Ouiji Hyunjin :]

Bukan Itu sahaja, lambakan pakaian serta barangan bantuan juga  terbiar akibat kelemahan sistem pengagihan dan pengurusan.

Video tersebut mendapat reaksi orang ramai yang marah apabila mengetahui isu sebegini berlaku. Tak kurang yang mengakui ini bukan kali pertama, bahkan isu ini sentiasa timbul BA melibatkan sumbangan orang ramai.

@Eiqaa:Bila orang dah bagi bantuan, bukankah itu sudah menjadi amanah untuk kita memanjangkan lagi bantuan tu? This is not fair for others!

@𝐚𝐤𝐢𝐟𝐚𝐲𝐬.:Kitorg yg tak kena musibah banjir ni bagi sumbangan utk mereka semua. Amanah utk kau supaya bagi kat semua org AMANAH

@🌸:yes terjadi dekat pps tempat i juga dyeorg simpan untuk kroni dia !!!!!!

@Xoi:Tak faham la, maksudnya brg ii bnyk tu dorg tkksi share dkt org lain luar dari kawasan ? Like srsly weh banyak kot ,siapa kejam sngt ni🥺😌

@mrcookies:hahaha. serius mana2 mesti ada yg mcm ni. mcm sy pntai timur ni kan slalu bnjir..mmg every year akn ad mkluk mcm ni. xamanah.

@beautyobsessed_my 🥰:Yes.. Terjdi dekat sini juga.klau nk kena ddk PPS baru boleh dpt bantuan, rumah kami xde spe dtg melawat ke ap.. Rumah pun banjir juga

@Zana@1819:Ya-Allah npe jdi mcm nie susu nk smpn bt ape kongsi la ngn ank² diluar sna yg masih perlukan..brng² smua tu rkyat yg bnyk tlg jngn bt kedekut


ARTIKEL MENARIK: “Saya Terima Dengan Sabar, Reda & Syukur.” Nora Ariffin Selamat Bergelar Isteri, Sahabat Arwah Suami Jadi Pilihan!

ARTIKEL POPULAR: “7 Tahun 7 Kek Birthday. Pengsan Mak Hang.” Che Ta Penuhi Hajat Aaisyah Sempena Hari Lahir. Mak & Anak Lawa, kek Pun Cantik!

“Mak Paling Happy Saya Rasa.” Lee Chong Wei Terima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan, Warganet Titip Tahniah!


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club